Monday, July 28, 2008

PARTI EXTRIMIST MELAYU PERLU DIPERANAKAN

DALAM KEGAIRAHAN bangsa Cina dan India bangun menuntut HAK SAMARATA dengan bangsa melayu melalui parti parti extrimist DAP dan HINDRAF, parti melayu masih tidur lena. Orang Cina dan India semakin kuat suara mereka menuntut hak hak yang tidak sepatutnya dari orang melayu. Mereka telah menzahirkan kekuatan dan keupayaan mereka untuk MERAMPAS hak hak tersebut dan telah mula memejamkan ke dua dua mata dan dua belah telinga mereka terhadap suara suara dan fakta fakta 'ketuanan melayu' dan 'kontak sosial' yang selama ini DISEDEKAHKAN oleh orang melayu kepada mereka. Melayu terus terusan tidur.

Parti DAP sememangnya adalah MUSUH ABADI kepada melayu dan HINDRAF yang bersembunyi dengan topeng PKR itu juga musuh ketat orang melayu. Parti Anwar Ibrahim merupakan petualang besar yang memberikan platform kepada orang Cina dan India extrimist untuk terus bernafas dan membuat provokasi untuk terus menekan orang melayu. Namun, masih ada melayu melayu liberal yang sanggup berdiri dan duduk disebelah Cina dan India extrimist ini bersama sama menuntut hak rakan mereka. INILAH sebenarnya malapetaka dan bala yang dicipta oleh Anwar Ibrahim petualang bangsa melayu. MAKA barangsiapa yang bersekongkol dengan Anwar IBrahim, maka mereka mereka bolehlah dikelasifikasikan sebagai petualang bangsa melayu Islam.

KELEMAHAN pemerintahan PLAH dan menantunya itu juga telah diambil kesempatan yang sebaik baiknya oleh parti kompenen BN yakni MCA dan MIC. Mereka mengambil eluang keemasan ini untuk juga turut serta bersama sama rakan extrimist sebangsa mereka menuntut ak hak yang bukan hak mereka. Semangat setiakawan dalam BN selama 50 tahun itu luntur dan semakin hancur berkecai. Mereka dalam keadaan terpaksa dan dipaksa oleh keadaan dimana jikasekiranya mereka mengambil simpang yang berbeza dengan arus dan aliran semasa maka parti mereka juga pasti terkubur. INI semua berlaku kerana UMNO lemah dan telah dilemahkan oleh Presidennya yakni PLAH yang pada masa ini, pada ketika ini sedang menghancurkan parti orang melayu, parti UMNO.

MAKA, sudah tiba dan sampai waktunya orang melayu harus BANGKIT dari tidur dan ada ketika ketikanya perlu juga menunjukan 'siapakah sebenarnya tuan kepada negara Tanah Melayu' ini. Orang orang melayu mesti memikirkan dengan serius bahawasanya 'sebuah parti extrimist melayu' amat perlu diperanak dan diwujudkan. PARTI baru ini hanya dianggotai oleh orang orang melayu sahaja dan PERJUANGANYA hanya satu yakni MEMPERJUANG DAN MEMPERTAHANKAN hak hak melayu di bumi Tanah Melayu ini.

PARTI melayu baru ini mestilah versatile yakni sentiasa mengikuti perkembangan dan aliran arus. Jika sekiranya bangsa lain memilih untuk berkawan, maka ahli parti melayu mestilah berkawan dengan sepenuh hati dan jujur. Jika mereka memillih untuk bermusuh, maka parti baru melayu akan mengambil pendekatan yng lebih radikal dari permusuhan tersebut.

SESUNGGUHNYA, kewujudan parti melayu extrimist amat perlu dilahirkan pada keadaan cuaca dan iklim politik sekarang. Kewujudannya adalah mustahak dan maha penting demi untuk mempertahankan hak hak melayu.

Tuesday, July 22, 2008

AHLI PARTI PENGECUT

MENEGUR pemimpin itu satu kewajipan bagi rakyat yang melantik pemimpin tersebut. Apabila perlakuan menegur pemimpin itu dianggap dosa dan haram kepada rakyat yang memilih pemimpin tersebut, maka ianya sudah dianggap bercanggah dengan nilai nilai kehidupan dan hukum hakam politik.

