Sunday, November 23, 2008

MELAYU ATAS PAGAR

RAMAI yang menulis dan berpendapat bahawa melayu di abad ini sedang mengalami krisis serius yang seterusnya menjurus kepada terhakisnya kuasa melayu dalam politik tanahair. Dalilnya, kerana kekalahan besar BN yang diterajui oleh UMNO pada PRU yang lalu dan kemenangan besar memihak kepada pembangkang.

Mereka berpandangan bahawa melayu kini telah berpecah kepada tiga kelompok utama yakni UMNO, PAS dan PKR. Mereka melihat ramai melayu yang dulunya penyokong BN telah mengalihkan kiblat politik ke arah PAS dan PKR.


KALAU kita membuat sedikit kajian dan perbandingan dengan PRU yang terdahulu iaitu sebelum PRU ke 12, penyokong melayu banyak memilih BN yakni UMNO dari parti lain. Pada masa itu, PAS mempunyai pengikutnya yang tersendiri. Pengikut PAS lebih taksub dan setia kepada parti dan pucuk pimpinan dan amat jarang beralih sokongan kepada parti lain. Mereka menganggap meyokong PAS adalah satu kewajipan , satu ibadah yang dituntut oleh agama dan akan dipersoalkan keimanan terhadap perjuangan menegakkan islam di akhirat kelak.


MELAYU PKR adalah terdiri dari mereka mereka yang taksub kepada kepimpinan Anwar Ibrahim, tidak lebih dari itu. Anwar dipuji dan dipuja dan mereka sanggup melakukan apa sahaja demi Anwar. Apa saja yang terkeluar dari mulut Anwar dianggap betul dan tidak ada salah dan cacat celanya. Anwar adalah segala galanya. Melayu PKR juga terdiri dari bekas penyokong UMNO yang kecewa kerana tidak mendapat kontrak atau kalah dalam pertandingan dalam UMNO (dalam satu perlawanan yang tidak adil) dan sebagainya.


MELAYU UMNO sebelum PRU 12 adalah terdiri dari mereka mereka yang kebanyakkan penyokong atas pagar. Mereka adalah ahli UMNO yang tidak aktif berpolitik dan bukan ahli yang bersimpati kepada UMNO. Mereka ini melihat angin dan suasana politik semasa. SOKONGAN mereka kepada BN/UMNO tidak tetap dan bergantung pada isu isu yang lebih kepada isu rakyat dan rasuah. Mereka akan memberi sokongan kepada BN/UMNO jika sekiranya Kerajaan itu kuat dan dapat menjanakan ekonomi dan rakyat keseluruhan mendapat faedah terutamanya orang kampung dan komoniti mereka di bandar bandar. Mereka mahu RASUAH diperangi habis habisan dari seluang hinggalah ke jerung mesti dibawa ke muka pengadilan. Apabila sesuatu isu melibatkan rakyat biasa mengalami kesusahan dan kesukaran dan index rasuah mencanak naik maka mereka tidak memberikan sokongan kepadaBN/UMNO.


MAKA bolehkah kita membuat andaian bahawa kelompok melayu yang mengalihkan sokongan mereka dari BN/UMNO kepada PAS dan PKR itu sebagai perpecahan ?


BERDASARKAN kepada fakta diatas, kita boleh membuat kesimpulan bahawa melayu sebenarnya tidak berpecah, cuma mereka benci dan meluat melihat Kerajaan pimpinan PLAH yang amat lemah dan tidak mampu mentadbir negara yang terdiri dari berbilang bangsa. PLAH dilihat tidak mempunyai karisma sebagai ketua Kerajaan, tidak mampu memacukan ekonomi negara dan rakyat. PLAH tidak dapat membezakan pentadbiran keluarganya dan negara dan yang paling ketara membiarkan negara dikuasai oleh anak menantunya.


