Tuesday, July 22, 2008

AHLI PARTI PENGECUT

MENEGUR pemimpin itu satu kewajipan bagi rakyat yang melantik pemimpin tersebut. Apabila perlakuan menegur pemimpin itu dianggap dosa dan haram kepada rakyat yang memilih pemimpin tersebut, maka ianya sudah dianggap bercanggah dengan nilai nilai kehidupan dan hukum hakam politik.

MENEGUR pemimpin tidak beerti seseorang manusia itu benci dan tidak setia pada partinya. Perbuatan TIDAK BERANI UNTUK BERKATA BENAR itulah yang akan merosak dan meruntuh parti dan negara. Menegur untuk kebaikan adalah amat digalakkan. Selemah lemah iman kita patut membenci di dalam hati keatas sesuatu maksiat yang berlaku di depan mata. Sebaik baiknya kita mengunakan tangan untuk menghentikan maksiat itu. Perbuatan dan perlakuan mengiakan semua yang keluar dari mulut pemimpin walaupun salah adalah satu dosa yang maha besar kepada seseorang manusia. Maka, tegurlah pemimpin kalau kita merasakan bahawa kepimpinannya sudah lari dan tergelincir dari landasan perjuangan. Perbuatan dan perlakuan taksub membabi buta pada pemimpin TIDAK dapat memberikan sebarang faedah dan keuntungan pada parti dan negara. Sebaliknya, perlakuan tersebut hanya akan terus merosakkan parti dan negara. Melihat sejarah Saidina Abu Bakar semasa zaman kepimpinanya adalah contoh yang terbaik. Kita juga boleh mengambil iktibar bahawa pemimpin dengan kepimpinan yang lemah ternyata merosakan dan menjahanamkan parti dan negara.

DALAM kontek negara Tanah Melayu, telah terbukti dan dibuktikan bahawasanya pemimpin yang lemah kepimpinanya telah membiarkan 5 negeri dalam negara Tanah Melayu telah jatuh terkulai di tangan pembangkang. Sesungguhnya musibah itu berlaku adalah kerana pemimpin besar parti yang maha ketegar dan degil itu tidak mahu dan menolak untuk mendengar nasihat dan teguran rakyat jelata dan hanya menerima perintah dari menantunya yang maha haprak itu. Negara Tanah Melayu ternyata dan terbukti ditadbir dikalangan ahli keluarga pemimpin besar parti.

MAKA, perbuatan TAAT MEMBABI BUTA kepada pemimpin walaupun kemaksiatan berlaku adalah satu perbuatan PENGECUT dan hanya merosakan parti dan negara. Menjadi ahli parti yang TIDAK BERANI UNTUK BERKATA BENAR juga PENGECUT dan tidak ikhlas dalam perjuangan semestinya harus MENIGGALKAN parti.

PEMIMPIN yang tidak sedar akan kesalahan yang dilakukannya dan tidak dapat menerima teguran rakyat seafdalnya juga harus meninggalkan parti.

9 comments:

DukeOfUMNO said...

Tokmad gasak...

Saya bersetuju dengan posting terbaru tuan...berani untuk menegur adalah salah satu tanggungjawab bagi setiap ahli UMNO bila melihat ada sesuatu yang tidak kena di dalam pertubuhan...namun...kita ada tatacara dan adab2 yang perlu kita apply bila nak buat teguran...contohnya pada Pak Lah...haruskah kita maki hamun dia dan marah dia secara berdepan bila kita jumpa dgn Pak Lah? Rasanya...Pak Lah tak kan dengar pun cakap kita...sedangkan cakap Tun pun dia takmau dengaq...apatah lagi kita..sebab kita ni hanya ahli biasa...yg tiada jawatan penting dalam UMNO...

Salah satu cara untuk menegur Pak Lah sudah dibuat...iaitu dengan membuat undi protes pada PRU12...hasilnya BN tak dapat majority 2/3...hanya simple majority...tapi Pak Lah ni jenih tak paham bahasa dan dia kata "saya mendapat mandat besar..!!!" (kepala hotak dia...dia tak sedaq ka negeri dia jatuh ke tangan DAP???)...so cara yg pertama ni tak jalan sabagaimana yang di harap...

sekarang ni...lepas PRU12...ada dikalangan tokoh UMNO yang mendesak secara terbuka agar Pak Lah letak jawatan...ini cara yang kedua...cara ni hanya relevan untuk golongan tokoh pemimpin UMNO...seperti Tun, Ku Li, Sanusi, Mukhriz dan beberapa MT UMNO...siapalah kita ahli akaq umbi...Pak Lah takkan dengaq kata akaq umbi...tapi desakan2 ini nampaknya pun tak jalan jugak...Pak Lah potong strategy ni dengan mengumumkan transition power on june 2010! Maka, Najib, (yang diharapkan untuk make a move to overtake Pak Lah) dah setuju la pulakkkk...siap sanggup tolak pencalonan pulak tu....ishhhh...maknanya...cara ni pun tak jalan jugak!

So this is the last choice jika kita nak Pak Lah turun cepat pada disember ni...transition power in Jun 2010 tu lambat sangat! Sempat la Pak Lah kasi jahanam UMNO dan BN...the last choice is "pemilihan pemimpin UMNO" kali ni harus dibuat secara demokrasi mengikut kata akar umbi...bukan mengikut acuan rakit Pak Lah! Pemilihan di peringkat cawangan mestilah dibuat secara hati2 dan usul tentang ketidak upayaan Pak Lah sebagai PM harus diketengahkan...seterusnya usul mendesak Najib mencabar Pak Lah sebagai Presiden dan Muhyiddin sebagai Timbalan...Pak Lah has to resign a.s.a.p! Kemudian, kita kena pastikan ketua bahagian dan AJK2nya juga sealiran dengan kita dan berani menyuarakan suara akaq umbi. Bukan sekadaq nak jaga pungkoq depa semata-mata (kononnya nak jaga keutuhan/keharmonian parti) and tak berani nak bersuara! cit porrahhh!!!....then kena pastikan perwakilan bahagian dan negeri ke PAU disember nanti bawa misi "special" utk Pak Lah! Jangan biarkan Mukhriz sorang je yang glemer dengan menentang arus....perwakilan kita juga harus glemer dan masuk TV/paper! hehehhehe....

Kesimpulannya...tolak transition power 2010...desak transition power disember 2008! Desak Najib utk hormat kehendak rakyat, dan gantikan tempat Najib untuk Muhyiddin or Rais Yatim...itu pun kalau sayangkan UMNO la...

err...satu lagi...terajang KJ pi balik Oxford/Kuwait/Israel!

p/s: terharu Tokmad nak kawan ngan saya...it's an honour...saya ni orang kecik jer...bukannya cerdik sangat pun...camana nak contact tokmad gasak next weekend?

Anonymous said...

Helo Bro Duke & Tokmad Gasak,

Adab apa hangpa pakai nak tegur pemimpin? Adab buatan sendiri ka atau adab ikhwanul muslimin? Ooo!Seluruh dunia hangpa pi berjaja, kata macam-macam kat PLAH, balik mai hangpa kata itu adab. Adab hangpa, adab taik kucing!

Mana boleh nak tegur mak pak, abang kakak, adik beradik..kita dok pi bagitau/perburuk ahli keluarga sendiri. Sapa ajaq hangpa? Nak tegur apapun, kena mesyuarat adik beradik..kalau kita tak boleh bercakap, hantaq orang yang lebih tua drp kita pi bercakap. Ni dak, hangpa dok kira apa yang tok wan (Tun M) bercakap, hangpa pun nak bercakap.

Hangpa bukan tak tau yang kita ni ada penyakit keturunan. Penyakit keturunan mana boleh berubat! Buat tak tau sudah la.

Satu lagi, hangpa ni jenis yang tak sedaq diri..Dulu masa krisis mata lebam, hangpa hentam tok wan hangpa kiri kanan. Hangpa kata macam-macam kat dia. Tak cukup di kedai kopi hangpa pi berlarak tengah jalan. La, bukan main..berkata benar walaupun pahit, Pengecut Kalau Tidak Berani Untuk Berkata Benar. Harus meninggalkan parti.Porahhh!
Awat tak ikut tok wan hangpa keluaq parti?

p/s Hangpa tak mau kawan dengan aku pun tak pa..

