Wednesday, May 28, 2008

PEMIMPIN UMNO MASIH BELUM INSAF

Keputusan PRU 12 telah secara jelas, terang lagi nyata bahawasanya RAKYAT telah menterjemahkan rasa 'protes' mereka dengan 'menangguhkan' sokongan mereka selama ini kepada BN. Masing-masing mempunyai hujah dan nas mereka yang tersendiri mengapa dan kenapa mereka memilih jalan'penangguhan' ini, Melayu dengan hujah mereka, Cina dan India juga mempunyai hujah hujah masing masing.

Niat mereka baik yakni ingin memberikan mesej yang keras kepada BN supaya dapat membuat review terhadap performance yang telah mereka berikan kepada rakyat. Maknanya, selama ini mereka tidak berpuashati dengan layanan dan dasar dasar kerajaan BN sepanjang pemerintahan kerajaan BN ini. Mereka berharap kerajaan BN dengan pantas membuat post mortem untuk mengenalpasti sebab munasabab mengapa rakyat membuat keputusan 'penangguhan' ini.

Namun, mesej keras itu tidak mendapat respon yang baik dari kerajaan BN terutamanya UMNO. Pemimpin pemimpin yang dilantik dan diberi madat oleh ahli sehingga sekarang masih memilih untuk menutup mulut dan meneruskan budaya dalam parti iaitu membodek bos demi survival politik peribadi mereka.

Sesungguhnya, perlakuan mereka akan menghancurkan parti dan rakyat yang membuat' penangguhan' itu akan terus melakukan perbuatan yang sama pada PRU 13 yang akan datang.

No comments: