RAMAI yang menulis dan berpendapat bahawa melayu di abad ini sedang mengalami krisis serius yang seterusnya menjurus kepada terhakisnya kuasa melayu dalam politik tanahair. Dalilnya, kerana kekalahan besar BN yang diterajui oleh UMNO pada PRU yang lalu dan kemenangan besar memihak kepada pembangkang.
Mereka berpandangan bahawa melayu kini telah berpecah kepada tiga kelompok utama yakni UMNO, PAS dan PKR. Mereka melihat ramai melayu yang dulunya penyokong BN telah mengalihkan kiblat politik ke arah PAS dan PKR.
KALAU kita membuat sedikit kajian dan perbandingan dengan PRU yang terdahulu iaitu sebelum PRU ke 12, penyokong melayu banyak memilih BN yakni UMNO dari parti lain. Pada masa itu, PAS mempunyai pengikutnya yang tersendiri. Pengikut PAS lebih taksub dan setia kepada parti dan pucuk pimpinan dan amat jarang beralih sokongan kepada parti lain. Mereka menganggap meyokong PAS adalah satu kewajipan , satu ibadah yang dituntut oleh agama dan akan dipersoalkan keimanan terhadap perjuangan menegakkan islam di akhirat kelak.
MELAYU PKR adalah terdiri dari mereka mereka yang taksub kepada kepimpinan Anwar Ibrahim, tidak lebih dari itu. Anwar dipuji dan dipuja dan mereka sanggup melakukan apa sahaja demi Anwar. Apa saja yang terkeluar dari mulut Anwar dianggap betul dan tidak ada salah dan cacat celanya. Anwar adalah segala galanya. Melayu PKR juga terdiri dari bekas penyokong UMNO yang kecewa kerana tidak mendapat kontrak atau kalah dalam pertandingan dalam UMNO (dalam satu perlawanan yang tidak adil) dan sebagainya.
MELAYU UMNO sebelum PRU 12 adalah terdiri dari mereka mereka yang kebanyakkan penyokong atas pagar. Mereka adalah ahli UMNO yang tidak aktif berpolitik dan bukan ahli yang bersimpati kepada UMNO. Mereka ini melihat angin dan suasana politik semasa. SOKONGAN mereka kepada BN/UMNO tidak tetap dan bergantung pada isu isu yang lebih kepada isu rakyat dan rasuah. Mereka akan memberi sokongan kepada BN/UMNO jika sekiranya Kerajaan itu kuat dan dapat menjanakan ekonomi dan rakyat keseluruhan mendapat faedah terutamanya orang kampung dan komoniti mereka di bandar bandar. Mereka mahu RASUAH diperangi habis habisan dari seluang hinggalah ke jerung mesti dibawa ke muka pengadilan. Apabila sesuatu isu melibatkan rakyat biasa mengalami kesusahan dan kesukaran dan index rasuah mencanak naik maka mereka tidak memberikan sokongan kepadaBN/UMNO.
MAKA bolehkah kita membuat andaian bahawa kelompok melayu yang mengalihkan sokongan mereka dari BN/UMNO kepada PAS dan PKR itu sebagai perpecahan ?
BERDASARKAN kepada fakta diatas, kita boleh membuat kesimpulan bahawa melayu sebenarnya tidak berpecah, cuma mereka benci dan meluat melihat Kerajaan pimpinan PLAH yang amat lemah dan tidak mampu mentadbir negara yang terdiri dari berbilang bangsa. PLAH dilihat tidak mempunyai karisma sebagai ketua Kerajaan, tidak mampu memacukan ekonomi negara dan rakyat. PLAH tidak dapat membezakan pentadbiran keluarganya dan negara dan yang paling ketara membiarkan negara dikuasai oleh anak menantunya.
KELOMPOK MELAYU 'atas pagar' ini sebenarnya yang menentukan kemenangan dan kekalahan BN/UMNO. Mereka terdiri dari melayu pertengahan yang boleh berfikir dan mendapat informasi dari pelbagai sudut. Pemikiran mereka boleh mempengaruhi orang kampung, keluarga dan kawan kawan terdekat. Maknanya, kelompok melayu ini amat penting kerana mereka mempunyai pengaruh yang kuat terhadap orang lain.
TEMPOH lima tahun ini adalah satu tempoh pengujian kepada barisan pembangkang yang diberi madat di lima buah negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kelantan untuk mentadbir negeri. Jika sekiranya, dalam tempoh ini tidak ada apa apa yang menarik perhatian, maka mereka akan kembalikan kuasa kepada BN/UMNO pada PRU yang akan datang.
Sunday, November 23, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
LAMA TAK UPDATA ?
Post a Comment