DukeOfUMNO said...

tokmad gosok...hehehe...gosok... jangan tak gosok!!! muahahahaha...

Kepada tokmad gosok...

hang ni cakap macam budak baru belajaq bab politik! Macam buta hati...macam takdak agama pun ada!

Hang kata kami takdak adab? muahahahaha...kalau hang ada depan aku...confirm aku dah sekolahkan hang dengan fakta2...adab ikhwanul muslimin apa kalau pi dok peluk michelle yeoh...orang suruh tadbir malaysia, dia pi bantai tidoq! PM dulu sharp on time masuk opis...dia buleh lena dalam keta sampai dreber kena kejut! muahahaha...itu la PM hang yang layak jadi ketua hang! yang hang dok pertahan???...aku rasa...hang pun sama gak macam Pak Lah...kaki tidoq...mungkin la nooo....hehehhe!

1. Hang kata nak kena mesyuarat nak tegoq paklah? nak kena hantaq org lebih tua utk tegoq paklah? Dah berapa banyak meeting yang dibuat utk tegoq PakLah...hang je yg tak tau!...Ada MT bagi tau aku...dalam meeting MKT pun banyak kali depa tegoq Pak Lah...siap berkias2 lagi...pasai hormat pemimpin...Tapi Pak Lah ni lebih suka dengaq kata budak2 tingkat 4...maklum la...geng menantu dia! Tu yang dapat simple majority tu...hang tau ka menatang apa "simple majority" tu?

2. hang kata kena hantaq org lebih tua utk tegoq PakLah...Tun M dah nasihat secara tertutup...call...hantaq surat...pi jumpa...semua Pak Lah tak layan!...Sedangkan Tun tu dah kategori seorang yg lebih tua, lebih berpengalaman, lebih tajam akal fikiran, lebih bijak dan lebih ariff dari Pak Lah! Tapi Pak Lah tak mau dengaq! Salah satunya ialah kes rel berkembar...contract RM8 billion Pak Lah batalkan....then retender balik, tak jadi cancell...dengan harga RM16 billion! hang rasa bijak atau bodo??? jawab la kalau berani!!!

3. Bab krisis mata lebam! muahahaha...bila masa kami dok pi buat demo? hang ingat kami ni puak Al-Jub (gelaran mat sabu bagi!) kaaaa??? Mana ada kami bantai Tun time tu...sebab kami yakin dengan Tun...walaupun dia buta keputusan mengejut pi pecat Al-Jub (yg popular masa tu)...kami teguh bersamanya...aku anti reformasi Al-Jub! So...fakta mengatakan kami dok "kata macam2 kat dia kat kedai kopi" tu tak berasas!...fitnah semata-mata!...baik hang bertaubat cepat...sebab hang dah buat dosa fitnah!...aku nak maafkan hang? tengok la dulu...hehhehhe..

lagi satu sidekick....kami punya suka la nak keluaq parti atau tidak! kalau kami keluaq parti pun, bukan pasai kami nak ikut Tun! tapi pasai pendirian dan harga diri kami! bukan macam hang...takdak harga diri kot? Tongkoi kayu tidoq pun hang sokong, asalkan UMNO! Kami kalau keluaq parti pun sementara...kalau Pak lah/KJ dah blah dari pucuk pimpinan, kami join la balik...kami masih sayang UMNO laaaaa....muahahahaha...!

p/s: laaa...tak mau kawan sesama Islam? hehhehe...Pak Lah ajaq ka? hehhehhe..Hadhari sungguhhhhhh..!!!

Akar Umbi said...

Dulu orang kata senang lagi jadi calun pilihanraya dari jadi calun pemilihan UMNO. Tapi sekarang, senang jadi pemilihan UMNO (kalau ada duit) daripada calun pilihanraya. Kuat dalam UMNO tapi kecundang dalam pilihanraya.

Anonymous said...

Helo Bro Duke,

Sayang UMNO kunun, pirahhh!(siap tunjuk tangan)
Petualang bangsa!..Hangpa nilah yang nak pelingkup UMNO. Dasar tak kenang budi.

