
PLAH dalam nada dan muka yang sedih mengumumkan bahawasanya beliau akan turun dari takhta singgahsana pada tahun 2010 yakni lebih kurang 23 bulan dari sekarang. Kesedihan PLAH sesungguhnya TIDAK DIKONGSI bersama oleh rakyat jelata negara Tanah Melayu. Sebaliknya rakyat jelata begitu emosional mahukan beliau turun serta merta lantaran kerana MERAJUKNYA mereka kepada PLAH. rakyat jelata melihat PLAH telah merosakkan negara Tanah Melayu dan yang paling besar dosanya ialah membenar dan mengizinkan KJ bermaharajalela memusnahkan khazanah negara Tanah Melayu.
Rakyat jelata menilai bahawasanya KJ adalah satu ciptaan makluk dari spesis manusia yang telah ditakdir dan diutuskan untuk MENJATUHKAN PLAH. PLAH tidak langsung sedar akan hakikat tersebut dan masih menyanjung tinggi menantu kesayangannya itu. Sesunguhnya kehadiran KJ disamping PLAH telah merosakkan segala impian PLAH untuk terus kekal memerintah. Rakyat jelata mengharapkan KJ sedar siapa dirinya yang sebenar dan seeloknya membungkus segala pakaian luar dan dalamnya dan terus meninggalkan bumi negara Tanah Melayu ini dengan kadar yang segera. Rakyat jelata tidak mahu dan tidak reda melihat kelibat KJ didalam intana PLAH dalam tempoh 23 bulan ini. KJ juga tidak harus lagi meneruskan cita citanya untuk berentap di kerusi Ketua Pemuda kerana ianya hanya akan memepercepatkan lagi darah yang sedang mengalir keluar dari luka luka yang sediaada.
TINDAKAN PLAH yang telah mengikat dan mengibarkan bendera putih sesungguhnya telah sedikit sebanyak menyelesaikan kerisauan rakyat jelata. Walaubagaimanapun, mereka amat mengharapkan PLAH berpegang pada apa yang telah dilafazkannya dan tidak sekali kali mungkir janji. Suhu kemarahan dan merajuknya rakyat jelata pada PLAH telah sedikit menurun dan mereka mengharapkan suhu tersebut akan kembali normal. Rakyat berlapang dada menerima hakikat tersebut dan tugas PLAH sekarang ialah menyempurnakan segala 'list wish' nya secepat mungkin yakni sebelum beliau turun dari takhtanya.
Tempoh 23 bulan adalah satu jarak masa yang tidak lama dan rakyat jelata seharusnya memberikan PELUANG pada PLAH untuk bertaubat dan membersihkan dosa dosanya yang tergolong dalam katagori dosa dosa besar itu. Rakyat jelata dari sekarang tidak harus lagi memberikan tekanan kepada PLAH. Berilah peluang kepadanya untuk meneruskan sisa sisa 'hidup politiknya' itu dan biarlah PLAH pergi dengan tenang.
YANG TIDAK GEMBIRA dengan keputusan PLAH ialah BARISAN RAKYAT kerana mereka sudah kehilangan satu manusia yang boleh dibuli dengan mudah. Sekiranya pengganti PLAH itu seseorang yang TIDAK BOLEH DIBULI ,maka ia sesungguhnya memberi masalah besar kepada BARISAN RAKYAT.
3 comments:
Janganlah cepat anggap pengumuman PLAH bermaksud mengibarkan bendera putih.PLAH ni walaupun nampak tak cerdik tetapi nasib selalunya menyebelahi beliau. Dulu siapa sangka dia boleh jadi PM. Hatta Dr M sendiri pun tak percaya dan kesal memberi kuasa kepada PLAH. Hari ini PLAH dah belajar banyak daripada situasi politik negara dan tak mustahil PLAH akan terus lena.PLAH akan bangkit dengan kejutan demi kejutan yang akan dipertontonkan kepada rakyat dan akhirnya yang dirancang tak jadi, yang menanti tergigit jari.Hidup PLAH!
TOKMAD GOSOK,
Terima kasih atas komen provokasi saudara. Bagi saya EMPUNYA diri PLah akan terus HIDUP, UMNO yang akan mati.
Tok mad
Pak lah tak bagi hang projek kot, dok marah2 nih.. jgn kita menuding jari kpd seseorang. sepatutnya kita sebagai org melayu perlu memikirkan soal kedaulatan serta kematangan bangsa kita dalam apa jua bidang.Jgn kita melemahkan semangat juang yang kita amalkan selama ini. Bg aku setiap individu mempunyai kelemahan dan kelebihan. sama mcm tok mad yang rajin menulis ni
Post a Comment