MENEGUR pemimpin tidak beerti seseorang manusia itu benci dan tidak setia pada partinya. Perbuatan TIDAK BERANI UNTUK BERKATA BENAR itulah yang akan merosak dan meruntuh parti dan negara. Menegur untuk kebaikan adalah amat digalakkan. Selemah lemah iman kita patut membenci di dalam hati keatas sesuatu maksiat yang berlaku di depan mata. Sebaik baiknya kita mengunakan tangan untuk menghentikan maksiat itu. Perbuatan dan perlakuan mengiakan semua yang keluar dari mulut pemimpin walaupun salah adalah satu dosa yang maha besar kepada seseorang manusia. Maka, tegurlah pemimpin kalau kita merasakan bahawa kepimpinannya sudah lari dan tergelincir dari landasan perjuangan. Perbuatan dan perlakuan taksub membabi buta pada pemimpin TIDAK dapat memberikan sebarang faedah dan keuntungan pada parti dan negara. Sebaliknya, perlakuan tersebut hanya akan terus merosakkan parti dan negara. Melihat sejarah Saidina Abu Bakar semasa zaman kepimpinanya adalah contoh yang terbaik. Kita juga boleh mengambil iktibar bahawa pemimpin dengan kepimpinan yang lemah ternyata merosakan dan menjahanamkan parti dan negara.

DALAM kontek negara Tanah Melayu, telah terbukti dan dibuktikan bahawasanya pemimpin yang lemah kepimpinanya telah membiarkan 5 negeri dalam negara Tanah Melayu telah jatuh terkulai di tangan pembangkang. Sesungguhnya musibah itu berlaku adalah kerana pemimpin besar parti yang maha ketegar dan degil itu tidak mahu dan menolak untuk mendengar nasihat dan teguran rakyat jelata dan hanya menerima perintah dari menantunya yang maha haprak itu. Negara Tanah Melayu ternyata dan terbukti ditadbir dikalangan ahli keluarga pemimpin besar parti.

MAKA, perbuatan TAAT MEMBABI BUTA kepada pemimpin walaupun kemaksiatan berlaku adalah satu perbuatan PENGECUT dan hanya merosakan parti dan negara. Menjadi ahli parti yang TIDAK BERANI UNTUK BERKATA BENAR juga PENGECUT dan tidak ikhlas dalam perjuangan semestinya harus MENIGGALKAN parti.

PEMIMPIN yang tidak sedar akan kesalahan yang dilakukannya dan tidak dapat menerima teguran rakyat seafdalnya juga harus meninggalkan parti.

Friday, July 18, 2008

APAKAH BENAR MELAYU BERPECAH


PERSOALANNYA adakah masyarakat melayu berpecah dan sudah hilang kasih sayang diantara mereka? Kalau dibuat sedikit penilain dan penelitian, masyarakat melayu sebenarnya tidaklah seperti yang digembar gemburkan. Kedudukan dan pendirian masyarakat melayu dalam politik terbahagi kepada tiga fahaman utama yakni UMNO, PAS dan KEADILAN. Keputusan PRU12 yang lalu tidak boleh dijadikan ukuran untuk kita membuat tafsiran dan andaian bahawasanya melayu telah berpecah teruk. Yang berpecah adalah melayu dalam UMNO yang telah merajuk sakan dengan kepimpinan PLAH yang dianggap mereka lembab dan maha lemah. Melayu dalam UMNO tidak dapat menerima dan tidak reda diri mereka, keluarga mereka dan masyarakat mereka dipimpin oleh seorang orang manusia bernama PLAH yang membiarkan dirinya dikuasai oleh menantunya dalam hal ehwal pentadbiran negara.