Hangpa toksah dok bawa mai la fakta-fakta tok wan hangpa tu. Hangpa lupa ka kes mata lebam. Tokwan hang kata apa? Pak Sheikh tumbuk mata dia sendiri. Tera tu saja..fakta hangpa.

Projek rel berkembar, mana ada retender. Sapa pun tak pernah terminate projek tu..cakap pasai kontrak pun tak pandai..nak berlagak.."bodoh tak boleh diajar, cerdik tak boleh nak tumpang".

Hang tau dak penyakit keturunan tu apa? Tu..macam keadaan tokwan hang la ni. Tokwan-tokwan kita ni semua penyakit depa sama, kecuali Tun Razak. PLAH yang tak mau nak layan tu, pasai penyakit tu.

Meluat dah aku nak melayan hangpa. Balik tidoq lagi baguih. Dapat juga ILHAM. PLAH ni kekuatan dia...dia boleh buat kerja sambil tidoq. Bukan macam hang.

DukeOfUMNO said...

Tokmad gosok...

muahahahahahahahha....tergelak besaq aku....kaki tidoq jugak rupanya...macam idola dia la jugak tu....muahahahahha...nanti ada la yang hantaq bantal letak depan rumah hang!...Macam cikgu Bad buat kat Pak Lah...muahahhahha...letak bantal kat depan opis Pak Lah kesayangan kat putrajaya!...muahahahha...padan muka...tapi jenih yg tak tau malu ni...tu la alasan dia..."buleh dapat ilham masa tidoq"...mauahahahahha....tu yg selalu tidoq masa PAU tu....dapat ilham la kot...ilham pungkoq hang!...muahahhahhha....

muahahha...memang la rahim noor tumbuk mata dia...pasai dia panggil rahim noor tu "bapak segala anjing"....tu yang dia tumbuk tu...(macam hang la...baru kena taji sikit, mula nak tampaq meja, mula nak tunjuk tangan...muahahahha...) actually mata Anwar Al-Jub (pinjam gelaran mat sabu bagi kat dia) tu lebam sikit jaaa...dia yang tumbuk mata dia sendiri lepaih tu...nak tunjuk kat orang kata mata dia lebam teruk...dalam kata lain exergerated about the small thing to make it big! hehehhhe...taktik pembohong...macam tu la...muahahhahhahha...!!! itu faktanya...hang tak tau ka Anwar Al-Jub hang tu pemuhong besaq? muahahahhahha.....hang yang bodo ja yang percaya kat dia....contohnya hang!

hehehe...nampak sangat hang tak tau fakta...Pak Lah mula2 setuju nak buat rel berkembar...tapi lepaih tu dia tangguh dan masa tu contract tu dah breach sebab expired dan harga bahan menatah naik...so depa retender balik...harga double! Hang tau fakta dak ni??? hang tak baca ka harga asal tender tu??? muahahahha...lepaih tu kes jambatan bengkok...mula2 kata nak buat...lepaih tu tak jadi...org johor kata projek tu tak jadi pasai depa bantah kes pasir yang paklah dok bagi kat Singapork! Hang tau dak berapa banyak kerajaan rugi bayaq pampasan kat contractor? Berbillion woooo...!!! Hang ni memang tak tau fakta niii....jenih sembang kedai kopi ja niii...muahahahahahha....

Pungkoq hang penyakit keturunan! Depa ni orang lama...PM2 terdahulu tak macam PM sekarang, PM sekarang ni kurang ajaq! tak dak adab dan budi bahasa dengan orang lama yang lebih berpengalaman dari dia...orang tegoq sikit dan nak angin satu badan....orang dok sebok banjir kat malaysia...dia sebok pi melancong kat obersea! itu la pemimpin hang yang bangang dan tak prihatin...orang sebok tadbir negara...dia sebok rancang hal kawin dia ngan Mak Jin...muahahhahha.....itu la pemimpin pilahan hang??? Pasal penyakit keturunan yang hang sebut tu, hang sorang ja yg kata cam tu...kalau everything is in smooth move, maka tak kan wujud penyakit tu...Tun M menghormati tunku, tun hussien dan tun razak...ada dia vanish program felda? petronas? felcra? buku hijau? dan banyak lagi polisi dan dasar PM lama yg Tun M teruskan....hang ja yang buta kayuuuu!!!

