Thursday, October 30, 2008

CABAR - KJ


KJ menantu PLAH sebaik sahaja melepasi kuota pencalonan untuk jawatan Ketua Pemuda terus dengan rakusnya menghunuskan keris yang dibekalkan oleh bapa mertuanya dengan sombong dan juahnya MENCABAR sesiapa sahaja yang layak dan akan layak bertanding Ketua Pemuda BERDEBAT dengannya.

KJ amat sedar bahawasanya ilmu yabg dibekalkan oleh bapa mertuanya itu sudah cukup masak untuk dipertaruhnya dan bersedia menghadapi sesiapa sahaja yang dilihat bisa untuk menggugatnya jawatan dan pengaruhnya.
KJ selama di alam pemerintahan bapa mertuanya telah menggunakan segala peluang dan ruang yang ada untuk mengumpulkan samada harta atau ilmu untuk mempersiapkan dirinya menghadapi dugaan yang mendatang.
KJ yang mengetuai kelab 'BBC' yakni 'Budak Billionaire Club' yang berpengkalan di tingkat 4, membuat cabaran terbuka untuk berdebat di khalayak ramai dengan pencabar pencabarnya berkaitan hal ehwal dalaman UMNO dan sesungguhnya beringinan teramat sangat untuk memdedahkan segala kepincangan dalam keluarga UMNO kepada rakyat umum. Dalilnya, KJ memberikan hujah bahawasanya parti UMNO itu parti pemerintah, maka seluruh rakyat jelata patut mengetahui apa yang akan dibuat dan visi bakal Ketua Pemuda.
Teori politik mengatakan KJ adalah spesis yang dilahirkan untuk menjadi budak suruhan Anwar Ibrahim itu sesungguhnya ingin menghancurkan UMNO dari dalam. DIA budak yang diplanted oleh Anwar.

KJ yang maha haprak itu mencabar PENDEBATAN TERBUKA diadakan agar semua rakyat dapat menilai kehebatan bakal Ketua Pemuda berhujah, berbahas, mencatas isu, mengemukakan isu atau bahasa lain iaitu' siapa yang lebih bijak dan pandai berhujah'.
KJ yang maha haprak itu meletakkan bahawasanya kebolehan berhujah dan berbahas itu adalah segala galanya ataupun faktor nombor wahid untuk melihat ketokohan, kelayakkan atau meletakan seseorang itu menjadi ketua pemimpin.

KJ yang maha haprak itu menafikan bahawasanya, kebolehan berhujah itu merupakan satu dari seribu skill yang patut ada pada seseorang ketua pemimpin atau pemimpin.
KJ yang maha haprak itu memejamkan kedua dua matanya terhadap faktor faktor lain yakni faktor pengalaman, perancangan, keikhlasan dalam perjuangan, bersih dari rasuah, rapport dengan akar umbi dan lain lain faktor yang patut ada pada seorang ketua pemimpin.
KESOMBANGAN DAN KEBOGKAKAN KJ ini patut diambilkira oleh para perwakilan yang akan memangkah dalam pemilihan nanti. Pokoknya, KJ seharusnya patut dinyahkan dari Pemuda UMNO dan UMNO demi untuk menjamin parti bangsa melayu tertua itu terus relavan.
PENGEKALAN KJ dalam keluarga UMNO sesungguhnya satu liabiliti dan akan merosakan UMNO dan pada mata rakyat, parti itu sesungguhnya sudah ketandusan pemimpin sejati yang benar benar ikhlas untuk berjuang untuk bangsa melayu.
TRACK RECORD KJ dalam kerajaan dan UMNO amat busuk dan buruk sekali dan rakyat jelata sudah tidak mampu untuk mendengar nama KJ dalam arena politik di negara Tanah Melayu ini.
SAMADA Mukhriz atau Khir Toyo yang menjadi Ketua Pemuda, rakyat boleh menerima lagi hakikat itu..sekiranya KJ yang dipilih oleh perwakilan pemuda, maka episod PRU 12 akan berulang bahkan akan menjadi lebih parah pada PRU 13 nanti.