Oleh kerana dikuasai sifat merajuk tersebut maka mereka ingin menunjukan rasa ketidakpuasan hati mereka lalu mereka dengan berat hati telah memangkah parti lain selain dari BN tak kiralah PAS atau KEADILAN bahkan DAP sekalipun. Tetapi, naluri mereka tetap bersama UMNO dan akan terus bersama UMNO. Mereka hanya mahukan pimpinan di peringat tertinggi ditukar ganti kepada orang lain yang lebih berwibawa.

SEBENARNYA, tidak berlaku pun perpecahan, cuma penghijrahan sementara yang mereka sendiri tidak rela dan amat berat untuk mereka lakukan. PAS dan KEADILAN hatta DAP sekalipun tidaklah kuat seprti yang mereka rasakan. Sekiranya, berlaku perubahan kepimpinan dalam UMNO, maka dalam PRU 13 yang akan datang parti parti PAS, KEADILAN DAN DAP akan kembali menjadi pembangkang di negeri negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Jadi penyokong penyokong di negeri negeri tersebut janganlah 'besar kepada dan sombong' diatas kemenangan yang diberikan oleh UMNO.

MAKA MUZAKARAH UMNO dan PAS sebenarnya tidak perlu dan hanya membuang masa saja. Muzakarah tersebut digembar gemburkan hanya untuk menutup mata rakyat terhadap kelemahan kepimpinan PLAH saja, tidak lebih dari itu. Bagi UMNO akar umbi, turunnya PLAH maka mereka akan berhijrah secara beramai ramai ke dalam UMNO kerana itulah saja parti mereka. Maka apabila PLAH turun, maka ahli ahli dan yang simpati dengan MCA dan MIC juga akan kembali kepada BN. Cuma MIC yang agak tidak keruan sehingga hari ini kerana masalah pimpinan tertinggi yang tidak sedar diri yang dunia kata pergi kubur kata mari itu.

HAKIKATNYA, masyarakat melayu tidaklah berpecah, yang bermasalah hanya melayu dalam UMNO yang menghadapi krisis dengan pucuk pimpinan tertinggi mereka. PENYELESAIANNYA amat ringkas dan mudah yakni PLAH dan KJ mestilah meninggalkan UMNO secepat yang mungkin.

HIDUP MELAYU !!!




Wednesday, July 16, 2008

BOLEH PERCAYA KE JANJI PLAH ?



PAGI TADI dalam perjalanan ke pejabat, aku dapat panggilan telefon dari sahabat lama iaitu Pak Long. Pak Long ni teman serumah aku masa bujang dulu. Kami biasa bangun pukul 3 pagi buat pulut durian makan dengan air garam saja sebab mana nak cari santan pagi pagi buta. Terlalu banyak sejarah aku dengan Pak Long ni. Masa zaman reformasi, aku taksub pada Anwar dan Pak Long pulak cenderong pada TUN M. Sekarang aku dah taubat dengan taubatan nasuha dengan Anwar ni..cukuplah diperdaya oleh Pak Sheikh karut ni.

Pak Long mula berhujah pasal PLAH, ' BOLEH PEGANG KE JANJI PLAH nak lepas jawatan 23 bulan lagi ? boleh percaya ka ?, maukah dia lepas jawatan Presiden dalam UMNO, kalau nak lepas sebab apa nak mempertahan jawatan ?

Pak Long meneruskan hujahnya, 'Pak Long rasa apa yang memuskilkan rakyat tentang janji PLAH itu amat berasas dan logik sebab mereka berada di dalam gelanggang politik yang semuanya berkemungkinan, tidak ada yang mustahil. PLAH juga boleh menggunakan berbagai alasan atau boleh mencipta alasan untuk terus memegang jawatan. Kalau PLAH benar benar ikhlas, dia tidak harus atau mengharamkan dirinya dari bertanding jawatan Presiden dalam pemilihan Dec ini. PLAH harus datang ke perhimpunan sebagai mantan Presiden parti. SEBALIKNYA, mengapa dan kenapa PLAH mahu bertanding dan mahu mengekalkan jawatan Presiden parti. 'Terang lagi bersuluh' sudah tentu PLAH mempunyai agenda rahsia yang sudah dipahat dibenaknya itu'.

