Thursday, July 3, 2008

PERPADUAN DAN SENGKETA PEMIMPIN MELAYU

IKLIM politik negara tanah melayu ini nampaknya akan bergolak lagi. Kasih sayang dan perpaduan orang melayu semakin terhakis teruk. Apabila disebut melayu secara automatiknya boleh ditafrifkan sebagai Islam. Maknanya, perpaduan orang orang islam semakin merudum. Mengapa dan kenapa bencana dan musibah ini berlaku dan apabila ianya berlaku siapa yang perlu mengambil tanggungjawab ? apa cara untuk meyelesai dan merungkai permasalahan tersebut ?

Itu pertanyaan dan kemuskilan yang dilontarkan oleh sahabat aku dari Perlis. Sahabat aku ni, aku rasa lebih berkiblat pada PKR, tapi tak kesah lah sebab dia ni rasional orangnya, boleh diajak berbincang dan bertukar tukar fikiran dalam semua hal termasuklah macamana nak kawin dua.

dia melontarkan pandangan dalam telefon, kata dia ' mengapa susah sangatkah untuk pemimpin pemimpin melayu islam duduk semeja yakni bermusyawarah ke meja perundingan. Mengapa ada pemimpin melayu islam yang boleh duduk bermuafakat dengan bangsa lain dengan parti yang bukan melayu bukan islam dan terang terangan menentang islam. Mengapa peristiwa yang sama tidak boleh dibuat di atara pemimpin pemimpin melayu islam..mengapa tiba tiba pemimpin pemimpin melayu islam mula berdegil lagi sombong apabila berhadapan sesama mereka. Mengapa pemimpin pemimpin melayu islam gagal mencari kesepakatan demi negara tanah melayu, bangsa melayu dan agama islam ? mengapa PLAH, HJ HADI dan ANWAR tidak boleh minum tea semeja sambil berbincang hal hal perpaduan.

SAHABAT aku tadi sekali lagi mengulangi ayat 'mengapa pemimpin melayu islam boleh berpakat dengan baik dengan pemimpim bukan islam yang ternyata jelas membenci islam' mengapa mereka mereka tidak boleh melakukan perlakuan yang sama kepada pemimpin melayu islam lain ? MENGAPA ?

SAHABAT aku mula beralih kepada isu lain, isu yang agak menarik dan penting pada pandangan aku. Dia berhujah masalah dan kekalutan politik sekarang ini adalah 'masalah peribadi'. Oleh kerana ianya 'masalah peribadi' mengapa dan kenapa harus dilibatkan dan meyusahkan rakyat yang tidak bersalah. Dia merujuk kepada kes liwat Pak Sheikh Anwar dan Najib dengan Altantuya. APABILA ianya masalah peribadi mengapa tidak diselesaikan dengan juga cara peribadi. Kalau ke dua duanya ikhlas dan berani mengapa mereka berdua tidak bersumpah di dalam masjid sambil memegang al Quran. Bersumpahlah dengan nama Allah dan sekiranya mereka bersumpah dengan sumpahan palsu, maka musibah dan bala akan menimpa mereka. Mengapa perkara yang simple dan ringkas itu tidak dapat dilakukan.

KALAU Pak Sheikh dan Najib bersetuju, sahabat aku bersedia untuk menjadi pihak penganjur. Kata dia, masjid mana pun boleh, masjid Sanglang ka, masjid Bukhori ka ka atau kalau nak lebih afdal buat dekat Masjid Chegar Pendang iatu masjid yang pernah lailatul Qadar turun. Orang tua ada bagitau, barang siapa yang bersumpah dengan sumpahan palsu, muntah darah dan terus goal selepas keluar dari tangga masjid. Itu hukuman Allah yakni hukuman yang terang dan nyata lebih mulia dari hukuman mahkamah manusia.





6 comments:

TITIGAJAH said...

Yang nak berpakat ni bukan melayu tetapi bangsa lain. Sebab bangsa lain tak mampu berdiri dengan sendirinya tanpa bangsa melayu. Senario hari ini memperlihatkan bahawa melayu yang boleh berpakat ialah melayu PKR dan melayu PAS bukannya melayu UMNO.Tokmad Gasak jangan bimbang, melayu takkan hilang di dunia. Melayu tetap tuan di tanah airnya sendiri.

Tokmad Gasak said...

Tokmad bangga dengan semangat titi gajah.

TITIGAJAH said...

Rasanya lebih senang berpakat dengan pemimpin bukan islam yang boleh menerima islam, malah menjadikan pemimpin islam terdahulu sebagai role model kepimpinan mereka.Lim Guan Eng-Umar Abd. Aziz.Daripada berpakat dengan pemimpin melayu islam lain yang usahanya tidak lebih daripada gunting dalam lipatan atau musuh dalam selimut.

Akar Umbi said...

Barulah saya tau tinggi martabat Lim Guan Eng, setaraf dengan Umar Abdul Aziz. Takkan baru jadikan role model dah puji melambung-lambung! Kalau betul dah praktikkan, dia jaga betul perbendaharaan negeri, zuhud dan kalau boleh masuk Islam, barulah kita terima sebagai Umar Abdul Aziz. TG Nik Aziz pun tak ada siapa yang bagi gelaran yang seperti itu.

SiR KinG TiGeR said...

Tokmad Gasak
Ini lah sebenarnya kelemahan orang2Melayu Islam, lebih percaya, dan pentingkan orang2 kafir daripada saudara Islam sendiri. Mereka mempunyai ego yang tinggi dan masing2 hendak menunjukkan siapa besar dan berkuasa. Mereka tidak sedar bahawa Allah sahaja yang Maha besar, Maha berkuasa. Aku yang tak pandai agama ni pun boleh menjangka hukuman apa yang mereka akan terima diakhirat nanti , melainkan mereka cepat2 kesal dan bertaubat. Wallahuallam !

DatOK ZeQ
Kelana Jaya, selangor

Anonymous said...

Titi gajah

Harap tuan dpt berfikir sewajarnya..pada pandangan saya UMNO (kena tukar bos dulu)lebih relevan berbanding PKR yang hala tuju adalah satu, ANWAR jd PM dan keistimmewaan org melayu dihapusan & dsamaratakan. Hrp kita tak lagakan bangsa kita sendiri... PAS kena pandai tackle kes PR ni kalau dia rasa perjuangan mereka masih macam dulu