
KEBANYAKKAN rakyat menyambut baik Najib untuk menduduki kerusi Perdana Menteri Malaysia ke enam. Namun, laluan yang akan dihadapinya amat sukar dan berliku liku. Imejnya yang memang tidak berapa bersih sebelum ini telah dikotorkan lagi oleh pakar perang saraf bertaraf dunia yakni Anwar Ibrahim.
Mengikut falak orang ramai, Blogers Raja Petra telah digunakan sepenuhnya oleh Anwar Ibrahim untuk mencanangkan tentang kekotoran Najib berkaitan penglibatan kes Altantuya. Asakan asakan yang bertubi tubi telah dibuat oleh Raja Petra sejak kedudukan PLAH yang amat goyah sebelum ini. Maka Anwar Ibrahim yang memang terkenal dengan ilmu perang politiknya melihat bahawa sesuatu amat perlu dilakukan dengan harapan Najib tidak dapat naik dan ditabalkan sebagai Perdana Menteri. Dengan itu, peluangnya untuk memburu kerusi PM akan dilihat lebih cerah.
Walaubagaimanapun, isu liwat yang terbaru telah memintas dan merosakkan pelan dan cita cita Anwar Ibrahim untuk menjadi PM. Isu liwat sesungguhnya adalah isu besar yang terpaksa ditempuhi olehnya. Dipercayai usaha usaha Anwar untuk menidakkan Najib untuk menjadi PM adalah untuk menutup kes liwatnya itu. Apa pun, laluan Anwar amat sukar dan kes liwat ini adalah merupakan 'hidup dan matinya' politik beliau dalam sejarah negara Tanah Melayu ini.
Dengan naiknya Najib sebagai Perdana Menteri ke enam, maka lengkaplah teori R A H M A N. Impian dan cita cita Anwar, adat kata bolehlah dibuang ke laut.
Rakyat majoriti secara dasarnya telah menerima Najib sebagai Perdana Menteri. Dengan itu, kiblat dan mentaliti mereka sekarang lebih terarah kepada apa yang akan dilakukan oleh Najib untuk membangunkan negara. Isu Anwar Ibrahim telah mengecil dengan sendirinya dan berkemunkinan tidak relevan lagi jika sekiranya Najib beraksi cemerlang dalam pentadbirannya.
Untuk menjadi cemerlang, Najib mestilah bertindak sebagai pemimpin kepada seluruh rakyat Negara Tanah Melayu dengan usaha usaha memacukan ekonomi rakyat keseluruhannya. Usaha usaha ini mestilah digerakkan tanpa ragu ragu dan implimentasinya mestilah segera tanpa ditangguh lagi. Najib mesti melihat dan mencari cari segala sebab munasabab yang memberi kesusahan kepada rakyat dan mula mencari ubat ubatan yang sesuai untuk memulihkannya.
Diantara kesusahan rakyat ialah harga minyak dan kesan domino yang menyebabkan harga barang barang mencanak naik dan tidak mahu turun turun lagi. Harga makanan ruji rakyat yakni beras, minyak masak, susu anak anak MESTI diturunkan SERTA MERTA. Najib mesti menghunuskan kerisnya untuk membuat amokan kepada tauke tauke yang zalim itu. NaJIB PERLU PANTAS, TEGAS dan sekali sekala ZALIM kepada golongan ini.
Najib perlu mengerakkan projek projek yang melibatkan kepentingan rakyat contohnya Universiti, sekolah, tadika, pusat pusat riadah, kedai kedai, bus station dan memperbaiki sistem pengangkutan awam. Rakyat akan meluat melihat pemimpin berada didalam kereta besar dan rakyat terhimpit macam sardin dalam tin dalam bas awam.
Najib juga perlu membuat sesuatu agar pinjaman dan kadar interest bank dikurangkan untuk mengurangkan bebanan rakyat. Rakyat percaya kesan domino ketas pembangunan projek projek juga akan dirasai oleh semua yang terlibat dalam perniagaan.
Usaha usaha serius menangkap perasuah mesti diteruskan dan mereka mereka perasuah ini mestilah dibawa ke mahkamah pengadilan. Peranan dan kuasa BPR perlu ditambah dan diperkasakan.
Sekiranya Najib bekerja kuat dan IKHLAS, maka talian hayat politiknya akan lebih panjang.
Namun, rata rata rakyat mengusari akan kelibat ROSMAH yang telah digembar gemburkan sebagai Queen Control DAN najib secara sedar atau tidak sedar tunduk merafak sembah pada kekuatan Rosmah. Jika benar dan betullah fakta ini, maka Najib akan lebih cepat jatuh dari PLAH. Rakyat tidak sekali kali akan membiarkan perkara ini berlaku dan jika sekiranya ianya berlaku, maka rakyat dengan kuasa yang ada padanya akan merentap Najib dari singgahsana Perdana Menteri.
2 comments:
anwar..anwar..anwar. siapapun PM yg pastinya kelibat anwar tetap membayangi. Adakah belum cukup lagi kemenangan besar pembangkang dlm PRU12 tak kira PAS DAP dan PKR kerana keyakinan rakyat pada Anwar.
Biasalah mentaliti UMNO, dialihkan persepsi rakyat bahawa kemenangan Pakatan kononnya kerana protes pada PLah la,KJ la, itu la, ini la...malu nak akui bahawa rakyat tolak BN kerana tidak percayakan BN lagi tapi semakin percayakan Pakatan.Kesian PLah yg terpaksa disembelih demi nak tutup aib.
....Teringat cerita tok wan aku dulu kononnya kalau nak bina jambatan kena sembelih kambing dan tanam kepala kambing di kepala jambatan... aku kabupaten
kabupaten
percayaan kurafat begini yang akan meruntuh kan sasiah manusia...
jangan di bawa percayaan karut marut yang boleh mencelarukan pemikiran orang ramai
sekiranya tipis ilmu mereka makan yang konon2 nya itu akan menyesatkan orang lain...
mentaliti ini kah yang dibawa oleh PR?
Post a Comment