JALAN yng terbaik dan paling selamat demi mempertahankan maruah UMNO ialah jawatan Presiden mesti dicabar, MESTI ada pertandingan. Ahli parti harus IKHLAS ketika pemilihan, harus meletakkan kepentingan parti melebihi segala galanya. Maka manusia yang bernama PLAH yang telah merosak dan memusnahkan parti harus DINOKTAHKAN DAN DITALKINKAN kepimpinannya.

PakLong menutup hujahnya dengan ungkapan ' tak praya..Pak Long tak percaya langsung pada PLAH.



SEMALAM berlakulah satu pendebatan diantara Shabery dan Anwar Ibrahim berkaitan isu minyak yang berlandaskan kepada tajuk 'hari ini bentuk kerajaan, esok harga minyak turun'. Secara keseluruhannya, pendebatan itu bolehlah diibaratkan seperti perlawanan bolasepak diantara 'Pemuda Harapan Kepala Batas dengan skuad Brasil'. Pasukan Pemuda Harapan Kepala Batas punyalah pulun dok cantas kaki tanpa menyentuh pun bola yang sentiasa di kaki pemain Brazil. Sebaliknya gol demi gol dijaringkan oleh Brazil dan permainan berkesudahan dengan 27-0. Yang lawaknya, setiap kali pemain pemuda Kepala Batas mencantas kali pemain Brazil , sorakan yang amat hebat diberikan kepada mereka. Itulah tahap dan kualiti penonton perlawanan tersebut.

BEGITULAH rendah dan lekehnya Shabery bila berdebat dengan Anwar yang memang diberanakkan untuk bercakap dan berdebat. Kawan aku kata orang yang paling layak berdebat dengan Anwar hanya TUN M saja. TUN M dilihat lebih tajam dan bisa apabila berhujah kerana dia mempunyai pengetahuan dan berilmu. Ini Shabery apa ada, asyik dok lari tajuk dan langsung tidak menyentuh persolan utama pendebatan. Shabery sesungguhnya telah merosakan kerajaan kerana ketidakmampuannya membuat 'rebuttal' terhadap hujah hujah Anwar. TAPI, apa nak dihairankan kerana bossnya yakni PLAH memanda Perdana Menteri lebih rendah darjatnya dari menterinya itu. Maknanya, pada perkiraan PLAH, Shabery itu sudah cukup bagus, cukup cemerlang dan begitu hebat sekali berhujah.

PADA perkiraan dan pandangan rakyat jelata yang memenuhi kedai kedai mamak semalam, SHABERY tidak lebih hanya menembak dengan peluru peluru kosong tapi bunyinya amat kuat sekali. Sebaliknya Anwar hanya perlu menekan butang untuk meletupkan bom bom yang dipasang sendiri oleh Shabery. Rakyat di kedai mamak juga berhujah bahawa kalau setakat dan sehingga itu lah kemampuan Shabery berhujah, maka hujah hujah dari Ketua Biro Sukan Cawangan UMNO lebih baik dan lebih berisi.

APAPUN, Shabery bukanlah manusia yang layak untuk berhadapan dengan Anwar kerana perbezaan kasta yang besar. Adalah lebih baik dan lebih afdal jika sekiranya pakar pakar ekonomi yang berdebat isu minyak ini kerana itu memang bidang mereka. Biarlah hujah hujahnya lebih berisi dan boleh digunapakai oleh rakyat yang mendengarnya.

Rakyat di kedai mamak secara spontan mengeluh 'kalaulah Shabery itu di jadikan ukuran sebagai yang terbaik dalam UMNO, bolehkah atau mampukah mereka membela parti dan menentang parti Anwar ! aku gundah sebab aku sayangkan UMNO..BUKAN PEMIMPINNYA YANG TIDAK SEDAR DIRI ITU...






