
PERSOALANNYA adakah masyarakat melayu berpecah dan sudah hilang kasih sayang diantara mereka? Kalau dibuat sedikit penilain dan penelitian, masyarakat melayu sebenarnya tidaklah seperti yang digembar gemburkan. Kedudukan dan pendirian masyarakat melayu dalam politik terbahagi kepada tiga fahaman utama yakni UMNO, PAS dan KEADILAN. Keputusan PRU12 yang lalu tidak boleh dijadikan ukuran untuk kita membuat tafsiran dan andaian bahawasanya melayu telah berpecah teruk. Yang berpecah adalah melayu dalam UMNO yang telah merajuk sakan dengan kepimpinan PLAH yang dianggap mereka lembab dan maha lemah. Melayu dalam UMNO tidak dapat menerima dan tidak reda diri mereka, keluarga mereka dan masyarakat mereka dipimpin oleh seorang orang manusia bernama PLAH yang membiarkan dirinya dikuasai oleh menantunya dalam hal ehwal pentadbiran negara.
Oleh kerana dikuasai sifat merajuk tersebut maka mereka ingin menunjukan rasa ketidakpuasan hati mereka lalu mereka dengan berat hati telah memangkah parti lain selain dari BN tak kiralah PAS atau KEADILAN bahkan DAP sekalipun. Tetapi, naluri mereka tetap bersama UMNO dan akan terus bersama UMNO. Mereka hanya mahukan pimpinan di peringat tertinggi ditukar ganti kepada orang lain yang lebih berwibawa.
SEBENARNYA, tidak berlaku pun perpecahan, cuma penghijrahan sementara yang mereka sendiri tidak rela dan amat berat untuk mereka lakukan. PAS dan KEADILAN hatta DAP sekalipun tidaklah kuat seprti yang mereka rasakan. Sekiranya, berlaku perubahan kepimpinan dalam UMNO, maka dalam PRU 13 yang akan datang parti parti PAS, KEADILAN DAN DAP akan kembali menjadi pembangkang di negeri negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Jadi penyokong penyokong di negeri negeri tersebut janganlah 'besar kepada dan sombong' diatas kemenangan yang diberikan oleh UMNO.
MAKA MUZAKARAH UMNO dan PAS sebenarnya tidak perlu dan hanya membuang masa saja. Muzakarah tersebut digembar gemburkan hanya untuk menutup mata rakyat terhadap kelemahan kepimpinan PLAH saja, tidak lebih dari itu. Bagi UMNO akar umbi, turunnya PLAH maka mereka akan berhijrah secara beramai ramai ke dalam UMNO kerana itulah saja parti mereka. Maka apabila PLAH turun, maka ahli ahli dan yang simpati dengan MCA dan MIC juga akan kembali kepada BN. Cuma MIC yang agak tidak keruan sehingga hari ini kerana masalah pimpinan tertinggi yang tidak sedar diri yang dunia kata pergi kubur kata mari itu.
HAKIKATNYA, masyarakat melayu tidaklah berpecah, yang bermasalah hanya melayu dalam UMNO yang menghadapi krisis dengan pucuk pimpinan tertinggi mereka. PENYELESAIANNYA amat ringkas dan mudah yakni PLAH dan KJ mestilah meninggalkan UMNO secepat yang mungkin.
HIDUP MELAYU !!!
12 comments:
Melayu sekarang bukan macam melayu dulu. Melayu sekarang mentalitinya kelas pertama. Keutamaannya adalah kualiti.
Aku setuju dengan pendapat Tokmad, Melayu tak berpecah malah Melayu sekarang makin kehadapan untuk menentukan masa depan dia sendiri.
Hari ini orang Melayu berhak untuk memilih kedai mana dia nak pi beli barang. Kalau you layan kita elok, kita beli di kedai you. Kalau tak elok, kita beli di kedai sebelah. Kalau dua-dua layan kita tak elok, kita ada pilihan nak beli di kedai Cina atau India.
Aku setuju muzakarah pun tak perlu Tokmad. Apa saja masalah orang melayu, kita berbalik balik saja kepada Sultan/Raja atau YDP Agung.
Assalamualaikum Tokmad...Saya setuju dan tidak bersetuju.
1. Bagi saya, Melayu seawalnya berpecah 50 tahun dulu oleh British. Maka wujudlah PAS. Namun, pepecahan ini hanya pepecahan bersaudara. UMNO dan PAS kembali bertaut. Namun berpecah kembali apabila PAS mengambil langkah ekstreme dibawah kepimpinan ekstreme. Nasib baik tak jadi miliran! PAS berjaya menjadi pembangkang yang baik dari segi "check and balance". Tapi, lepas diracun oleh DAP dan PKR. PAS semakin hilang aras tuju dan tersasar dari dasar mereka.