YAKIN DAN PERCAYALAH !!!








Sunday, October 26, 2008

PAS DAN UMNO LEBIH RENDAH MERTABAT DARI ZULKIFLI NORDIN


ZULKIFLI NORDIN ahli parlimen Kulim Bandar Baru dengan tegas, jelas lagi terang telah membahaskan isu isu hebat berkaitan prinsipnya mempertahankan islam dan hak hak orang islam di negara Tanah Melayu tercinta.

Beliau telah dengan tegas dan keras mencabar dan memberi amaran kepada sesiapa saja yang mempertikaikan hak hak islam seperti yang telah termaktub di dalam perlembagaan persekutuan.

Beliau dengan selamba tanpa was was telah memberi kata dua kepada penentang penentang islam agar tidak lagi perlu kurang ajar dan biadap apabila menyentuh hal perihal islam dalam isu isu yang sudah kita sedia maklum yakni isu murtad, isu azan yang dipopularkan oleh bangsat Teresa Cock.

Beliau dengan berani mendesak agar federal constitution dipinda supaya serangan serangan jahat terhadap islam dapat dihentikan dan penyerang penyerangnya dapat dihukum seadanya.

Beliau mahu bar counsil islam berasingan diwujudkan untuk memisahkan bar counsil yang ada sekarang yang ternyata dipimpin oleh manusia manusia yang menentang islam diatas dasar keadilan sejagat yakni natural justice.

Beliau marah kepada anasir anasir penentang islam yang mempertikaikan tulisan jawi yakni tulisan nenek moyang melayu islam pada papan tanda jsalan dan tanda tanda lain yang sewaktu dengannya.

SAMADA kita sedar atau tidak sedar, Inilah satu satunya manusia yang bercakap, mempertahankan, memberi amaran secara terbuka di dalam parlimen berkaitan isu isu islam dan melayu ilsam dalam sejarah politik negara.
KEBERANIAN dan keikhlasan Zulkifli ini sesungguhnya telah merobek dan membakar terus pemimpin pemimpin PAS dan UMNO yang dengan lantang mengaku sebagai memperjuangkan islam dan merpertahankan hak hak melayu islam, satu perjuangan retorik semata mata !

Pemimpin pemimpin PAS sekarang ini dilihat sebagai 'tidak berguna langsung' atau bahasa lain hanya 'mengabihkan beras' saja. Di mana kekuatan dan semangat pemimpin PAS yang selama ini berjihat ketika menentang UMNO sehinggakan sanggup mengkafirkan sesiapa saja yang tidak memangkah parti bulan ini.

PAS tidak mampu berbuat apa apa ketika pemimpin pemimpin sekutu mereka DAP dan KEADILAN terus terusan menghina dan memperlekehkan islam dinegara Tanah Melayu. PAS sanggup menggadaikan jihat mereka kerana perbuatan mungkar dan munafik itu dilakukan oleh sekutu mereka.

SEKIRANYA, ungkapan ungkapan tadi diucapkan oleh pemimpin UMNO, mereka dengan tanpa berlengah terus mengjatuhkan hukuman kafir dan taughut dan terus mengistiharkan jihat jika bermusuh dengan UMNO. Sebagai parti yang mengaku memperjuangkan islam, dalam soal ini PAS lebih teruk dan rendah mertabatnya dari UMNO.

PEMIMPIN UMNO juga tidak cukup berani untuk menangkis usaha usaha jahat dari penentang penentang islam. Tidak perlu dihairankan kerana selama ini pun perjuangan UMNO kepada Islam hanya pada kulitnya saja, tidak lebih dari itu.

MAKNANYA, PAS dan UMNO itu sama saja dari sudut perjuangan dan mempertahankan ISLAM dan melayu islam di negara Tanah Melayu.
APApun, Zulkifli Nordin telah mengorbankan dirinya dan masa depan politknya demi satu perjuangan suci mempertahankan Islam dan umat melayu islam.