Saturday, July 12, 2008

BPR AKHIRNYA MENDAPAT KUASA



BADAN PENCEGAH RASUAH (BPR) dilahir 40 tahun lalu untuk memberi penumpuan kepada kes kes rasuah di negara Tanah Melayu. Namun, BPR yang sudah sekian lama wujud tidak dapat memberikan keyakinan kepada rakyat kerana banyak kes kes yang tidak mampu untuk didakwa di mahkamah. Diantara faktor faktor mengapa dan kenapa kes kes yang telah dikelasifikasikan sebagai 'tiada kes' adalah kerana adanya campurtangan 'tangan-tangan dari langit' dan juga kelemahan dan ketidakmampuan para para Deputy Public Prosecutor (DPP) di Jabatan Peguam Negara. Namun, akhirnya kuasa untuk mendakwa telah anugerahkan kepada pihak BPR.

ADALAH menjadi satu prosedur bagi kes kes yang disiasat oleh BPR terpaksa dirujuk kepada pihak lain di Jabatan Peguam Negara untuk didakwa di mahkamah. Terlalu banyak kes kes telah dikembalikan atau di 'no further action' (NFA) kerana para para DPP menganggapnya sebagai kes lemah yakni tanpa pembuktian yang cukup. Takrifan 'kes lemah' ini dibuat oleh para para DPP di Pejabat Peguam Negara berdasarkan ilmu dan pengalaman mereka dan juga lokasi mahkamah, Hakim, peguam pihak yang dituduh dan lain lain faktor yang dirasakan akan memberikan kesusahan kepada mereka. Para para DPP yang masih setahun jagung dan masih mentah adalah satu faktor besar yang menyebabkan banyak kes kes di NFA kan.

KEWUJUDAN terlalu banyak 'kes lemah ' ini sesungguhnya memberikan implikasi yang amat negatif kepada pegawai penyiasat BPR. Mereka telah memberikan komitmen yang amat tinggi dalam kerja kerja siasatan dan sesungguhnya kertas siasatan mereka amat lengkap dan jauh berkualiti jika dibandingkan dengan siasatan pihak polis. Para para penyiasat BPR cukup berpengalaman lagi berkualiti. Mereka telah ditanam dengan sikap dan sifat anti dan benci kepada rasuah.
DENGAN kuasa pendakwaan yang diberikan kepada BPR, maka diharapkan masalah masalah 'kes lemah ' ini akan dikurangkan sebanyak yang mungkin dan rakyat mahu melihat banyak lagi kes kes rasuah didakwa di mahkamah keadilan.

Friday, July 11, 2008

AKHIRNYA PLAH KIBARKAN BENDERA PUTIH



PLAH dalam nada dan muka yang sedih mengumumkan bahawasanya beliau akan turun dari takhta singgahsana pada tahun 2010 yakni lebih kurang 23 bulan dari sekarang. Kesedihan PLAH sesungguhnya TIDAK DIKONGSI bersama oleh rakyat jelata negara Tanah Melayu. Sebaliknya rakyat jelata begitu emosional mahukan beliau turun serta merta lantaran kerana MERAJUKNYA mereka kepada PLAH. rakyat jelata melihat PLAH telah merosakkan negara Tanah Melayu dan yang paling besar dosanya ialah membenar dan mengizinkan KJ bermaharajalela memusnahkan khazanah negara Tanah Melayu.
Rakyat jelata menilai bahawasanya KJ adalah satu ciptaan makluk dari spesis manusia yang telah ditakdir dan diutuskan untuk MENJATUHKAN PLAH. PLAH tidak langsung sedar akan hakikat tersebut dan masih menyanjung tinggi menantu kesayangannya itu. Sesunguhnya kehadiran KJ disamping PLAH telah merosakkan segala impian PLAH untuk terus kekal memerintah. Rakyat jelata mengharapkan KJ sedar siapa dirinya yang sebenar dan seeloknya membungkus segala pakaian luar dan dalamnya dan terus meninggalkan bumi negara Tanah Melayu ini dengan kadar yang segera. Rakyat jelata tidak mahu dan tidak reda melihat kelibat KJ didalam intana PLAH dalam tempoh 23 bulan ini. KJ juga tidak harus lagi meneruskan cita citanya untuk berentap di kerusi Ketua Pemuda kerana ianya hanya akan memepercepatkan lagi darah yang sedang mengalir keluar dari luka luka yang sediaada.
TINDAKAN PLAH yang telah mengikat dan mengibarkan bendera putih sesungguhnya telah sedikit sebanyak menyelesaikan kerisauan rakyat jelata. Walaubagaimanapun, mereka amat mengharapkan PLAH berpegang pada apa yang telah dilafazkannya dan tidak sekali kali mungkir janji. Suhu kemarahan dan merajuknya rakyat jelata pada PLAH telah sedikit menurun dan mereka mengharapkan suhu tersebut akan kembali normal. Rakyat berlapang dada menerima hakikat tersebut dan tugas PLAH sekarang ialah menyempurnakan segala 'list wish' nya secepat mungkin yakni sebelum beliau turun dari takhtanya.

