Sunday, June 29, 2008

BERULANGNYA SEJARAH ANWAR


MULAI dari semalam, hari ini, saat ini dan sehingga PRU 13 yang akan datang, catatan sejarah Anwar Ibrahim atau digelar dengan gelaran Pak Sheikh akan ditulis semula. Catatan sejarah Pak Sheikh Anwar yang lalu telah pun DIPADAMKAN oleh KJ dan PLAH dengan membebaskan beliau berpaksikan keputusan penghakiman 2 lawan 1. Kalau diteliti keputusan penghakiman tersebut, pembebasan Pak Sheikh adalah bersandarkan kepada khilaf 'point of law' semata mata WALAUBAGAIMANA PUN, ketiga tiga mereka sebulat suara dan senada BERSETUJU DAN TIDAK MENOLAK berdasarkan kepada 'fakta-fakta yang dikemuka dan dihujah' di dalam perbicaraan bahawasanya incident di Trivoli Villa itu 'SAHIH DAN SESUNGGUHNYA BERLAKU'.
KJ dan PLAH pada awal pemerintahan mereka cuba dengan sedaya upaya untuk memerintah dengan 'cara baru' yakni cara yang penuh keterbukaan, penuh tertib, penuh kemanusiaan dengan tujuan untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa pemerintahan TUN M adalah cara lama yang tidak lagi patut dipraktikkan dan tidak boleh diguna pakai lagi diabad ini. Dengan kata lain, kerajaan yang ditakbir dua beranak itu cuba MEMPERLEKEHKAN cara pentadbiran TUN M.
Apa yang dapat dilihat,dibaca dan difirasatkan dari mulut PLAH dalam berita TV3 jam 8.00 sebentar tadi menunjukkan kecenderongan dan boleh ditafsirkan bahawa PLAH akan menggunakan strategi dan modus operandi yang sama terhadap kes Pak Sheikh seperti yang telah berlaku pada zaman TUN M. Sesungguhnya mereka sekarang baru sedar atau tersedar bahawa orang tua itu yakni TUN M juga belajar dari sejarah terdahulu sebelum sesuatu keputusan dan tindakan itu diambil. Dalilnya, banyak keputusan dan tindakan TUN M dizaman pemerintahannya berakhir dengan perkabaran gembira lagi tidak mengecewakan. TUN M yang melihat peristiwa terbaru ini sudah tentu akan tersenyum simpul dan berkata dalam hati , 'now you know laa.. who is Anuaq...I have told you all earlier "

PLAH nampaknya mulai sedar bahawa Pak Sheikh Anwar yang dibebaskannya sebenarnya lebih bahaya dari singa yang sudah berpuasa sebulan. Apabila keluar dari kandang, maka makanan pertamanya ialah orang yang membuka kunci kandang. Namun pun begitu, kalau diteliti dari kenyataan -kenyataan di pihak Pak Sheikh terutama dari Wan Azizah, segala pertuduhan lebih cenderong dan dikiblatkan kepada Najib dengan mengeluarkan gambar sipengadu yakni yang sikena liwat itu berada di pejabat TPM sebelum isu ini berlaku. Juga dilibatkan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hasan dan Ghani Patail. Pak Sheikh yang sudah dikenali dan termasyor sebagai seorang orang politik yang cukup licik, tidak sekali kali akan membabitkan PLAH kerana dia mengetahui dan sedar bahawa masa depannya bergantung sepenuhnya kepada keputusan seorang Perdana Menteri yakni bukan TPM yang mempunyai kuasa mutlak untuk membuat apa apa keputusan terakhir.

Mulai jam ini, saat ini, versi baru sejarah Pak Sheikh akan ditulis semula . Demontrasi jalanan akan diulang lagi, api reformasi akan mula dinyalakan. Apa pun yang menjadi mangsa adalah rakyat yang tidak berdosa yang terpaksa menempoh hari hari sesak di jalanraya dan geraf ekonomi yang mendatar turun akan terus merudum.
Rakyat sesungguhnya akan terus menderita, yang kaya bertambah kaya yang miskin papa kedana.




