Sunday, June 8, 2008

PENDERITAAN RAKYAT

Rakyat memilih BN dalam pilihanraya yang lalu menyandarkan harapan yang amat tinggi terutama kepada PM yakni Paklah untuk membela nasib mereka agar ianya bertambah baik dan dapat mengharungi kehidupan yang lebih selesa. Mereka membulatkan tekat dengan memangkah dacing sambil mengetap bibir dan berniat di dalam hati bahawasanya 'aku dengan ini memangkah BN dibawah kekuasaan Plah dengan harapan nasib aku dan anak ku terbela dan dibela oleh kerajaan Plah. Semoga pendapatan aku bertambah baik, harga barang barang tidak naik dan lain lain yang sama waktu dengannya..Amin"

Mereka beranggapan suasana yang sama akan berlaku ketika pemerintahan TUN M. Mereka berdoa dengan doa yang sama dan sesungguhnya doa mereka dikabulkan. Mereka tidak gundah walau sedikit pun ketika zaman TUN M. Tetapi, siapa sangka tiba tiba 'hujan ditengahhari'. Rupa rupanya suasana yang mereka terima pada zaman TUN M tidak sama dengan apa yang mereka tempuhi dalam pemerintahan dinasti PLah. Doa mereka tidak dmakbulkan, sebaliknya diturunkan bencana dan malapetaka yang amat dahsyat. Kalau dizaman Tun dulu, jika ada harga barang naik, ianya tidak boleh mencapai umor dua minggu, nescaya Tun dengan tegas dan garangnya meyelesaikan masalah tersebut dan tokey tokey yang juga ganas menaikan harga akan tunduk dengan arahan dan perintah TUN M. Itulah perbezaannya diantara TUN M dan PLah, perbezaan bagai langit dengan bumi !

Aku dapat merasakan keperitan dan kepayahan rakyat yang innocent, yang secara total bersandar kepada kerajaan yang mereka pilih, yang meletakan kepercayaan dan harapan kepada Kerajaan membela nasib mereka. Mereka bukan pakar ekonomi dan tidak mampu pun berfikir soal tersebut. Apa yang penting bagi mereka ialah dapat meneruskan kehidupan seperti kelmarin dengan pendapatan yang sekadar cukup cukup untuk berbelanja. Kalau lebih pun, sekadar dapat membeli burger untuk anak yang telah dijanjikan bulan lepas..itu saja.. itu saja harapan mereka .

Harga minyak yang naik mendadak adalah kemuncak kepada segala masalah mereka. Mahu tidak mahu 'domino effect' tetap berlaku dimana harga barang barang telah pun juga ikut naik sebanyak 30%. Dengan itu, kos keperluan untuk hidup telah melebihi setengah dari pendapatan mereka. Kini, kehidupan mereka boleh ditakrifkan sebagai 'miskin' dan menunggu masa untuk membolot gelaran 'papa kedana'.

Kerajaan Plah mewar warkan propoganda berbentuk paksaan agar rakyat 'mengubah cara kehidupan' mereka untuk menyerap suasana sekarang. Bagi rakyat, 'mengubah cara hidup' bermakna 'berhenti makan' dan berpuasa sepanjang hidup mereka kerana kehidupan sekarang pun yakni sebelum harga minyak itu naik ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

Yang amat zalim ialah segala masalah dari 'domino effect' telah diserahkan bulat bulat kepada rakyat oleh Kerajaan PLah tanpa memberikan apa apa bentuk penyelesaian.

Rakyat melihat tidak ada tanda tanda Plah dan Menteri menterinya untuk 'mengubah cara hidup' mereka dan sesungguhnya mereka tidak mampu pun untuk bergerak kearah itu kerana selama ini kehidupan mereka dipenuhi dan dibaluti oleh kemewahan yang melampau.

Bagi rakyat, mereka akan terus berdoa dengan doa yang sama, tapi bukan untuk dacing lagi..














3 comments:

Akar Umbi said...

Sabar tokmad. Kalau marah sgt, kerjakan dalam parti, jgn sokong diorang

Tokmad Gasak said...

Setuju saudara Azlan, isu dlm blog u pun bagus bagus.

Anonymous said...

tokmad...aku bukan apo,UMNO tu aku jeling2 je dari dulu,,,tapi lo ni aku mato aku tak leh langsung nak jeling2 dah...kena cari mata elok sikit ataupon bulat terang terus..