Muahahahha...pi la tidoq...tidoq la macam Pak Lah ketuat hang tu...moga dapat ilham bahawa hang dipihak yang tersasar dari perjuangan Alif Ba Ta...jenih hang ni perlu di brainwash!...kalau free2 tu...jemput la ke chedet.com atau mykmu.net....dak pun mykmutara.net...sila2kan...jangan malu2....banyakkan membaca dan cari fakta!!! tak la bengap sangat macam sekarang ni...sebengap PM sekarang!!!

Anonymous said...

Dai Tambi Duke,

Aku dah tak mau cakap apa-apa lagi pasai Tok Wan-Tok Wan kita. Busuk-busuk depa, depa tetap Tok Wan kita. Depa tu ketuloi kita. Aku minta maaf dengan depa. Depa banyak berjasa kepada kita.

Ni..hang dengaq sini hai Petualang Bangsa!(Siap tunjuk jari)

Hang ingat dak lagi Sejarah UMNO 1987? (Kalau ingat pun, ingat hang tak boleh pakai..sebab hang belum baliaq..tak cukup umur.) Bagaimana satu sejarah hitam yang amat dahsyat telah berlaku di dalam parti dan juga sistem pentadbiran negara termasuk badan kehakiman.

Terbit ayaq mata bila kita tengok penyingkiran ahli pasukan B daripada kerajaan, timbulnya geng UMNO 11 yang menyaksikan UMNO diisyhtihar sebagai pertubuhan tidak sah, wujudnya Semangat 46, penggunaan instrumen kerajaan untuk membatalkan permit kerja wartawan asing yang menongkah arus, Ketua Hakim Negara di pecat dan ahli-ahli politik yang tidak berdosa ditangkap dalam Operasi Lalang. Makin kuat bercerau-cerau ayaq mata keluaq bila orang tuduh kata kitalah yang memulakan kerosakkan kepada orang melayu dan negara khususnya...Hang ingat ka?Hang mana ingat..hang kanyaq lagi waktu tu, dok telanjang bogel..(lain kali aku sambung, ada orang ketuk pintu nak ajak tidoq)...

DukeOfUMNO said...

Muahahahha...TokMad gosok dah mula emosional!....muahahahha....setan bertanduk sudah mari dalam dia punya kepala...!!! ...muakakaka.. pi la amik ayaq semayang...kasi sejuk sikit itu hati...muahahaha...

Apa??? Petualang Bangsa??? Muahahaha...sekali lagi aku gelak kat hang! Hang atau aku yang petualang bangsa? Aku rasa hang kot....dan mungkin dipersetujui oleh ramai geng2 UMNO yang lain...bahawa jenih hang (jenih Pak Lah) ni la yg melingkupkan UMNO...sebab tu kalah PRU12! Elok hang resign je laaa...masuk DAP lagi baguih hang ni....muahahahah...Semua rakyat tolak Pak Lah...hang sorang ja yg nak dia kekal PM...cit poraaahhh!!!

Nak sebut pasal 1987? Pengharaman UMNO? Hang tau dak sapa yang bawak pi Mahkamah pasal kes ni? Geng team B laaa....Geng Ku Li time tu buat tour seluruh Malaysia, sedangkan Tun dok sebok bekerja mentadbir negara...bila Ku Li kalah, dia & geng2 dia (termasuk Pak Lah, Shahrir, Shabery dll) yang bawak pi mahkamah! Depa kata UMNO tak sah...tu la pasai...pi baca habih2...itu bukan salah Tun, Penubuhan UMNO lama dibuat oleh Tunku...oleh kerana UMNO lama diharamkan, maka Tun tubuh UMNO yg baru...dan Tun ahli pertama (No.0,000,001). Hang tau dak fact ni? Aku rasa time tu hang dok sebok sembang kat kedai kopi kotttt....