Monday, June 23, 2008

GO MUHYIDDIN



MEMBACA blog Raja Petra dan tindakan MP Ipoh Timur yang menyerahkan 'emergency motion' kepada speaker Dewan Rakyat petang tadi berkaitan kes Altantuya melakarkan satu lagi titik hitam dalam sejarah politik negara yang melibatkan kepimpinan peringkat tertinggi dan yang yang pentingnya melibatkan kepimpinan UMNO.
Samada benar atau tidak benar 'allegation' itu, namun sudah menjadi lumrah dan budaya orang Malaysia terus memgambil dan menelan bulat bulat berita berita sensasi yang tidak ditapis itu. Tambahan pula ianya tidak disiar dan dikupas di media media perdana yang hanya akan membuatkan berita sensasi itu akan ditafsirkan benar oleh rakyat. Dalam kontek ini, media media perdana harus mengambil peranan untuk mengimbangi berita berita yang jatuh dari langit dan dimainkan oleh blog blog tertentu.
TETAPI, itu bukan isunya, isunya ialah siapakah pemimpin mereka yang sebenar dalam keadaan cuaca politik sekarang ? isu dan kemuskilan inilah yang membuatkan orang melayu yakni orang UMNO tidak dapat tidur nyenyak memikirkan hal yang amat besar ini.
APAKAH salah dan dosanya sehinggakan Tuhan menghantar MUSIBAH dan bala yang amat dasyat kepada orang UMNO. Untuk mengharapkan Plah sebagai penyelamat memang tidak masuk akal dan tidak munasabah langsung kerana pada keadaan ini, pada saat dan ketika ini, nyawa politik Plah hanya bergantung pada talian hayat.
MUNGKIN, Tuhan dengan kuasaNYA dan takdirNYA juga mahu mengangkat seorang orang manusia bernama MUHYIDDIN untuk menerajui melayu UMNO. Kalau itulah takdirnya, maka MUHYIDDIN wajib berani bangkit dan terus mengibarkan panji panji UMNO demi survival melayu UMNO.

Sunday, June 22, 2008

AMALAN BIDAAH POLITIK PEMUDA UMNO


Tajuk suratkhabar Berita Harian hari ini ahad 22 June 2008 'PEMUDA UMNO SEDIA GEMPUR SANGLANG', kata Ketua Pemuda Datuk Seri Hishammudin. Tidak ada yang salah dan silapnya kenyataan Hisham itu. TETAPI, setakat umur aku mengenal erti politik ITULAH ungkapan, itulah motto, itulah theme yang sejak azali digunakan oleh Pemuda UMNO. Bukan apa, aku gusar samada Ketua Pemuda ini faham maksud dan makna 'ungkapan' tersebut. Dalilnya, dalam keadaan kuat, dalam keadaan lemah, starteginya sama saja !, ibarat kata kalau seorang itu waktu tengah sihat walafiat dan gagah sekali macam Muhammad Ali masa zaman cemerlangnya, dia sudah tentu akan gempur orang itu ,gempur orang ini. TETAPI, kalau sudah lemah, sudak di 'KO' kan sehingga jatuh tersungkur, masih perlukah, masih relevan kah mengunakan ungkapan yang sama. Adalah tidak salah jika masih mahu menggunakan ungkapan yang sama TETAPI manusia manusia normal akan ketawa terbahak bahak kerana ianya merupakan 'lawak' seperti dalam rancangan 'raja lawak'.

Pemuda UMNO dalam keadaan ini, keadaan dimana luka luka masih penuh dibadan dan jalan yang masih terhoyong hayang PERLU duduk dan bermuhasabah dan mencari cari sebab munasabab 'strategi dan amalan bidaah politik ' yang diamalkan selama ini yang mana rakyat tidak suka. Mereka harus keluar dari 'kepompong selesa' dan harus bersedia untuk 'berperang' jika perlu. Ini perang bukan olok olok, bukan main main, tetapi 'perang sebenar' yang hanya hanya terjadi dan berlaku jika sekiranya pemuda UMNO itu 'IKHLAS SEIKHLAS IKHLASNYA' dalam perjuangan mereka. Secara directnya, aku cuba mengatakan disini bahawa kebanyakkan Pemuda UMNO tidak ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai ketua.

Ketua Pemuda UMNO yakni Hisham WAJIB bermuhasabah dan mengenalpasti 'amalan bidaah politik' yang diamalkan selama ini dan WAJIB meninggalkannya sekiranya amalan bidaah itu boleh terjerumus kepada menjadi 'Haram'.

PEMUDA UMNO, jika mahu turun ke Sanglang atau mana mana tempat diatas bumi Malaysia untuk berkempen atau untuk memeriahkan suasana, atau untuk mengambil peluang balik dan duduk dengan bini ke dua lebih lama sikit hendaklah menyembunyikan uniform mereka yang berbaju kemeja putih, berseluar hitam dan berkasut BALLY hitam berkilat itu. Ini penting kerana ada pemuda pemuda yang dikelasifikasikan 'TIDAK IKHLAS' bersikap tidak senonoh dan rakyat melihat perlakuan mereka. Pemuda pemuda jenis 'pak turut' ini masuk kampung menumpang glamour sebagai pemuda UMNO, menunjukkan kemewahan memandu BMW 5 series baru, no plat dua angka dengan menggengam communicator dan bercakap orang putih rojak sambil menghisap cigar di depan orang kampung. Maka orang kampung melihat itu semua lalu dia pun membuat pendirian' aku meluat tengok pemuda UMNO'.

Orang kampung suka melihat pemuda UMNO yang humble, yang hanya pakai baju pagoda, kasut selipar Jepun, naik kereta yang sama dengan mereka yakni kereta buatan Malaysia, hisap rokok daun dan pakai telefon harga rm120.00 . Orang kampung juga suka Pemuda Umno yang berkempen di kampung mereka bersolat bersama mereka bila masuk waktu, mereka suka jika Pemuda UMNO berketayap seperti mereka, boleh azan dan qamat dan boleh menjadi imam jika perlu. Bukan menjadi iman dalam bilik karoake saja !.
Orang kampung suka melihat Pemuda UMNO yang berpengetahuan luas dan bijak melontarkan idea dan berhemah tinggi. Orang kampung benci pada Pemuda UMNO yang cetek pengetahuan dan bercakap macam orang gila, macam burung tiong yang diajar oleh tuannya brcakap yakni dia bercakap dengan perkataan yang terhad dan diulang ulang sebab itu saja yang diajar oleh tuannya. Orang kampung melihat dan menilai itu semua.

Yang pastinya, KJ tidak mampu pun untuk memenuhi kriteria dan kemahuan orang kampung.





Thursday, June 19, 2008

BN BOLEH MENANG DI SANGLANG JIKA PLAH LETAK JAWATAN

ORANG SANGLANG akan berpesta lagi, berpesta untuk kali yang kedua dalam tahun ini. Orang Sanglang bertuah kerana mereka akan diangkat untuk menjadi RAJA dimana semua kemahuan mereka akan ditunaikan dalam sekelip mata. Mereka akan dilayan seperti orang melayu melayan Raja mereka. Ibarat kata, kalau mereka bersin atau batuk lebih dari dua kali, maka kereta kereta mewah bersiap sedia untuk menghantar mereka ke Hospital specialist.

Orang Sanglang akan menerima tetamu dari seluruh ceruk negara, mereka datang berduyun duyun membawa pelbagai cenderahati yang hebat hebat yang tidak mampu ditolak oleh manusia biasa yang bernafsu. Rumah rumah buruk dan berhantu yang ditinggalkan akan didiami oleh tetamu tetamu ini. Poster poster dan sepanduk akan dinaikan di rumah tersebut dan lampu lampu akan menyala hingga ke siang hari. Jamuan jamuan akan diadakan tanpa henti henti dari steak , spegetti hinggalah gulai kawah kambing dengan rias pisang. Bilik bilik HOTEL dari Sg Petani hingga ke Padang Besar dan Hadnyai akan kehabisan didiami oleh tetamu tetamu yang akan berpesta di Sanglang.

Orang Sanglang sudah bersedia menerima tetamu tetamu ini dan bersedia juga menerima layanan istemewa yang sudah sedia termaktub dalam kitab 'pilihanraya kecil'.

NAMUN, kebanyakkan orang Sanglang yang masih tidur ketika PRU 12, dikhabarkan sudah bangun dari tidur dan tidak bersedia untuk tidur lagi dalam pilihanraya kecil ini. Mereka membuka mata seluas luasya dan dapat melihat dengan jelas keputusan tidur mereka pada PRU 12 adalah salah lagi silapnya. Mereka dikhabarkan amat menyesal sekali dan berikrar tidak akan mengulangi kesilapan tersebut. Mereka tidak rela membiarkan ular itu mematuk mereka pada tempat yang sama untuk kali yang keduanya.

Sanglang sebenarnya tidak boleh dijadikan ukuran terhadap sokongan kepada kerajaan Plah. Samada menang atau kalah, isyarat yang kuat dalam PRU 12 yang lalu diberikan kepada Plah supaya turun takhta. Tapi atas sikap semulajadi Plah yang ketegar itu, beliau tidak memperdulikan isyarat tegas dari rakyat itu.

Dalam keadaan sekarang dimana rata rata rakyat menderita dengan harga minyak yang melambung dan diseretkan dengan harga barang barang yang mecanak naik adalah faktor negat
if pada BN untuk menang. Isu rakyat yang sudah merajuk dengan pemerintahan Plah yang cacamerba juga akan menjadi sebab munasabab BN susah untuk menang di Sanglang. Sementara PAS juga akan menghadapi laluan sukar kerana dasar parti yang bersekongkol dengan DAP yang dulunya mereka menghukum UMNO KAFIR kerana makan semeja dengan MCA dan MIC.