PERCAYALAH ZUL, bahawasanya majoriti umat melayu islam akan memberikan sokongan yang hebat kepada saudara. Teruskan perjuangan...KUDOS TO YOU BROO.

Tuesday, October 21, 2008


MENTERI BESAR Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mengutarakan pandangannya atau bahasa lain 'mendedahkan' bahawasanya Kerajaan negeri Selangaor dibawah pemerintahan BN telah kehilangan pendapatan sebanyak RM30 Billion sejak 30 tahun pemerintahan.
Jumlah kehilangan yang maha besar itu dipercayai kerana kurangnya pengetahuan, terdapat unsur unsur rasuah yang semua satu dunia mengetahuinya, tidak cekap, tidak amanah, mementingkan kekayaan sendiri lantaran semua agreement yang dibuat dengan pihak pemaju swasta untuk membangunkan tanah tanah di negeri selangor itu amat BERAT SEBELAH.

PERJANJIAN berat sebelah (lop-sided agreement) ini memihak kepada pihak pemaju dengan kadar 70:30 yakni 70 kepada pemaju dan 30 kepada kerajaan negeri. Perjanjian bertaraf 'gila' ini menjadi persoalan besar mengapa kerajaan negeri BN boleh bersetuju walaupun tanah yang diberikan itu adalah PERCUMA saja.
ISU tanah di Selangor ini cukup terkenal diseluruh negara Tanah Melayu kerana kebanyakan tanah tanah dirobek dan dirompak oleh pemaju pemaju kepunyaan orang politik yang berproksikan pemaju pemaju.

KHIR TOYO yang memegang pemerintahan BN sebelum kalah pada PRU 12 yang lalu dipercayai meneruskan usaha usaha murni yang haprak ini di bumi jawa Selangor Darul Ehsan sehinggakan PLAH yang ketika itu tidur boleh terjaga apabila mendengar berita bahawa tanah tanah hutan pusaka nenek moyang di Taman Pertanian Bukit Cerakah telah dinodai dengan rakusnya. Pokok pokok tongkat ali sebesar dua kali pemeluk telah disodok ganas oleh jentolak rebah jatuh menyembah bumi.

Dalam soal ini KHIR TOYO tidak adillah kalau disalahkan berseorangan kerana dia hanya meneruskan tradisi lama haprak itu. Apa pun, kalaulah cerita ini benar maka dosa mereka kepada rakyat Selangor sangatlah besar dan semoga Tuhan membenamkan mereka di dalam api neraka jahanam.

Khalid meneruskan hujah yang mengatakan bahawasanya kerajaan sebenarnya kalau cekap dan amanah boleh membuat keuntungan berlipat kali ganda dengan menjual tanah itu kepada pemaju dari join venture. Bayangkan tanah sebesar 810 ekar yang diberikan percuma kepada pemaju hanya membawa pulangan sebanyak rm22juta kepada kerajaan negeri dalam masa 5 tahun ! sedangkan sekiranya kerajaan Selangor dibawah BN menjual tanah tersebut, maka pendapatan boleh mencecah RM170 juta !

INI lah masalah apabila RAKYAT memilih pemimpin yang hanya tahu bercakap dan bijak berpolitik tetapi buta tentang hal ehwal pengurusan dan pentadbiran yang akhirnya rakyat sendiri yang menanggung beban dan kerugian.

NATIJAHNYA, elok juga pemerintahan sesebuah kerajaan itu diselang selikan agar pemimpin pemimpin yang memegang tapuk pemerintahan akan lebih berhati hati dan berwaspada atas segala keputusan yang akan dibuat.

Pisau ditangan RAKYAT !








Wednesday, October 15, 2008

RAKYAT, ANWAR, NAJIB DAN ROSMAH


KEBANYAKKAN rakyat menyambut baik Najib untuk menduduki kerusi Perdana Menteri Malaysia ke enam. Namun, laluan yang akan dihadapinya amat sukar dan berliku liku. Imejnya yang memang tidak berapa bersih sebelum ini telah dikotorkan lagi oleh pakar perang saraf bertaraf dunia yakni Anwar Ibrahim.

