Sunday, June 22, 2008

AMALAN BIDAAH POLITIK PEMUDA UMNO


Tajuk suratkhabar Berita Harian hari ini ahad 22 June 2008 'PEMUDA UMNO SEDIA GEMPUR SANGLANG', kata Ketua Pemuda Datuk Seri Hishammudin. Tidak ada yang salah dan silapnya kenyataan Hisham itu. TETAPI, setakat umur aku mengenal erti politik ITULAH ungkapan, itulah motto, itulah theme yang sejak azali digunakan oleh Pemuda UMNO. Bukan apa, aku gusar samada Ketua Pemuda ini faham maksud dan makna 'ungkapan' tersebut. Dalilnya, dalam keadaan kuat, dalam keadaan lemah, starteginya sama saja !, ibarat kata kalau seorang itu waktu tengah sihat walafiat dan gagah sekali macam Muhammad Ali masa zaman cemerlangnya, dia sudah tentu akan gempur orang itu ,gempur orang ini. TETAPI, kalau sudah lemah, sudak di 'KO' kan sehingga jatuh tersungkur, masih perlukah, masih relevan kah mengunakan ungkapan yang sama. Adalah tidak salah jika masih mahu menggunakan ungkapan yang sama TETAPI manusia manusia normal akan ketawa terbahak bahak kerana ianya merupakan 'lawak' seperti dalam rancangan 'raja lawak'.

Pemuda UMNO dalam keadaan ini, keadaan dimana luka luka masih penuh dibadan dan jalan yang masih terhoyong hayang PERLU duduk dan bermuhasabah dan mencari cari sebab munasabab 'strategi dan amalan bidaah politik ' yang diamalkan selama ini yang mana rakyat tidak suka. Mereka harus keluar dari 'kepompong selesa' dan harus bersedia untuk 'berperang' jika perlu. Ini perang bukan olok olok, bukan main main, tetapi 'perang sebenar' yang hanya hanya terjadi dan berlaku jika sekiranya pemuda UMNO itu 'IKHLAS SEIKHLAS IKHLASNYA' dalam perjuangan mereka. Secara directnya, aku cuba mengatakan disini bahawa kebanyakkan Pemuda UMNO tidak ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai ketua.

Ketua Pemuda UMNO yakni Hisham WAJIB bermuhasabah dan mengenalpasti 'amalan bidaah politik' yang diamalkan selama ini dan WAJIB meninggalkannya sekiranya amalan bidaah itu boleh terjerumus kepada menjadi 'Haram'.

PEMUDA UMNO, jika mahu turun ke Sanglang atau mana mana tempat diatas bumi Malaysia untuk berkempen atau untuk memeriahkan suasana, atau untuk mengambil peluang balik dan duduk dengan bini ke dua lebih lama sikit hendaklah menyembunyikan uniform mereka yang berbaju kemeja putih, berseluar hitam dan berkasut BALLY hitam berkilat itu. Ini penting kerana ada pemuda pemuda yang dikelasifikasikan 'TIDAK IKHLAS' bersikap tidak senonoh dan rakyat melihat perlakuan mereka. Pemuda pemuda jenis 'pak turut' ini masuk kampung menumpang glamour sebagai pemuda UMNO, menunjukkan kemewahan memandu BMW 5 series baru, no plat dua angka dengan menggengam communicator dan bercakap orang putih rojak sambil menghisap cigar di depan orang kampung. Maka orang kampung melihat itu semua lalu dia pun membuat pendirian' aku meluat tengok pemuda UMNO'.

Orang kampung suka melihat pemuda UMNO yang humble, yang hanya pakai baju pagoda, kasut selipar Jepun, naik kereta yang sama dengan mereka yakni kereta buatan Malaysia, hisap rokok daun dan pakai telefon harga rm120.00 . Orang kampung juga suka Pemuda Umno yang berkempen di kampung mereka bersolat bersama mereka bila masuk waktu, mereka suka jika Pemuda UMNO berketayap seperti mereka, boleh azan dan qamat dan boleh menjadi imam jika perlu. Bukan menjadi iman dalam bilik karoake saja !.
Orang kampung suka melihat Pemuda UMNO yang berpengetahuan luas dan bijak melontarkan idea dan berhemah tinggi. Orang kampung benci pada Pemuda UMNO yang cetek pengetahuan dan bercakap macam orang gila, macam burung tiong yang diajar oleh tuannya brcakap yakni dia bercakap dengan perkataan yang terhad dan diulang ulang sebab itu saja yang diajar oleh tuannya. Orang kampung melihat dan menilai itu semua.

Yang pastinya, KJ tidak mampu pun untuk memenuhi kriteria dan kemahuan orang kampung.





No comments: