
SESUATU yang diluar jangkaan berlaku dalam pemilihan Ketua Pemuda UMNO . Sehingga jam 6 petang tadi Mukhriz anak TDM mendahului dengan 39 pencalonan. KJ masih terkapai kapai dengan 20 pencalonan. Suatu keputusan yang agak pelik dan sukar dipercayai.
MENGIKUT adat, KJ lebih segala galanya dari segala dan semua sudut. Perancangan yang dibuat begitu teliti dan melibatkan pakar pakar perang saraf untuk melumpuhkan sesiapa sahaja yang dilihat berminat atau berbakat untuk mencabar kerusi ketua pemuda. Khair Toyo telah dibelasah dan ditanam hidup hidup oleh KJ sejak dua tahun yang lalu dan usaha usaha kearah itu berterusan sehingga sekarang.
PERANCANGAN KJ bermula secara serius dan kritikal sejak dia mula ditabalkan oleh babanya ketika menjadi timbalan ketua lagi. Bayangkan betapa lama dan tersusunnya tektik dan teknik KJ untuk merampas kerusi ketua pemuda. Di setiap negeri telah di letakkan orang orangnya yang memang satu dunia tahu siapa mereka ini. Kemenangan dia pada masa itu telah dirancang dalam satu permainan yang langsung tidak adil dan ketara berat sebelahnya.
KALAU dilihat dari perancangan teliti KJ ini, adalah agak mustahil Mukhriz mendahului pencalonan dari bahagian bahagian seluruh Malaysia. Trend ini diyakini akan berterusan esok dan sehingga mesyuarat semua bahagian selesai. Trend ini merupakan tsunami baru yang melanda pemuda UMNO. Trend ini jika berterusan dan Mukhriz menang, maka pembaharuan dijangka berlaku dalam pemuda UMNO.
APAPUN, KJ akan kalah dan Tuhan tidak akan menizinkan dia berada lama dalam barisan kepimpinan UMNO. KJ harus menerima hakikat bahawa dia naik dan terus terusan naik adalah kerana tongkat sakti bapa mertuanya. Apabila tongkat itu telah tiada maka dia sepatutnya menyedari bahawa langit itu tinggi atau rendah.
Aku doa KJ kalah. Kepada sesiapa yang naik jadi ketua samada Mukhriz atau Khir Toyo, JANGAN tiru perangai KJ. Jadilah pemimpin yang sejati. Juga jangan sekali kali makan rasuah. Nescaya jika kamu pun sama juga, maka Tuhan akan melemparkan suadara ke dalam kehinaan dan api neraka.
APAPUN, KJ pasti tewas..maka tamatlah riwayat politik seorang bernama KJ dalam sejarah UMNO.
4 comments:
ish ish ish kesian budak budak tingkat empat. . . . tapi like you said... timbul hak, tengelan batil ish ish ish
kesian dgn kj.....tapi sila bagitau macamana nak gunakn budak cerdik mcm kj ni.....
KJ ni memang tak dinafi cerdik. Cuma dia terlalu gelojoh dan menentang adat dalam berpolitik.
Apabila menentang adat maka orang cerdik selalunya kena pancung dengan orang kampung saja.
Banyak tempat boleh digunakan si KJ ni, tapi masalahnya dosa yang dia dah buat tu besaq sangat untuk diampunkan. Orang dah tak boleh terima dia dah. Maknanya, nyawa politik dia akan ghuyup jugak tak lama lagi.
Kalau tak guna dipun tak pa dah bagi dia, pasai dia dah kaya raya sekarang ni..
ada teori mengatakan utk keterusan politik dia...akan beralih angin ke pakatan...mungkin kerna orang politik mudah lupa apa yg lepas dan ini akan menguatkan pr..kerna pengikut bukannya sedikit,,,mungkin ada kemungkinannya....
Post a Comment