Thursday, June 19, 2008

BN BOLEH MENANG DI SANGLANG JIKA PLAH LETAK JAWATAN

ORANG SANGLANG akan berpesta lagi, berpesta untuk kali yang kedua dalam tahun ini. Orang Sanglang bertuah kerana mereka akan diangkat untuk menjadi RAJA dimana semua kemahuan mereka akan ditunaikan dalam sekelip mata. Mereka akan dilayan seperti orang melayu melayan Raja mereka. Ibarat kata, kalau mereka bersin atau batuk lebih dari dua kali, maka kereta kereta mewah bersiap sedia untuk menghantar mereka ke Hospital specialist.

Orang Sanglang akan menerima tetamu dari seluruh ceruk negara, mereka datang berduyun duyun membawa pelbagai cenderahati yang hebat hebat yang tidak mampu ditolak oleh manusia biasa yang bernafsu. Rumah rumah buruk dan berhantu yang ditinggalkan akan didiami oleh tetamu tetamu ini. Poster poster dan sepanduk akan dinaikan di rumah tersebut dan lampu lampu akan menyala hingga ke siang hari. Jamuan jamuan akan diadakan tanpa henti henti dari steak , spegetti hinggalah gulai kawah kambing dengan rias pisang. Bilik bilik HOTEL dari Sg Petani hingga ke Padang Besar dan Hadnyai akan kehabisan didiami oleh tetamu tetamu yang akan berpesta di Sanglang.

Orang Sanglang sudah bersedia menerima tetamu tetamu ini dan bersedia juga menerima layanan istemewa yang sudah sedia termaktub dalam kitab 'pilihanraya kecil'.

NAMUN, kebanyakkan orang Sanglang yang masih tidur ketika PRU 12, dikhabarkan sudah bangun dari tidur dan tidak bersedia untuk tidur lagi dalam pilihanraya kecil ini. Mereka membuka mata seluas luasya dan dapat melihat dengan jelas keputusan tidur mereka pada PRU 12 adalah salah lagi silapnya. Mereka dikhabarkan amat menyesal sekali dan berikrar tidak akan mengulangi kesilapan tersebut. Mereka tidak rela membiarkan ular itu mematuk mereka pada tempat yang sama untuk kali yang keduanya.

Sanglang sebenarnya tidak boleh dijadikan ukuran terhadap sokongan kepada kerajaan Plah. Samada menang atau kalah, isyarat yang kuat dalam PRU 12 yang lalu diberikan kepada Plah supaya turun takhta. Tapi atas sikap semulajadi Plah yang ketegar itu, beliau tidak memperdulikan isyarat tegas dari rakyat itu.

Dalam keadaan sekarang dimana rata rata rakyat menderita dengan harga minyak yang melambung dan diseretkan dengan harga barang barang yang mecanak naik adalah faktor negat
if pada BN untuk menang. Isu rakyat yang sudah merajuk dengan pemerintahan Plah yang cacamerba juga akan menjadi sebab munasabab BN susah untuk menang di Sanglang. Sementara PAS juga akan menghadapi laluan sukar kerana dasar parti yang bersekongkol dengan DAP yang dulunya mereka menghukum UMNO KAFIR kerana makan semeja dengan MCA dan MIC.

Sekali lagi, pengundi atas pagar akan menentukan siapa yang akan menang. Kebanyakan pengundi atas pagar ini terdiri dari manusia manusia yang dapat berfikir, tidak jumud pemikiran, tidak taksub dan rasional. TETAPI, mengikut cuaca politik sekarang, manusia manusia atas pagar memilih untuk 'TIDAK KELUAR MENGUNDI' atau 'MEROSAKKAN UNDI' lantaran kerana mereka tidak dapat membuat keputusan yang terbaik pada percaturan mereka.
Apa pun jika Plah melepaskan kuasanya pada timbalannya itu sebelum pilihanraya , BN sudah boleh bersuka ria kerana kemenangan sudah terjamin milik mereka.

5 comments:

Akar Umbi said...

Jom kita pi tokmad. Kalah tak pa, yg utama jom pekena laksa kat Kuala Perlis.

Tokmad Gasak said...

Boleh...kalau jadi election tu..nanti kita pi..

Anonymous said...

Kena sure kena dah...makan laksa la kita weh..

Anonymous said...

kalah menang apo guna...kalu rakyat buat mcm hampeh nyuk je..yang ada banglo..keta besaq takpe le...yg dok kais pgi mkn pagi tu apa crito..

Anonymous said...

tak pa la lawan tetap lawan.. ni tak lawan lagi korang kata dah kalah. bagi la semangat skit, baru nak ok korang dah belasah dah... dari aku sokong PR yang tak da hala tuju tu baik aku sokong BN. Nampak vision skit walau ada yang hanky panky.. Adat manusia.. kalu ada bomoh baguih bagi tau la musim election ni byk dok test power..hehhehehehe