Dua tiga minggu lepas PLAH bertitah bahawasanya demi Jane yang aku cintai dunia dan akhirat sesungguhnya aku akan dan akan dan akan .. mempertahankan jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan bulan 12 nanti. Diantara Komen komen yang didengar ialah' PLah gila betul', 'ihh orang tua nii !', ' apa lagi message nak bagi haah ..", ' kali ini aku keluar UMNO.." dll, itu komen komen dari orang UMNO yang cintakan parti lebih dari Presidennya. Secara jujurnya, Plah nampak tidak keruan sekali, seperti orang yang masih mamai ketika bangun tidur dari tidur yang tidak cukup jam.
Selepas mendengar dari mulut Plah sendiri bahawa 'peralihan kuasa' akan berlaku maka rakyat jelata sudah pun meraikannya dan kenduri kenduri kesyukuran dengan kambing dan lembu ditumbangkan menandakan rasa gembira mereka. Ibarat kata seperti terlepas dari hutang RM 1juta ! begitu hebatnya penderitaan yang terlepas dari diri mereka. Tiba tiba rasa gembira itu telah pecah berderai dan terbang hanyut dibawa angin dengan cerita terbaru PLah yang ketegar dan degil ingin mempertahankan jawatan Presiden parti. Mereka menyangka peralihan itu akan berlaku sebelum pemilihan parti dan Plah akan menghadirkan diri dalam perhimpunan tersebut sebagai 'bekas presiden'. Dengan kaedah itu, maka diharap nama Plah akan tetap disanjung dan dosa dosa lampaunya akan dimaafkan atau dilupakan begitu saja kerana melayu memang mudah lupa.
Perkembangan terkini ini sesungguhnya memberikan mata yang tinggi kepada KULI yang telah pun bersedia untuk melawan PLah yang ketegar itu. Kalau mengikut cuaca politik terkini, majoriti ahli falak telah memilih KULI untuk menang besar sebagai Presiden parti. Kata mereka, 'barangsiapa sahaja dari jenis spesis MANUSIA yang menjadi pencabar kepada Plah dalam pemilihan Presiden, maka kami akan memangkah manusia itu..janji kami KALIH. Para perwakilan akan datang bermesyuarat dan mengundi dalam mood yang paling gembira dengan semuanya menayangkan gusi dan gigi mereka kerana Plah akan dijatuhkan oleh mereka sendiri.
Plah yang disumbat dengan maklumat maklumat yang tidak tepat lagi palsu oleh anak menantunya tidak sedar langsung akan kewujudan 'tsunami tak mau Plah' sebaliknya dia begitu yakin menang diatas perkabaran gembira bahawa semua ahli UMNO berdiri teguh dibelakangnya. Plah tidak sedikit pun sedar dan insaf bahawa masalah 'dirinya' itulah yang menjadi fobia kepada seluruh rakyat malaysia.
Selagi Plah menjadi PM, selagi itulah Malaysia akan terus merudum, lingkup dan hancus berderai.
Selagi Plah menjadi PM, selagi itulah ekonomi akan bertambah buruk dan rakyat berterusan menderita
Selagi Plah menjadi PM, selagi itulah parti UMNO dan BN akan menjadi tidak relevan lagi kepada rakyat
Selagi Plah menjadi PM, selagi itulah aku amat tidak berkenan dengan Plah..
Monday, June 16, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
paklah tu memang takleh pakai tapi org2 yg dok sokong dio lg takleh pakai,,,
Bro Tok Mad
Aku bukan nak cari pasai dgn korang. Tapi bagi pandangan peribadi aku semua kesalahan tak boleh lah nak salahkan Plah. bagi aku setiap manusia ada salahnya, tapi mmg Plah tu slow and dgr ckp org.
sedara2 ku.
pada pendapat aku,,mmg tiap org buat salah dan patut dimaafkan...tapi kesalahan yg melibatkan rakyat,,rakyat yg susah jugak,skali dua silap takpa,,tpi byk kali tu sukar utk dimaafkan,,,bgi chance kat orng lain pulak yg boleh membawa sejahtera bersama...dgr yg baik ambik,dgr yg buruk jauhkan, jgn ambik semua..
Post a Comment