
SEMALAM berlakulah satu pendebatan diantara Shabery dan Anwar Ibrahim berkaitan isu minyak yang berlandaskan kepada tajuk 'hari ini bentuk kerajaan, esok harga minyak turun'. Secara keseluruhannya, pendebatan itu bolehlah diibaratkan seperti perlawanan bolasepak diantara 'Pemuda Harapan Kepala Batas dengan skuad Brasil'. Pasukan Pemuda Harapan Kepala Batas punyalah pulun dok cantas kaki tanpa menyentuh pun bola yang sentiasa di kaki pemain Brazil. Sebaliknya gol demi gol dijaringkan oleh Brazil dan permainan berkesudahan dengan 27-0. Yang lawaknya, setiap kali pemain pemuda Kepala Batas mencantas kali pemain Brazil , sorakan yang amat hebat diberikan kepada mereka. Itulah tahap dan kualiti penonton perlawanan tersebut.
BEGITULAH rendah dan lekehnya Shabery bila berdebat dengan Anwar yang memang diberanakkan untuk bercakap dan berdebat. Kawan aku kata orang yang paling layak berdebat dengan Anwar hanya TUN M saja. TUN M dilihat lebih tajam dan bisa apabila berhujah kerana dia mempunyai pengetahuan dan berilmu. Ini Shabery apa ada, asyik dok lari tajuk dan langsung tidak menyentuh persolan utama pendebatan. Shabery sesungguhnya telah merosakan kerajaan kerana ketidakmampuannya membuat 'rebuttal' terhadap hujah hujah Anwar. TAPI, apa nak dihairankan kerana bossnya yakni PLAH memanda Perdana Menteri lebih rendah darjatnya dari menterinya itu. Maknanya, pada perkiraan PLAH, Shabery itu sudah cukup bagus, cukup cemerlang dan begitu hebat sekali berhujah.
PADA perkiraan dan pandangan rakyat jelata yang memenuhi kedai kedai mamak semalam, SHABERY tidak lebih hanya menembak dengan peluru peluru kosong tapi bunyinya amat kuat sekali. Sebaliknya Anwar hanya perlu menekan butang untuk meletupkan bom bom yang dipasang sendiri oleh Shabery. Rakyat di kedai mamak juga berhujah bahawa kalau setakat dan sehingga itu lah kemampuan Shabery berhujah, maka hujah hujah dari Ketua Biro Sukan Cawangan UMNO lebih baik dan lebih berisi.
APAPUN, Shabery bukanlah manusia yang layak untuk berhadapan dengan Anwar kerana perbezaan kasta yang besar. Adalah lebih baik dan lebih afdal jika sekiranya pakar pakar ekonomi yang berdebat isu minyak ini kerana itu memang bidang mereka. Biarlah hujah hujahnya lebih berisi dan boleh digunapakai oleh rakyat yang mendengarnya.
Rakyat di kedai mamak secara spontan mengeluh 'kalaulah Shabery itu di jadikan ukuran sebagai yang terbaik dalam UMNO, bolehkah atau mampukah mereka membela parti dan menentang parti Anwar ! aku gundah sebab aku sayangkan UMNO..BUKAN PEMIMPINNYA YANG TIDAK SEDAR DIRI ITU...
3 comments:
Sekurang-kurangnya DASC berani berdepan dengan DSAI. Hujah yang tajam dan berbisa sahaja tak cukup..sifat berani mesti nak kena ada..Dulu Tun M diajak pergi ke Mahkahmah pun tak nak.
Jgn kita selalu tau kritik ja.. Anwar mmg kaki pembelit dan wajar dihukum keatas kesalahan nya... Jgn melayu hancur ditangan Anwar
hehehhe...actually...Anwar menang dimata rakyat....dan Shabery menang dari segi intelek...
bagi sapa yang celik...maka dia akan puji sikit si shabery ni pasal dia berani lawan Anwar debat...yang lain2 tu semua penakut! Mana Nazri Aziz? Mana Shahrir Tiong? Kata berani sangat!!! Kata terrer sangat!!!
hehehhehe...Anwar menang sebab kononnya dia bela rakyat...nak turunkan harga petrol katanya...lima kupang...betoi...memang dia buleh buat...sebab dalam kes ni Pak Lah salah (menteri kewangan)..Pak Lah salah sebab naikkan 78 sekali gus!...actually...dia kena umumkan dulu...bagi tempoh....naik secara berperingkat...dan jangan banyak sangat!...Dia kena lipat ganda usaha cari duit utk negara utk tampung subsidi minyak...kurangkan beban rakyat! itu kerja dia, sebab dia dok kat jawatan tu...tapi tu laaa...Pak Lah ni suka tidoq!
itu pandangan peribadi je...nak setuju atau tidak...terserah laaaa...
Post a Comment