Sekali lagi, pengundi atas pagar akan menentukan siapa yang akan menang. Kebanyakan pengundi atas pagar ini terdiri dari manusia manusia yang dapat berfikir, tidak jumud pemikiran, tidak taksub dan rasional. TETAPI, mengikut cuaca politik sekarang, manusia manusia atas pagar memilih untuk 'TIDAK KELUAR MENGUNDI' atau 'MEROSAKKAN UNDI' lantaran kerana mereka tidak dapat membuat keputusan yang terbaik pada percaturan mereka.
Apa pun jika Plah melepaskan kuasanya pada timbalannya itu sebelum pilihanraya , BN sudah boleh bersuka ria kerana kemenangan sudah terjamin milik mereka.

Monday, June 16, 2008

PAKLAH YANG SEMPOI

Dua tiga minggu lepas PLAH bertitah bahawasanya demi Jane yang aku cintai dunia dan akhirat sesungguhnya aku akan dan akan dan akan .. mempertahankan jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan bulan 12 nanti. Diantara Komen komen yang didengar ialah' PLah gila betul', 'ihh orang tua nii !', ' apa lagi message nak bagi haah ..", ' kali ini aku keluar UMNO.." dll, itu komen komen dari orang UMNO yang cintakan parti lebih dari Presidennya. Secara jujurnya, Plah nampak tidak keruan sekali, seperti orang yang masih mamai ketika bangun tidur dari tidur yang tidak cukup jam.

Selepas mendengar dari mulut Plah sendiri bahawa 'peralihan kuasa' akan berlaku maka rakyat jelata sudah pun meraikannya dan kenduri kenduri kesyukuran dengan kambing dan lembu ditumbangkan menandakan rasa gembira mereka. Ibarat kata seperti terlepas dari hutang RM 1juta ! begitu hebatnya penderitaan yang terlepas dari diri mereka. Tiba tiba rasa gembira itu telah pecah berderai dan terbang hanyut dibawa angin dengan cerita terbaru PLah yang ketegar dan degil ingin mempertahankan jawatan Presiden parti. Mereka menyangka peralihan itu akan berlaku sebelum pemilihan parti dan Plah akan menghadirkan diri dalam perhimpunan tersebut sebagai 'bekas presiden'. Dengan kaedah itu, maka diharap nama Plah akan tetap disanjung dan dosa dosa lampaunya akan dimaafkan atau dilupakan begitu saja kerana melayu memang mudah lupa.


Perkembangan terkini ini sesungguhnya memberikan mata yang tinggi kepada KULI yang telah pun bersedia untuk melawan PLah yang ketegar itu. Kalau mengikut cuaca politik terkini, majoriti ahli falak telah memilih KULI untuk menang besar sebagai Presiden parti. Kata mereka, 'barangsiapa sahaja dari jenis spesis MANUSIA yang menjadi pencabar kepada Plah dalam pemilihan Presiden, maka kami akan memangkah manusia itu..janji kami KALIH. Para perwakilan akan datang bermesyuarat dan mengundi dalam mood yang paling gembira dengan semuanya menayangkan gusi dan gigi mereka kerana Plah akan dijatuhkan oleh mereka sendiri.


Plah yang disumbat dengan maklumat maklumat yang tidak tepat lagi palsu oleh anak menantunya tidak sedar langsung akan kewujudan 'tsunami tak mau Plah' sebaliknya dia begitu yakin menang diatas perkabaran gembira bahawa semua ahli UMNO berdiri teguh dibelakangnya. Plah tidak sedikit pun sedar dan insaf bahawa masalah 'dirinya' itulah yang menjadi fobia kepada seluruh rakyat malaysia.


Selagi Plah menjadi PM, selagi itulah Malaysia akan terus merudum, lingkup dan hancus berderai.

Selagi Plah menjadi PM, selagi itulah ekonomi akan bertambah buruk dan rakyat berterusan menderita

Selagi Plah menjadi PM, selagi itulah parti UMNO dan BN akan menjadi tidak relevan lagi kepada rakyat

Selagi Plah menjadi PM, selagi itulah aku amat tidak berkenan dengan Plah..



















MELAYU PARIA


Aku balik kampung di Kedah hari jumaat lepas. Lepas bagi salam aku terkelih kawan aku yang lima tahun tak jumpa. Kami pun beredar dari saf ketiga ke warung kopi kat pekan Guar Cempedak. Kawan aku sekarang ni buat business kecil kecilan jual ubat akar kayu yang dia sendiri proses hasil dari ilmu yang diturunkan oleh tokwan dia. Ubat kencing manis dan darah tinggi disamping kesan sampingan menguatkan tenaga batin.

