Dikhabarkan oleh orang orang politik UMNO bahawa akan ada pertandingan tiga penjuru menentang Presiden parti PLah pada pemilihan UMNO hujung tahun ini. Dikhabarkan juga, Plah tidak akan sekali kali menyerahkankan kuasanya atau ditakrifkan oleh UMNO Johor sebagai 'peralihan kuasa' kepada timbalannya Dato Najib anak Tun Razak itu. Berlandaskan kepada sikap degil semulajadi Plah tidak mahu turun takhta, maka jawatan beliau sebagai presiden sekarang akan dicabar oleh timbalannya Dato Najib dan Tengku Gazaleigh anak raja Kelantan. Sementara Tan Sri Muhyiddin akan menghunuskan kerisnya dan sedia berlawan digelanggang Timbalan Presiden. Dikhabarkan Dato Najib akan berganding bahu dengan Tan Sri Muhyiddin menentang PLah.
Kedegilan Plah itu semakin menjadi jadi setelah menerima nasihat ikhlas bercampur kebodekan dari Dato Khaled Nordin, Dato Sharil Samad dan beberapa Dato lagi yang semuanya berasal dari Johor Darul takzim. Mesejnya begitu terang dan nyata, bahawasanya majoriti UMNO Johor tidak bersetuju dengan' formula peralihan kuasa' dan dengan tegasnya mahukan Plah terus menjadi presiden parti dan Perdana Menteri Malaysia. Iman dan keimanan PLah bergegar teruk setelah mendengar ikrar setia dan sumpah keramat itu.
Ditambah lagi dengan laporan laporan rekaan KJ dan juak juaknya kepada bapa mertuanya itu bahawa, keadaan akan berubah tidak lama lagi, usaha usaha agresif sedang dilakukan oleh NST dan TV3 untuk memulihkan imej PLah yang teruk tercalar selepas pilihanraya. Berita berita yang siap ditapis yang sampai kepada PLah hampir keseluruhannya berunsur sangat positif dan akar umbi sesungguhnya mahukan Plah terus memimpin parti. Iman dan keimanan PLah sekali lagi bergegar sakan.
Untuk memeriahkan lagi suasana keceriaan Plah, maka juak juak dari negeri negeri pun mula berkokok sakan untuk memuaskan nafsu pemimpin mereka. Muhammad Muhamad Taib membuat laporan bahawa keadaan di Selangor telah pulih sepenuhnya. Orang orang yang dulunya tidak menyokong BN telah berduyun duyun kembali kepada PLah perdana menteri idaman dan kesayangan mereka. PLah tersenyum puas sambil menggengam tangan Jane..I love U darling..Selangor according to Md Taib very very fine..they love me so much..no worries
Mahathir Khaled pun dengan bangga dan ikhklasnya membuat laporan bahawa Kedah dah hampir 100% pulih. Kerajaan PAS akan tumbang pada pilihanraya ke 13. Sementara ahli UMNO yang 'kalih' pada PRU 12 telah datang kepadanya menangis teresak esak menzahirkan kekesalan yang amat sangat kerana memilih untuk'kalih' pada pilihnaraya yang lalu. Mereka mereka yang 'kalih' tersebut telah menyatakan sokongan padu dan berani mati untuk PLah. Sekali lagi iman dan keimanan PLah bergongcang laju.
PLah yang sedang dibuai kenyataan kenyataan indah itu, telah membuat keputusan untuk mempertahankan jawatan presiden UMNO dan tidak sekali kali akan turun dari mimbar takhtanya.
Kedegilan Plah untuk melepaskan kuasa kepada Dato Najib sesungguhnya merupakan satu malapetaka kepada UMNO. Ada teori mengatakan bahawa Dato Najib akan menang dalam pertandingan tersebut untuk melengkapkan teori R A H M A N. Tetapi, selepas itu UMNO akan terus ditalkinkan oleh orang orang melayu sendiri.
2 comments:
Saya ni bodoh politik. Tapi pak lah kata takkan nak tinggalkan (berhenti) dlm keadaan negara dan parti kelam kabut. Hari ni kelam kabut pasal inyak naik, pak lah akan jadi alasan, takkan nak tinggal masa rakyat marah. Tunggulah sampai reda. Last sekali, mcm relay 4 X 100, tak sempat serah, baton dah jatuh jawabnya quartet pun bungkus. Siapa agak-agaknya quartet tu?
Saudara Azlan, saya melihat lebih daripada itu, yang akan bungkus ialah UMNO. Hal Plah saya rasa sebagai 'penyebab' saja, tapi hakikatnya melayu sekarang mengalami krisis kepimpinan..siapa yang layak memimpin melayu. Saya dok teropong pada Muhyiddin sekarang..tapi beranikah dia melawan PLAH.
Post a Comment