Sunday, June 29, 2008

BERULANGNYA SEJARAH ANWAR


MULAI dari semalam, hari ini, saat ini dan sehingga PRU 13 yang akan datang, catatan sejarah Anwar Ibrahim atau digelar dengan gelaran Pak Sheikh akan ditulis semula. Catatan sejarah Pak Sheikh Anwar yang lalu telah pun DIPADAMKAN oleh KJ dan PLAH dengan membebaskan beliau berpaksikan keputusan penghakiman 2 lawan 1. Kalau diteliti keputusan penghakiman tersebut, pembebasan Pak Sheikh adalah bersandarkan kepada khilaf 'point of law' semata mata WALAUBAGAIMANA PUN, ketiga tiga mereka sebulat suara dan senada BERSETUJU DAN TIDAK MENOLAK berdasarkan kepada 'fakta-fakta yang dikemuka dan dihujah' di dalam perbicaraan bahawasanya incident di Trivoli Villa itu 'SAHIH DAN SESUNGGUHNYA BERLAKU'.
KJ dan PLAH pada awal pemerintahan mereka cuba dengan sedaya upaya untuk memerintah dengan 'cara baru' yakni cara yang penuh keterbukaan, penuh tertib, penuh kemanusiaan dengan tujuan untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa pemerintahan TUN M adalah cara lama yang tidak lagi patut dipraktikkan dan tidak boleh diguna pakai lagi diabad ini. Dengan kata lain, kerajaan yang ditakbir dua beranak itu cuba MEMPERLEKEHKAN cara pentadbiran TUN M.
Apa yang dapat dilihat,dibaca dan difirasatkan dari mulut PLAH dalam berita TV3 jam 8.00 sebentar tadi menunjukkan kecenderongan dan boleh ditafsirkan bahawa PLAH akan menggunakan strategi dan modus operandi yang sama terhadap kes Pak Sheikh seperti yang telah berlaku pada zaman TUN M. Sesungguhnya mereka sekarang baru sedar atau tersedar bahawa orang tua itu yakni TUN M juga belajar dari sejarah terdahulu sebelum sesuatu keputusan dan tindakan itu diambil. Dalilnya, banyak keputusan dan tindakan TUN M dizaman pemerintahannya berakhir dengan perkabaran gembira lagi tidak mengecewakan. TUN M yang melihat peristiwa terbaru ini sudah tentu akan tersenyum simpul dan berkata dalam hati , 'now you know laa.. who is Anuaq...I have told you all earlier "

PLAH nampaknya mulai sedar bahawa Pak Sheikh Anwar yang dibebaskannya sebenarnya lebih bahaya dari singa yang sudah berpuasa sebulan. Apabila keluar dari kandang, maka makanan pertamanya ialah orang yang membuka kunci kandang. Namun pun begitu, kalau diteliti dari kenyataan -kenyataan di pihak Pak Sheikh terutama dari Wan Azizah, segala pertuduhan lebih cenderong dan dikiblatkan kepada Najib dengan mengeluarkan gambar sipengadu yakni yang sikena liwat itu berada di pejabat TPM sebelum isu ini berlaku. Juga dilibatkan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hasan dan Ghani Patail. Pak Sheikh yang sudah dikenali dan termasyor sebagai seorang orang politik yang cukup licik, tidak sekali kali akan membabitkan PLAH kerana dia mengetahui dan sedar bahawa masa depannya bergantung sepenuhnya kepada keputusan seorang Perdana Menteri yakni bukan TPM yang mempunyai kuasa mutlak untuk membuat apa apa keputusan terakhir.

Mulai jam ini, saat ini, versi baru sejarah Pak Sheikh akan ditulis semula . Demontrasi jalanan akan diulang lagi, api reformasi akan mula dinyalakan. Apa pun yang menjadi mangsa adalah rakyat yang tidak berdosa yang terpaksa menempoh hari hari sesak di jalanraya dan geraf ekonomi yang mendatar turun akan terus merudum.
Rakyat sesungguhnya akan terus menderita, yang kaya bertambah kaya yang miskin papa kedana.




3 comments:

Anonymous said...

Tok mad

Aku rasa kalau org tu ada tabiat macam tu mmg dia dok ulang buat. tak tau la sedap ka tak..tapi aku mmg tak suka mamat ni pasai dia ni ibarat Hamid Karzai... Pasai pa aku kata, dia mmg ada setongkol dgn geng2 seangkatan yang kita dok tau BAHAYA TU, silap2 jual Msia, melayu terus layu dan merayu.. Hang try tanya dia syok ke buat mcm tu tak puas2 dgn bini kot

Tokmad Gasak said...

Saudara tanpa nama,
KITA terima hakikat bahawa dia memang spesis jenis tu..nak buat macammana lagi..

Anonymous said...

tok mad,,,,

hang rasa apa lagi puak2 diorang nak usung pi mahkamah nanti,,,bangunan kondo tu sekali aku rasa....