Thursday, May 29, 2008

PASAL APA EZAM MASUK UMNO


Kawan aku yang kuat UMNO telefon aku marah marah, marah kat PLAH, kata dia pasal apa PLAH terima Ezam masuk UMNO. Pasal apa PLAH tidak rujuk dulu MT UMNO, dia ingat UMNO itu hak dia dan KJ saja. Pasal apa dia tidak consider pendapat akar umbi.PLAH buat macam UMNO itu hak dia. Pasal itu Tun M marah sangat kat PLAH. Aku dengar dan layan dia dengan sabar.

Aku pun provoke dia, 'kan Ezam masuk UMNO atas usaha murni KJ dan kuli kuli bataknya.. kan KJ perlu regu yang baik untuk survival politik dia..regu yang bagus untuk meratah regu Mukhriz- Khir..itu pun u tak tau ! come on bro ..kata kawan aku tu....UMNO ni dah jadi darah daging aku, ibarat kata jika sekiranya ada darah yang menitis dari tubuh badan aku ini..nescaya tertulis dan terlakar perkataan UMNO. Aku tahu niat KJ ni..aku tanya kawan aku lagi.. PLAH tak tahu ka ?..apa..PLAH tu kalau KJ kata putih, putihlah bagi PLAH..PLAH langsung tak boleh harap..harapkan pagar,pagar yang makan padi, harap dia nak jaga negara, bangsa dan ugama..habuk pun tak ada.

Marah betul kawan aku tu kat PLAH. Kawan aku meneruskan ceramah dia..u tau tak pasal apa Ezam masuk UMNO..aku buat buat bodah tanya dia balik..apasal pulak ? u tau Ezam dengan Pak Sheh Anwar tu dah seperti kekasih yang tidak boleh dipisahkan lagi..u jump..I jump..tapi tiba tiba mereka boleh bercerai talak tiga..mesti ada benda besar berlaku diantara mereka. Aku malas nak cerita pasal panjang panjang pasal tak penting bagi aku..yang penting dan mustahaknya sekarang ini, apa nak jadi dengan UMNO dibawah pemerintahan dinasti PLAH ni. Aku nampak dari hari kehari perbuatan dia lebih menghancurkan UMNO.

Aku bawak dia balik pasal isu Ezam, ni nak tanya..Ezam tu layak ka jadi Ketua Pemuda ganti Hishamuddin ?..kawan aku tiba tiba lagi kuat suara dia..' u jangan dok sebut pasal Hishamuddin.. itu Hishamuddin jenis spesis buah tomato..lembut luar dan dalam...aku pun heran macamana boleh jadi Ketua ? yang dia merafak sembah memohon maaf pasal keris tu buat sapa ! memalukan bangsa melayu saja..kalau tak buat salah buat apa minta maaf..bedebah sungguh Hishamuddin ni..kalau aku jumpa dia tepi jalan ..makan penerajang aku si Hishamuddin ni.

OK..OK.. Ezam layak ka jadi Ketua ? kawan aku berhujah lagi, bro, seikhlasnya aku nak share dengan u, pemuda pemuda UMNO baik dari Ketua, Exco, Ketua Negeri, Ketua Bahagian, Ketua Cawangan 95% tak ada tokoh pun nak jadi pemimpin, kosong wawasan mereka, kerdil jiwa mereka, tak ada vission,tak ada mission bro..letih aku bro cakap pasal QUALITY PEMUDA UMNO ni. Yang balance 5% tu..aku terima aku akui ada bakat jadi pemimpin palapis, bijak , sincere, bolehlah jadi Menteri masa depan..boleh jugak laa diharap.

OK..OK..Ezam layak ka jadi Ketua Pemuda ? kalau ikut teropong aku, falak aku ..cara aku menyuluh Ezam ni..budak ni budak cerdik, budak ni sangat' bold' dalam perbuatan dan tindakan dia, Ezam ni dilatih dan terlatih oleh keadaan dan pengalaman dia ..dia biasa masuk penjara kerana perjuangan dia..pendek kata Ezam ni boleh dikira sebagai PEMIMPIN la. Ezam ni boleh diletakan dalam kategori komando laa..cukup lasak ! kawan aku terus berhujah..KITA/UMNO perlukan orang yang macam inilah dalam pemuda..bukan buah tomato..

Bro, ada polis kat depan..aku driving ni..next time kita cakap lagi..



Wednesday, May 28, 2008

PEMIMPIN UMNO MASIH BELUM INSAF

Keputusan PRU 12 telah secara jelas, terang lagi nyata bahawasanya RAKYAT telah menterjemahkan rasa 'protes' mereka dengan 'menangguhkan' sokongan mereka selama ini kepada BN. Masing-masing mempunyai hujah dan nas mereka yang tersendiri mengapa dan kenapa mereka memilih jalan'penangguhan' ini, Melayu dengan hujah mereka, Cina dan India juga mempunyai hujah hujah masing masing.

Niat mereka baik yakni ingin memberikan mesej yang keras kepada BN supaya dapat membuat review terhadap performance yang telah mereka berikan kepada rakyat. Maknanya, selama ini mereka tidak berpuashati dengan layanan dan dasar dasar kerajaan BN sepanjang pemerintahan kerajaan BN ini. Mereka berharap kerajaan BN dengan pantas membuat post mortem untuk mengenalpasti sebab munasabab mengapa rakyat membuat keputusan 'penangguhan' ini.

Namun, mesej keras itu tidak mendapat respon yang baik dari kerajaan BN terutamanya UMNO. Pemimpin pemimpin yang dilantik dan diberi madat oleh ahli sehingga sekarang masih memilih untuk menutup mulut dan meneruskan budaya dalam parti iaitu membodek bos demi survival politik peribadi mereka.

Sesungguhnya, perlakuan mereka akan menghancurkan parti dan rakyat yang membuat' penangguhan' itu akan terus melakukan perbuatan yang sama pada PRU 13 yang akan datang.