Kawan aku ni dulu satu sekolah dengan aku kat sek Men Teknik Alor Star, bila aku masuk UTM dia masuk UPM. Sejak dari sekolah lagi dia ini memang ULTRA melayu. Dia pun mula mengeluarkan hujah dia. ' Aku sampai hari ini masih tidak faham dengan sikap orang melayu..melayu paria ! melayu tak tolong melayu, melayu bodoh, melayu tak guna seduit pun, masih tidak mengenal mana satu batu mana satu permata..malayu bodoh..!!

Aku muskil 'apa cerita ni ?..tolong habaq mai sat..", ni ana nak bagi tau enta, pasal apa orang melayu tak boleh isi minyak kat Petronas, pasal apa orang melayu tak boleh simpan duit kat bank orang melayu..Bank Muaamalat ka..Bank Rakyat ka..Arab Malaysian ka..pasal apa orang melayu tak boleh beli gula kopi kat kedai kedai kepunyaan orang melayu, pasai apa orang melayu tak boleh servis kereta dia kat kedai orang melayu, pasai apa orang melayu tak boleh guna lawyer orang melayu dalam kes kes melibatkan undang undang ?..pasai apa...macam macam lagi lah !

Kawan aku terus berceramah ' ni..aku yang untung sikit sikit aku sedekahkan 5% kepada tabung mesjid, disamping itu aku tak pernah tak bayar zakat. Aku juga menggunakan sedikit keuntungan untuk menaja tuisyen untuk anak anak melayu/islam, aku juga sponsor untuk jaga kawasan kubur di kampung aku..aku bayar 400 sebulan untuk budak budak jaga kebersihan kubur..depa pi tebas rumput sebulan sekali. Aku puas hati, walaupun tak banyak, paling kurang aku gunakan keuntungan itu kepada orang melayu.
Aku tanya dia balik, apa kaitan yang hang kata melayu bodoh tadi ?, ni, hang fikir tengok, kalau kita tolong syarikat melayu, ada sedikit bahagian dari keuntungan itu diaorang akan bersedekah jariah pada orang melayu. Contohnya, ada satu tauke Bank melayu kat tempat kawan aku kat KL sana sponsor mesjid kat tempat dia..lebih kurang 5 juta...jadi siapa yang dapat faedah..orang kita juga yang dapat. Setiap tahun ada satu syarikat melayu tu bagi korban sampai 100 ekor lembu..kita juga yang dapat. ..macam macam lagi bang..macam macam. Anta cuba fikir, tilik dan falak tengok Syarikat bukan melayu mana yang bayar zakat..nak tolong orang melayu..mampuih depa tak tolong..jangan harap laa. Yang aku tahu yang aku dengar, diaorang tolong bangsa dia saja, bagi biasiswa pada bangsa dia, sponsor pada rumah ibadat mereka..juta juta bang..juta juta..sapa yang bagi dan tolong diaorang ni..MELAYU PARIA laa..

Kawan aku tadi torture aku habis habisan, dia kecewa sungguh dengan sikap orang melayu paria ni. LAST sekali, dia offer ubat dia kat aku, 'ni..aku bagi free kat hang..balik cuba kalu OK hang kena beli kat aku..tolong melayu aahh...'



Saturday, June 14, 2008

BINTANG KJ BERSINAR TERANG TANPA PAKLAH


Paklah dalam keadaan tertekan telah membuat 'pengumuman terpaksa' di Kota Bharu mengenai peralihan kuasanya kepada Najib. 'Pengumuman terpaksa' itu terpaksa dibuat untuk meredakan keadaan yang genting dalam UMNO. Namun 'pengumuman politik' itu dilihat dari sudut politik hanya sekadar pengumuman kosong kerana ianya tidak ada full stop, tiada satu tarikh, bulan atau tahun diumumkan. Pengumuman itu berbentuk 'subjektif' dan boleh dianjak, diadjust dan tertakluk kepada klausa kluasa tersembunyi yang sungguh ambigious.
JIKA kita bersikap positif dan beranggapan bahawa peralihan itu berlaku, maka yang untung dari sudut politik ialah menantu keramatnya KJ. dalilnya, jika suasana sekarang ini dimana KJ bergantung harap pada tongkat PLah untuk terus berdiri, maka orang UMNO tidak sekali kali akan merelakan KJ untuk terus naik..naik dan naik kerana orang UMNO tidak mahu anak menantu mentadbir parti dan negara. Keputusan PRU 12 jelas menunjukan protes kepada kerajaan dua beranak tersebut.