Mengikut falak orang ramai, Blogers Raja Petra telah digunakan sepenuhnya oleh Anwar Ibrahim untuk mencanangkan tentang kekotoran Najib berkaitan penglibatan kes Altantuya. Asakan asakan yang bertubi tubi telah dibuat oleh Raja Petra sejak kedudukan PLAH yang amat goyah sebelum ini. Maka Anwar Ibrahim yang memang terkenal dengan ilmu perang politiknya melihat bahawa sesuatu amat perlu dilakukan dengan harapan Najib tidak dapat naik dan ditabalkan sebagai Perdana Menteri. Dengan itu, peluangnya untuk memburu kerusi PM akan dilihat lebih cerah.

Walaubagaimanapun, isu liwat yang terbaru telah memintas dan merosakkan pelan dan cita cita Anwar Ibrahim untuk menjadi PM. Isu liwat sesungguhnya adalah isu besar yang terpaksa ditempuhi olehnya. Dipercayai usaha usaha Anwar untuk menidakkan Najib untuk menjadi PM adalah untuk menutup kes liwatnya itu. Apa pun, laluan Anwar amat sukar dan kes liwat ini adalah merupakan 'hidup dan matinya' politik beliau dalam sejarah negara Tanah Melayu ini.

Dengan naiknya Najib sebagai Perdana Menteri ke enam, maka lengkaplah teori R A H M A N. Impian dan cita cita Anwar, adat kata bolehlah dibuang ke laut.
Rakyat majoriti secara dasarnya telah menerima Najib sebagai Perdana Menteri. Dengan itu, kiblat dan mentaliti mereka sekarang lebih terarah kepada apa yang akan dilakukan oleh Najib untuk membangunkan negara. Isu Anwar Ibrahim telah mengecil dengan sendirinya dan berkemunkinan tidak relevan lagi jika sekiranya Najib beraksi cemerlang dalam pentadbirannya.

Untuk menjadi cemerlang, Najib mestilah bertindak sebagai pemimpin kepada seluruh rakyat Negara Tanah Melayu dengan usaha usaha memacukan ekonomi rakyat keseluruhannya. Usaha usaha ini mestilah digerakkan tanpa ragu ragu dan implimentasinya mestilah segera tanpa ditangguh lagi. Najib mesti melihat dan mencari cari segala sebab munasabab yang memberi kesusahan kepada rakyat dan mula mencari ubat ubatan yang sesuai untuk memulihkannya.

Diantara kesusahan rakyat ialah harga minyak dan kesan domino yang menyebabkan harga barang barang mencanak naik dan tidak mahu turun turun lagi. Harga makanan ruji rakyat yakni beras, minyak masak, susu anak anak MESTI diturunkan SERTA MERTA. Najib mesti menghunuskan kerisnya untuk membuat amokan kepada tauke tauke yang zalim itu. NaJIB PERLU PANTAS, TEGAS dan sekali sekala ZALIM kepada golongan ini.

Najib perlu mengerakkan projek projek yang melibatkan kepentingan rakyat contohnya Universiti, sekolah, tadika, pusat pusat riadah, kedai kedai, bus station dan memperbaiki sistem pengangkutan awam. Rakyat akan meluat melihat pemimpin berada didalam kereta besar dan rakyat terhimpit macam sardin dalam tin dalam bas awam.

Najib juga perlu membuat sesuatu agar pinjaman dan kadar interest bank dikurangkan untuk mengurangkan bebanan rakyat. Rakyat percaya kesan domino ketas pembangunan projek projek juga akan dirasai oleh semua yang terlibat dalam perniagaan.

Usaha usaha serius menangkap perasuah mesti diteruskan dan mereka mereka perasuah ini mestilah dibawa ke mahkamah pengadilan. Peranan dan kuasa BPR perlu ditambah dan diperkasakan.