KELOMPOK MELAYU 'atas pagar' ini sebenarnya yang menentukan kemenangan dan kekalahan BN/UMNO. Mereka terdiri dari melayu pertengahan yang boleh berfikir dan mendapat informasi dari pelbagai sudut. Pemikiran mereka boleh mempengaruhi orang kampung, keluarga dan kawan kawan terdekat. Maknanya, kelompok melayu ini amat penting kerana mereka mempunyai pengaruh yang kuat terhadap orang lain.


TEMPOH lima tahun ini adalah satu tempoh pengujian kepada barisan pembangkang yang diberi madat di lima buah negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kelantan untuk mentadbir negeri. Jika sekiranya, dalam tempoh ini tidak ada apa apa yang menarik perhatian, maka mereka akan kembalikan kuasa kepada BN/UMNO pada PRU yang akan datang.



Tuesday, November 11, 2008



SETAKAT dan sehingga hari ini 98% bahagian telah bersidang dan telah mencalonkan pemimpin pemimpin yang akan menerajui parti UMNO. Telah terpancar jelas dan terang sekali kemahuan dan pilihan wakil wakil cawangan yang mengundi membuat pilihan yang bertentangan dengan kemahuan akar umbi dan rakyat yang bersimpati pada UMNO.

PERKEMBANGAN ini sesungguhnya menampakan bahawa ahli ahli UMNO yang bersidang langsung tidak mengendahkan keputusan pilihanraya ke 12 yang lalu yang mana rakyat menolak UMNO secara nyata kerana peranan sessetengah pemimpin yang mereka benci. Akar umbi dan rakyat memberikan mesej yang jelas bahawa UMNO mesti berubah ataupun akan terus bungkus pada masa hadapan.

PEMIMPIN PEMIMPIN yang jelas dan terbukti rasuah yakni tidak bersih dan kotor, jijik masih dipilih untuk bertanding dan layak bertanding untuk menjadi pemimpin UMNO.

MANUSIA yang gelojoh, mencampuri hal ehwal pentadbiran negara, memperbodohkan bapa mertuanya, korup lagi jijik dipilih dan layak bertanding jawatan penting dalam UMNO.

PEMIMPIN yang penakut, tidak berkaliber, tidak mempunyai kualiti sebagai pemimpin diangkut dan diangkat pleh perwakilan UMNO untuk bertanding jawatan dalam UMNO.

AKAR umbi dan rakyat begitu kecewa dengan perkembangan ini dan mereka sekali lagi akan menunjukkan kuasa protes dan emosi kecewa mereka dalam PRU 13 yang akan datang.

KALAULAH kemahuan perwakilan memilih barisan pemimpin pemimpin ini menerajui UMNO, maka UMNO bolehlah dari sekarang menyediakan kain kapan untuk ditalkinkan.

BARISAN PEMIMPIN YANG AKAN MENTAKLINKAN UMNO.


PRESIDEN : DS NAJIB
TIMBALAN PRESIDEN : MD TAIB atau ALI RUSTAM
NAIB PRESIDEN : ISA SAMAD / JAMALUDIN JARJIS / RAHIM TAMBY CHIK
KETUA PEMUDA : KJ
NAIB KETUA PEMUDA : RIZAL MERICAN

MAKA, akar umbi dan para para simpati menaruh harapan dan mengharapkan barisan pemimpim pemimpin ini menerajui UMNO :


PRESIDEN : MUHYIDDIN
TIMBALAN PRESIDEN : RAIS YATIM NAIB PRESIDEN : MUSTAFA MOHAMAD / SAFIE AFDAL / ZAHID HAMIDI
KETUA PEMUDA : MUKHRIZ MAHATHIR
NAIB KETUA PEMUDA : RAZALI IBRAHIM


Akar umbi hanya mampu berdoa dan mengharapkan keaijaban, namun pisau di tangan para perwakilan. Satu dunia pun tahu, pisau pisau itu sudah tumpuh kerana rasuah politik wang.

DOA saja lah !!