KJ tanpa tongkat bapa mertuanya, akan lebih dihargai dan dipandang mulia oleh orang UMNO. Sekiranya KJ menang dalam pertandingan dalam parti, maka kemenangan itu 'kemenangan suci tanpa noda dan dosa' dari bapa mertuanya. Maka kemenangan itu bolehlah digelar dengan gelaran 'kemenangan abadi dan hakiki', kemenangangn yang asli yang original. Orang UMNO akan melihat kehebatan KJ yang sebenar yang sejati. Ibarat kata, sekiranya KJ bertanding lari 100meter , maka para pencabarnya tidak lagi 'lari dalam gundi' berbanding dengan KJ yang dilatih bertahun tahun dan siap lengkap dengan spike nya dan berlari dahulu 75meter dihadapan pencabarnya. Sekiranya tanpa bapa mertuanya, KJ akan bertanding dalam pertandingan yang adil dan saksama, yakni semua start dari kosong meter.
Ketiadaan Plah sebenarnya adalah peluang keemasan KJ untuk terus berada dalam pesada politik negara. Yang maha penting sekarang, KJ tidak boleh mengikut rentak bapa mertuanya yang terkapai kapai bergayut pada perdu kayu dalam aliran arus ganas. KJ harus keluar dari kepompong bapa mertuanya dan memulakan episod baru dalam sejarah politiknya.

Semoga dia berjaya.

Tuesday, June 10, 2008

CELAKA DAP


'CELAKA BETUL DAP NI' !, tiba tiba saja kawan aku Man Loyar menjerit dalam telefon. Man Loyar ni kawan aku, peguam,bukan peguam yang dok sign S&P dalam pejabat, tapi dia seorang litigator yang hebat dalam mahkamah sivil ke..jenayah ke..dulu masa belajar malas nak mampus.

OK..ok ..pasal apa pulak ni , aku cucuk dia. You tau ini DAP kurang ajar tak mau pakai songkok masa nak mengadap Sultan. Dia ingat songkok tu melayu..kan DAP tu anti melayu..busuk punya kaki. So what !, DAP ni I nak remind you, sejak azali lagi menentang Islam sebagai agama resmi negara, menentang dasar Eakonomi Melayu, menentang melayu sebagai bahasa resmi, menentang Raja raja melayu...ihh geram betul aku dengan DAP ni..aku tak praya nak tengok muka Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng tu..rasa aku terajang depa ni.

Selepas tu Man Loyar bersyarah sakan kat aku pasal apa ada dikalangan Melayu yang boleh sokong DAP in bahkan sanggup mengibar bendera DAP kat stadium Perak baru baru ni. Man Loyar juga melontarkan kekecewaan dia kepada aku, mengapa PKR dan PAS boleh bersekongkol dengan DAP ni..macam macam lagi laa..

Last last dia sembang pasal bola piala EURO . Man Lawyer kecewa Peranchis tak menang ..tapi dia lagi kecewa kerana melayu dah terlalu libral..sudah boleh terima DAP sebagai sahabat..

Sunday, June 8, 2008

PENDERITAAN RAKYAT

Rakyat memilih BN dalam pilihanraya yang lalu menyandarkan harapan yang amat tinggi terutama kepada PM yakni Paklah untuk membela nasib mereka agar ianya bertambah baik dan dapat mengharungi kehidupan yang lebih selesa. Mereka membulatkan tekat dengan memangkah dacing sambil mengetap bibir dan berniat di dalam hati bahawasanya 'aku dengan ini memangkah BN dibawah kekuasaan Plah dengan harapan nasib aku dan anak ku terbela dan dibela oleh kerajaan Plah. Semoga pendapatan aku bertambah baik, harga barang barang tidak naik dan lain lain yang sama waktu dengannya..Amin"

Mereka beranggapan suasana yang sama akan berlaku ketika pemerintahan TUN M. Mereka berdoa dengan doa yang sama dan sesungguhnya doa mereka dikabulkan. Mereka tidak gundah walau sedikit pun ketika zaman TUN M. Tetapi, siapa sangka tiba tiba 'hujan ditengahhari'. Rupa rupanya suasana yang mereka terima pada zaman TUN M tidak sama dengan apa yang mereka tempuhi dalam pemerintahan dinasti PLah. Doa mereka tidak dmakbulkan, sebaliknya diturunkan bencana dan malapetaka yang amat dahsyat. Kalau dizaman Tun dulu, jika ada harga barang naik, ianya tidak boleh mencapai umor dua minggu, nescaya Tun dengan tegas dan garangnya meyelesaikan masalah tersebut dan tokey tokey yang juga ganas menaikan harga akan tunduk dengan arahan dan perintah TUN M. Itulah perbezaannya diantara TUN M dan PLah, perbezaan bagai langit dengan bumi !