Tempoh 23 bulan adalah satu jarak masa yang tidak lama dan rakyat jelata seharusnya memberikan PELUANG pada PLAH untuk bertaubat dan membersihkan dosa dosanya yang tergolong dalam katagori dosa dosa besar itu. Rakyat jelata dari sekarang tidak harus lagi memberikan tekanan kepada PLAH. Berilah peluang kepadanya untuk meneruskan sisa sisa 'hidup politiknya' itu dan biarlah PLAH pergi dengan tenang.
YANG TIDAK GEMBIRA dengan keputusan PLAH ialah BARISAN RAKYAT kerana mereka sudah kehilangan satu manusia yang boleh dibuli dengan mudah. Sekiranya pengganti PLAH itu seseorang yang TIDAK BOLEH DIBULI ,maka ia sesungguhnya memberi masalah besar kepada BARISAN RAKYAT.






Saturday, July 5, 2008

DOSA DOSA BESAR PLAH


KALAU dibuat penilitian mengapa dan kenapa suasana kekalutan politik di negara Tanah Melayu ini bermula maka petunjuknya terarah kepada kelemahan PLAH memerintah negara. SEMUANYA bermula dari PLAH yang mana PLAH adalah 'ibu kepada segala masaalah' yang telah memudaratkan seluruh rakyat yang tidak berdosa. Dosa PLAH kepada rakyatnya sangatlah besar dan barangsiapa yang menyokong PLAH untuk terus memerintah negara Tanah Melayu ini juga terpalit dengan dosa dosa besar.
PLAH dalam era awal pemerintahnya telah menodai amanah rakyat dengan membiar dan meredakan menantunya yang maha haprak itu memerintah negara Tanah Melayu tercinta ini bagi pihak dirinya. Amat terserlah bunga bunga kemungkaran yang mana rakyat telah menegur beliau agar menjauhi menantu maha hapraknya itu dan sepatutnya dihalau dan diterajang keluar dari tingkat 4 kerana KESANNYA amat besar kepada rakyat. SIAPALAH menantu maha hapraknya itu kalau dilihat dari sudut demokrasi dan etika dalam pemerintahan sesebuah negara. Menantu maha hapraknya itu BUKANlah dipilih secara demokrasi oleh rakyat untuk duduk dikerusi di tingkat 4 dan memerintah negara ! . Dengan meredakan menantu maha hapraknya itu memerintah negara maka ini adalah DOSA BESAR PERTAMA PLAH.

PLAH yang maha lemah dan lembab itu seterusnya, menitahkan kepada Hishammudin agar memasukan menantu maha hapraknya ke dalam barisan Pemuda UMNO. PLAH sekali lagi menitahkan bahawasanya menantu maha hapraknya itu 'dimenangkan' dengan cara terhormat yakni mana mana pencabarnya yang teringin menjadi Timbalan Ketua Pemuda dicabut taring dan gigi mereka atau dikeratkan lidah lidah mereka atau pun dihalau keluar negara yakni mereka tidak boleh lagi bermastautin di negara Tanah Melayu buat selama-lamanya. Dengan menyalahguna kuasa yang diberikan kepadanya iaitu melantik menantu maha hapraknya kedalam Pemuda UMNO, maka PLAH TERUS MELAKUKAN DOSA BESAR KEDUA.