Sekiranya Najib bekerja kuat dan IKHLAS, maka talian hayat politiknya akan lebih panjang.
Namun, rata rata rakyat mengusari akan kelibat ROSMAH yang telah digembar gemburkan sebagai Queen Control DAN najib secara sedar atau tidak sedar tunduk merafak sembah pada kekuatan Rosmah. Jika benar dan betullah fakta ini, maka Najib akan lebih cepat jatuh dari PLAH. Rakyat tidak sekali kali akan membiarkan perkara ini berlaku dan jika sekiranya ianya berlaku, maka rakyat dengan kuasa yang ada padanya akan merentap Najib dari singgahsana Perdana Menteri.












Sunday, October 12, 2008

KJ TERKAPAI KAPAI KELEMASAN


SESUATU yang diluar jangkaan berlaku dalam pemilihan Ketua Pemuda UMNO . Sehingga jam 6 petang tadi Mukhriz anak TDM mendahului dengan 39 pencalonan. KJ masih terkapai kapai dengan 20 pencalonan. Suatu keputusan yang agak pelik dan sukar dipercayai.

MENGIKUT adat, KJ lebih segala galanya dari segala dan semua sudut. Perancangan yang dibuat begitu teliti dan melibatkan pakar pakar perang saraf untuk melumpuhkan sesiapa sahaja yang dilihat berminat atau berbakat untuk mencabar kerusi ketua pemuda. Khair Toyo telah dibelasah dan ditanam hidup hidup oleh KJ sejak dua tahun yang lalu dan usaha usaha kearah itu berterusan sehingga sekarang.
PERANCANGAN KJ bermula secara serius dan kritikal sejak dia mula ditabalkan oleh babanya ketika menjadi timbalan ketua lagi. Bayangkan betapa lama dan tersusunnya tektik dan teknik KJ untuk merampas kerusi ketua pemuda. Di setiap negeri telah di letakkan orang orangnya yang memang satu dunia tahu siapa mereka ini. Kemenangan dia pada masa itu telah dirancang dalam satu permainan yang langsung tidak adil dan ketara berat sebelahnya.

KALAU dilihat dari perancangan teliti KJ ini, adalah agak mustahil Mukhriz mendahului pencalonan dari bahagian bahagian seluruh Malaysia. Trend ini diyakini akan berterusan esok dan sehingga mesyuarat semua bahagian selesai. Trend ini merupakan tsunami baru yang melanda pemuda UMNO. Trend ini jika berterusan dan Mukhriz menang, maka pembaharuan dijangka berlaku dalam pemuda UMNO.

APAPUN, KJ akan kalah dan Tuhan tidak akan menizinkan dia berada lama dalam barisan kepimpinan UMNO. KJ harus menerima hakikat bahawa dia naik dan terus terusan naik adalah kerana tongkat sakti bapa mertuanya. Apabila tongkat itu telah tiada maka dia sepatutnya menyedari bahawa langit itu tinggi atau rendah.

Aku doa KJ kalah. Kepada sesiapa yang naik jadi ketua samada Mukhriz atau Khir Toyo, JANGAN tiru perangai KJ. Jadilah pemimpin yang sejati. Juga jangan sekali kali makan rasuah. Nescaya jika kamu pun sama juga, maka Tuhan akan melemparkan suadara ke dalam kehinaan dan api neraka.

APAPUN, KJ pasti tewas..maka tamatlah riwayat politik seorang bernama KJ dalam sejarah UMNO.

MENULIS BALIK

AKU mula menulis balik kerana PLAH akan turun takhta tahun depan bulan mac. Setelah sekian lama dan kewujudan blog aku pun kerana kecewa dengan PLAH. Apabila PLAH tidak langsung memperdulikan suara suara rakyat dan mahu terus terusan tidur di singgahsana bersama menantu haprak nya itu, aku amat kecewa. Aku buat keputusan untuk tidak mahu tulis apa apa lagi pasal PLAH ni.

DENGAN kuasa Allah, maka terbuka juga minda dan batin PLAH untuk menerima suara suara rakyat dan dengan sukarela berundur dari Kerajaan dan parti.