Aku dapat merasakan keperitan dan kepayahan rakyat yang innocent, yang secara total bersandar kepada kerajaan yang mereka pilih, yang meletakan kepercayaan dan harapan kepada Kerajaan membela nasib mereka. Mereka bukan pakar ekonomi dan tidak mampu pun berfikir soal tersebut. Apa yang penting bagi mereka ialah dapat meneruskan kehidupan seperti kelmarin dengan pendapatan yang sekadar cukup cukup untuk berbelanja. Kalau lebih pun, sekadar dapat membeli burger untuk anak yang telah dijanjikan bulan lepas..itu saja.. itu saja harapan mereka .

Harga minyak yang naik mendadak adalah kemuncak kepada segala masalah mereka. Mahu tidak mahu 'domino effect' tetap berlaku dimana harga barang barang telah pun juga ikut naik sebanyak 30%. Dengan itu, kos keperluan untuk hidup telah melebihi setengah dari pendapatan mereka. Kini, kehidupan mereka boleh ditakrifkan sebagai 'miskin' dan menunggu masa untuk membolot gelaran 'papa kedana'.

Kerajaan Plah mewar warkan propoganda berbentuk paksaan agar rakyat 'mengubah cara kehidupan' mereka untuk menyerap suasana sekarang. Bagi rakyat, 'mengubah cara hidup' bermakna 'berhenti makan' dan berpuasa sepanjang hidup mereka kerana kehidupan sekarang pun yakni sebelum harga minyak itu naik ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

Yang amat zalim ialah segala masalah dari 'domino effect' telah diserahkan bulat bulat kepada rakyat oleh Kerajaan PLah tanpa memberikan apa apa bentuk penyelesaian.

Rakyat melihat tidak ada tanda tanda Plah dan Menteri menterinya untuk 'mengubah cara hidup' mereka dan sesungguhnya mereka tidak mampu pun untuk bergerak kearah itu kerana selama ini kehidupan mereka dipenuhi dan dibaluti oleh kemewahan yang melampau.

Bagi rakyat, mereka akan terus berdoa dengan doa yang sama, tapi bukan untuk dacing lagi..














Thursday, June 5, 2008

NAJIB AKAN LAWAN PLAH DALAM PEMILIHAN UMNO

Dikhabarkan oleh orang orang politik UMNO bahawa akan ada pertandingan tiga penjuru menentang Presiden parti PLah pada pemilihan UMNO hujung tahun ini. Dikhabarkan juga, Plah tidak akan sekali kali menyerahkankan kuasanya atau ditakrifkan oleh UMNO Johor sebagai 'peralihan kuasa' kepada timbalannya Dato Najib anak Tun Razak itu. Berlandaskan kepada sikap degil semulajadi Plah tidak mahu turun takhta, maka jawatan beliau sebagai presiden sekarang akan dicabar oleh timbalannya Dato Najib dan Tengku Gazaleigh anak raja Kelantan. Sementara Tan Sri Muhyiddin akan menghunuskan kerisnya dan sedia berlawan digelanggang Timbalan Presiden. Dikhabarkan Dato Najib akan berganding bahu dengan Tan Sri Muhyiddin menentang PLah.

Kedegilan Plah itu semakin menjadi jadi setelah menerima nasihat ikhlas bercampur kebodekan dari Dato Khaled Nordin, Dato Sharil Samad dan beberapa Dato lagi yang semuanya berasal dari Johor Darul takzim. Mesejnya begitu terang dan nyata, bahawasanya majoriti UMNO Johor tidak bersetuju dengan' formula peralihan kuasa' dan dengan tegasnya mahukan Plah terus menjadi presiden parti dan Perdana Menteri Malaysia. Iman dan keimanan PLah bergegar teruk setelah mendengar ikrar setia dan sumpah keramat itu.


Ditambah lagi dengan laporan laporan rekaan KJ dan juak juaknya kepada bapa mertuanya itu bahawa, keadaan akan berubah tidak lama lagi, usaha usaha agresif sedang dilakukan oleh NST dan TV3 untuk memulihkan imej PLah yang teruk tercalar selepas pilihanraya. Berita berita yang siap ditapis yang sampai kepada PLah hampir keseluruhannya berunsur sangat positif dan akar umbi sesungguhnya mahukan Plah terus memimpin parti. Iman dan keimanan PLah sekali lagi bergegar sakan.