PLAH yang telah diracuni dan ditubakan oleh menantu maha hapraknya dengan 'konsep keterbukaan' dan mahu dilihat sebagai anti kezaliman dalam pemerintahan negara tanpa segan silu dan bangganya telah bersetuju untuk menghapuskan dosa dosa Pak Shiekh Anwar dengan pembebasan Pak Sheikh dalam satu perlawanan yang berkesudahan 2 - 1. Pak Sheikh yang dibersihkan dosa dosa terdahulunya itu, telah keluar dan kambali ke alam nyata sebagai 'makhluk perosak tegar' telah dan sedang mengharu birukan keharmonian dan kestabilan negara Tanah Melayu. Pak Sheikh dengan 'dasar kesamarataan' yang kemaruk untuk menjadi PM telah sanggup mentalkinkan bangsanya sendiri di negara Tanah Melayu. Pembebasan Pak Sheikh adalah merupakan DOSA BESAR PLAH YANG KETIGA.

PLAH yang mabuk cinta kerana panah asmara Jane akhirnya berkesudahan di katil pengantin . Tempoh berpuasa batin PLAH yang agak lama itu digunakan sebaik baiknya apabila dihidangkan makanan panas lagi segar. PLAH yang dilamun cinta mahu dilihat romatik sehinggakan tangan Jane ditarik dan diramas ke merata rata seluruh pelusuk Tanah Melayu sehinggakan 'kerja ' dicampur adukkan dengan berbulan madu. Maka rakyat jelata melihat dan mentafsirkan bahawa PLAH tidak mampu untuk membezakan diantara 'kerja' dan 'peribadi'. Kesempatan dan peluang itu dengan bijak diambil oleh menantu maha hapraknya untuk terus menerus mentadbir dan menjahanamkan negara Tanah Melayu. PLAH dengan itu, telah melakukan DOSA BESARTNYA YANG KE EMPAT.

PLAH yang disumbat dengan berita berita gembira palsu oleh menantu maha hapraknya dan sekutu sekutu di tingkat 4, telah mengistiharkan pilihanraya ke 12. KedegilanPLAH yang menolak tanpa membaca laporan laporan perisikan polis dan tentera yang melaporkan bahawa cuaca dan iklim pada masa itu TIDAK SESUAI untuk mengistiharkan pilihanraya kerana rakyat di negara Tanah Melayu sedang marahkan PLAH kerana dosa dosa besar 1 hingga 4. Dengan sombong dan bongkaknya PLAH yang hanya berkhiblatkan kepada 'my Khairy's report' menongkah arus dan mengistiharkan bahawa anak bulan kelihatan maka pilihanraya akan diadakan. Kedangkalan dan kedegilan itu merupakan DOSA BESAR PLAH YANG KE LIMA.

RAKYAT negara Tanah Melayu yang memberi signal jelas lagi terang kepada PLAH berkaitan DOSA DOSA BESARNYA telah menterjemahkan rasa meluat dan marah mereka dengan mengalihkan kiblat mereka kepada apa saja parti kecuali BN. Keputusan pilihanraya itu walaubagaimanapun tidak berjaya malah gagal sama sekali meyedarkan PLAH yang maha degil itu sehinggalah ke hari ini, jam ini saat ini. Maka seluruh rakyat negara Tanah Melayu pun mengikuti modes operandi yang sama yakni sehingga hari ini,jam ini saat ini masih marah dan meluat kepada PLAH walaupun dia telah membuat pengistiharan tentang 'peralihan kuasanya' kepada NAJIB.

DALAM keadaan sekarang dimana NAJIB sedang dilambung ombak dan hampir hampir lemas ini bolehlah dijadikan dalil dan nas oleh PLAH untuk memanjangkan atau membatalkan terus proses 'peralihan kuasa' tersebut.

APA pun alasan PLAH, rakyat negara Tanah Melayu tidak rela dan tidak reda jika PLAH terus menjadi PM dan Presiden parti mereka lantaran kerana DOSA DOSA BESAR itu. Rakyat akar umbi sekarang mengharap dan berdoa agar diturunkan seorang pemimpin untuk memimpin mereka demi agama bangsa dan ugama tercinta. Dalam doa mereka nama MUHYIDDIN ANAK YASSIN yang diaminkan oleh mereka. Cuma, mereka mahu melihat samada MUHYIDDIN ini dari jenis roti jantan atau roti kosong.