hang tau dak macamana Tun Salleh Abas dipecat? Hang nak tau cerita sebenaq? Dia bukan dipecat oleh Tun! Tapi oleh suruhanjaya kehakiman yang ditubuhkan oleh DYMM Agong. Agong time tu tengah murka kat Salleh Abas...sebab Salleh Abas hantaq surat komplain kat Agong...Salleh komplain Agong punya projek buat istana kat sebelah rumah dia tu bising! Dia kata ganggu ketenangan dia! Agong murka dan panggil Tun pi istana. Agong mintak Tun pecat Salleh Abas...tapi Tun kata dia tak buleh pecat hakim...luar bidang kuasa dia...hanya Agong atau suruhanjaya sahaja yg buleh pecat hakim...so, Agong pun arah tubuh suruhanjaya diraja (tribunal) utk pecat salleh abas diatas salah laku berkenaan beberapa surat dan kenyataannya dalam akhbar dan begitu juga dengan speechnya yang mengkritik perlembagaan negara! Sebab tu dia dipecat oleh tribunal! dan bukan Tun! Hang ni tau fakta atau tidak? yang hang tau nak bercerau ayaq mata jaaa....lemah sungguh jiwa hang!

hang sebut kat aku sapa pemimpin politik yang ditangkap masa operasi lalang 1987? hang tau dak operasi lalang tu menatang apa? Hang pi la buat research dulu sebelum buat hujah! Operasi lalang??? muahahahahaha....Malas aku nak habaq kat hang "apakah itu operasi lalang"...operasi lalang tu bukan operasi tangkap pemimpin subversif la....
muahahahahah...lemahnya hujahnya...fakta pun silap...tu laaa...tidoq banyak2 lagi....

hang kata orang tuduh kita rosakkan melayu? Yaaa...orang yg tuduh tu sekarang tentu malu dengan kejayaan Tun membangunkan Malaysia dan Melayu di persada dunia! Dia mesti malu melihat UMNO begitu hebat dan kukuh ketika dibawah Tun...dan sepatutnya bertambah malu bila UMNO dibawahnya kalah teruk pada PRU12 (hilang majoriti 2/3!) Tapi...dia ni memang jenih tak tau malu..dia kata dia dapat mandat besaq dari rakyat! jenih muka tak tau malu ni mungkin species hang kot nihhh....tu yang dok sokong sangat tu...

hang kata aku kanyaq lagi time tu? hehehhehhe....hang tau ka sapa aku? berapa umoq aku? hehehhe...main serkap jarang ja ni....macam ni buleh jadi syubhah fitnah! FITNAH LAMA KAT ATAS PUN HANG BELUM BERTAUBAT & MINTAK MAAF KAT AKU...Ni buat fitnah baru pulak??? Hang ni Islam ka apa ni? hehehehe...jangan marah....aku sekadar bertanya..sebab orang Islam tahu buat fitnah tu berdosa besar....lebih besar dari dosa membunuh...lain la kalau hang tak percaya dosa pahala ni....hehhehe

hehehhe...masa aku kecik...kalau dok dalam rumah pun aku pakai baju lengkap...apatah lagi keluaq rumah...lain la hang....aku rasa hang la kot yg masa kecik2 dok telajang bogey merata....sebab hang sebut cam tu kat orang...hang ingat semua orang sama ngan hang kaaaa???...muaahahhahahhha....

aku rasa hang marah kat aku la...pasai bertengkaq ngan hang ni...hehhehe....aku mintak maaf la kalau tulisan aku mengganggu sanubari hang....hehehhe...anyway, aku kena tulis jugak sebab inilah kebenaran...kadang2 kebenaran tu pahit untuk di telan oleh orang yang tersasar dan sesat jalan....macam hang!...hehehhehe

Anonymous said...

Wahai sahabat2 aku, jgn kita dok bertengkaq saja.. sepatutunya ahli umno sendiri yang kena muzakarah, kalu dok macam ni.. Apa2 jgn kita lupa perjuangan kita masih belum selesai.Berjuanglah berteras agama, bangsa dan negara. Kita bukan parti yang suka dok megutuk org..... jadi yang hard core tu kita bawak pi masjid chegar, berbaik2 la.