Untuk memeriahkan lagi suasana keceriaan Plah, maka juak juak dari negeri negeri pun mula berkokok sakan untuk memuaskan nafsu pemimpin mereka. Muhammad Muhamad Taib membuat laporan bahawa keadaan di Selangor telah pulih sepenuhnya. Orang orang yang dulunya tidak menyokong BN telah berduyun duyun kembali kepada PLah perdana menteri idaman dan kesayangan mereka. PLah tersenyum puas sambil menggengam tangan Jane..I love U darling..Selangor according to Md Taib very very fine..they love me so much..no worries

Mahathir Khaled pun dengan bangga dan ikhklasnya membuat laporan bahawa Kedah dah hampir 100% pulih. Kerajaan PAS akan tumbang pada pilihanraya ke 13. Sementara ahli UMNO yang 'kalih' pada PRU 12 telah datang kepadanya menangis teresak esak menzahirkan kekesalan yang amat sangat kerana memilih untuk'kalih' pada pilihnaraya yang lalu. Mereka mereka yang 'kalih' tersebut telah menyatakan sokongan padu dan berani mati untuk PLah. Sekali lagi iman dan keimanan PLah bergongcang laju.
PLah yang sedang dibuai kenyataan kenyataan indah itu, telah membuat keputusan untuk mempertahankan jawatan presiden UMNO dan tidak sekali kali akan turun dari mimbar takhtanya.

Kedegilan Plah untuk melepaskan kuasa kepada Dato Najib sesungguhnya merupakan satu malapetaka kepada UMNO. Ada teori mengatakan bahawa Dato Najib akan menang dalam pertandingan tersebut untuk melengkapkan teori R A H M A N. Tetapi, selepas itu UMNO akan terus ditalkinkan oleh orang orang melayu sendiri.

Wednesday, June 4, 2008

PLAH MENGKHIANATI RAKYAT

Aku baru balik dari kampung di Kedah sana, di Pendang. Sampai kawasan Subang Airport kereta dah mula bergerak perlahan..jam ! apa punca jem ni, mana ada hujan..banjir ! dah masuk magrib ni..tunggu punya tunggu dah pukul 830 malam..jem masih jem.

Rupa upanya jem pasal kenderaan beratur kat petrol station untuk isi minyak. HARGA MINYAK NAIK KOW KOW.. Secara tiba tiba aku terbayang muka PLAH, muka Shahril Samad menteri yang dibawa masuk oleh PLAH untuk menjadi hulubalangnya.. Zaid Ibrahim pun terlintas jugak

Dengan spontannya terpancul dari mulut aku..' PLAH MENGKIANATI RAKYATNYA'. Mengkianati amanah, kepercayaan rakyat yang mengundi BN..menyembelih orang orang kampung yang hidup macam ayam kais pagi makan tengahari, kais tengahari makan malam.

Aku mula terbayang orang orang kampung yang kehidupan mereka begitu sederhana yang mampu isap rokok daun saja. Orang orang kampung yang menggunkan motosikal untu mencari rezeki..road tax pun tidak ada..insuran ..memang tak pernah beli pun. Dulu kalau isi 5 ringgit dah penuh, sekarang mau 9 ringgit. Sakit juga orang kampung..

Dalam kereta aku termenung panjang.. ihh ..domino effect..yang akan menjadi lebih kalut..harga barang barang lain akan naik, tepung, beras ,minyak masak..ihh..kesian orang kampung. Fikiran aku melayang jauh..berapa Kerajaan Plah boleh save hasil dari kenaikan minyak ini, apa dia nak buat dengan saving berjumlah 21 Billion tu. Aku mula mengeluh ihh..13.7 billion..banyak tu. Banyak yang Kerajaan PLAH boleh buat untuk rakyat, boleh dibina sekolah sekolah, boleh bagi biasiswa untuk non bumi, boleh bodek puak puak HINDRAF... Melayu !..melayu mampuih pi depa..depa semua bodoh..melayu semua bodoh..melayu bodek waktu nak undi sudah lah.Bagi jalan mini tar cukup dah..melayu bodoh dah boleh tersengeh dah..dah tentu pangkah BN .

Aku termenung lebih jauh.. aku teringat satu report yang aku baca pasal Malaysia ini..pasal indek rasuah yang mana report tu buat conclusion kata at least 30% peruntukan untuk sesuatu projek hilang macam tu saja..macam kapas ditiup angin..lalu singgah di poket poket orang politik dan juak juak mereka. Itu report kata..bukan aku yang kata naa !

Aku pun buat satu keputusan ..klau 30% dari 13.7 billion ..lebih kurang 4.1 billion !!..terbang dan hinggap dipoket poket puak ni..ihh..SEDIHNYA aku..sedih kat orang kampung , sedih kat aku sendiri yang dok bayar income tax sampai 28% setahun..sedih kat kamu kamu semua..sedih kerana aku rakyat malaysia yang bodoh..