Thursday, July 3, 2008

PERPADUAN DAN SENGKETA PEMIMPIN MELAYU

IKLIM politik negara tanah melayu ini nampaknya akan bergolak lagi. Kasih sayang dan perpaduan orang melayu semakin terhakis teruk. Apabila disebut melayu secara automatiknya boleh ditafrifkan sebagai Islam. Maknanya, perpaduan orang orang islam semakin merudum. Mengapa dan kenapa bencana dan musibah ini berlaku dan apabila ianya berlaku siapa yang perlu mengambil tanggungjawab ? apa cara untuk meyelesai dan merungkai permasalahan tersebut ?

Itu pertanyaan dan kemuskilan yang dilontarkan oleh sahabat aku dari Perlis. Sahabat aku ni, aku rasa lebih berkiblat pada PKR, tapi tak kesah lah sebab dia ni rasional orangnya, boleh diajak berbincang dan bertukar tukar fikiran dalam semua hal termasuklah macamana nak kawin dua.

dia melontarkan pandangan dalam telefon, kata dia ' mengapa susah sangatkah untuk pemimpin pemimpin melayu islam duduk semeja yakni bermusyawarah ke meja perundingan. Mengapa ada pemimpin melayu islam yang boleh duduk bermuafakat dengan bangsa lain dengan parti yang bukan melayu bukan islam dan terang terangan menentang islam. Mengapa peristiwa yang sama tidak boleh dibuat di atara pemimpin pemimpin melayu islam..mengapa tiba tiba pemimpin pemimpin melayu islam mula berdegil lagi sombong apabila berhadapan sesama mereka. Mengapa pemimpin pemimpin melayu islam gagal mencari kesepakatan demi negara tanah melayu, bangsa melayu dan agama islam ? mengapa PLAH, HJ HADI dan ANWAR tidak boleh minum tea semeja sambil berbincang hal hal perpaduan.

SAHABAT aku tadi sekali lagi mengulangi ayat 'mengapa pemimpin melayu islam boleh berpakat dengan baik dengan pemimpim bukan islam yang ternyata jelas membenci islam' mengapa mereka mereka tidak boleh melakukan perlakuan yang sama kepada pemimpin melayu islam lain ? MENGAPA ?

SAHABAT aku mula beralih kepada isu lain, isu yang agak menarik dan penting pada pandangan aku. Dia berhujah masalah dan kekalutan politik sekarang ini adalah 'masalah peribadi'. Oleh kerana ianya 'masalah peribadi' mengapa dan kenapa harus dilibatkan dan meyusahkan rakyat yang tidak bersalah. Dia merujuk kepada kes liwat Pak Sheikh Anwar dan Najib dengan Altantuya. APABILA ianya masalah peribadi mengapa tidak diselesaikan dengan juga cara peribadi. Kalau ke dua duanya ikhlas dan berani mengapa mereka berdua tidak bersumpah di dalam masjid sambil memegang al Quran. Bersumpahlah dengan nama Allah dan sekiranya mereka bersumpah dengan sumpahan palsu, maka musibah dan bala akan menimpa mereka. Mengapa perkara yang simple dan ringkas itu tidak dapat dilakukan.

KALAU Pak Sheikh dan Najib bersetuju, sahabat aku bersedia untuk menjadi pihak penganjur. Kata dia, masjid mana pun boleh, masjid Sanglang ka, masjid Bukhori ka ka atau kalau nak lebih afdal buat dekat Masjid Chegar Pendang iatu masjid yang pernah lailatul Qadar turun. Orang tua ada bagitau, barang siapa yang bersumpah dengan sumpahan palsu, muntah darah dan terus goal selepas keluar dari tangga masjid. Itu hukuman Allah yakni hukuman yang terang dan nyata lebih mulia dari hukuman mahkamah manusia.