2. UMNO terpecah lagi bila lahirnya PKR. PKR lagi teruk, sebab PKR ni takdak asas perjuangan yang kukuh. Ianya lebih dilihat sebagai perjuangan peribadi Anwar untuk jadi PM. Inilah pengkhianat bangsa Melayu.
3. UMNO berpecah lagi? Tidak! UMNO tidak berpecah lagi. Cuma, sebagaimana TokMad kata, "keluaq sat, lepaih Pak Lah & KJ blah, kita masuk balik!". Sesungguhnya, kesetiaan kita yang tak mau kat Pak Lah ni ada asasnya. Pak Lah buat UMNO dan Malaysia ni macam "harta mak pak dia". Dan UMNO jadi mangsa bila rakyat menolak UMNO pada PRU12 di 6 buah negeri termasuk WP.
4. Saya kira, muzakarah ini tak la perlu sangat. Namun, muzakarah ni elok untuk kedua2 belah pihak sama ada UMNO atau PAS. Jika hasilnya baik, maka bangsa Melayu akan mendapat untungnya. Namun, jika hasilnya tak elok, maka Melayu akan terima padah berpecah lagi. Jadi, saya mengharapkan, jika ada peluang muzakarah, Melayu akan kembali bertaut. Jika tidak bertaut dibawah UMNO, harap2 PAS akan kembali menyertai BN. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Bukankah Islam menyeru umatnya supaya bersatu? Marilah kita bersatu, bersaudara sebangsa seagama.
5. Saya kurang bersetuju dgn statement titigajah di perenggan yang ketiga dan terakhir. Saya takkan beli dikedai cina atau india. Lainlah jika tidak ada melayu lain yang meniaga...dan di perenggan terakhir, saya rasa lebih patut kita kembali kepada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah, dan bukannya kepada DYMM Sultan/Raja atau Agong. Itu sumber rujukan kita, bukan DYMM Raja2 Melayu. DYMM ialah simbol ketuanan Melayu di Malaysia, dan mereka juga diberi amanah untuk menjaga kesucian Islam. Kita punya Mufti2 dan majlis fatwa kebangsaan. malah kita punya banyak ulama2 yang hebat. DYMM Raja2 pun rujuk kat depa jugak...dok gitu? Daulat Tuanku!
Sekian, terima kasih...
HAKIKATNYA, masyarakat melayu tidaklah berpecah, yang bermasalah hanya melayu dalam UMNO yang menghadapi krisis mati pucuk pimpinan tertinggi mereka. PENYELESAIANNYA amat ringkas dan mudah yakni PLAH dan KJ mestilah lari berseluar dalam meninggalkan UMNO secepat yang mungkin.
Tokmad menghormati pandangan titigajah dan duke. Apa yang teramat penting bagi tokmad ialah melayu mesti bersatu dan ingin melihat orang melayu berjaya. Untuk melihat orang kita berjaya, UMNO mesti diperbetulkan. PLAH telah merosakan semua ini HANYA kerana dia patuh dan taat pada KJ.
Pada cuaca dan iklim politik sekarang, tokmad mengambil ketetapan WAJIB melawan PLAH dan menantunya itu.
Apa jaminan sekiranya PLAH dan KJ lari berseluar meninggalkan UMNO, orang Melayu akan kembali menyokong UMNO? Silap-silap haribulan parti akan lebih teruk berpecah. Golongan yang bersimpati, golongan hadhari, golongan Al-Ghazali, golongan yang mencari damai abadi..tentu akan bawa diri.
Jangan mudah jadikan PLAH dan KJ sebagai kambing hitam. Selama ini, UMNO utuh dan kuat kerana ahli-ahlinya sanggup berbai-ah (ikrar taat setia) kepada pemimpin. Tetapi hari ini, oleh kerana kepentingan politik diri sendiri serta adanya orang-orang seperti Tokmad Gasak (duri dalam daging) UMNO akan terkubur angkara perbuatan anak sendiri. Lebih baik keluar parti..
muahahahah...ada orang kata tokmad gasak "duri dalam daging"?..muahahahaha...macam musang hitam kata kat Tun? muahahahahhaha...tergelak besaq aku baca komen tokmad gosok!
kepada tokmad gosok...pi la gosok juboq pak lah/KJ tuuuu...kaki kipaih dan opportunist! letak kayu sebagai calon pun tokmad gosok pangkah! letak PakLah kaki tidoq tu pun tokmad gosok sokong? muahahhahha...dasar jenih buta hati...jenih ni la yang merosakkan UMNO dari dalam! So? Sekarang ni sapa "duri dalam daging"?...muahahahahha...orang macam ni pun wujud lagi dalam UMNO? aku ingat dah pupussss....
tokmad gasak...tokmad kata tokmad kat shah alam...bila nak balik pendang? kalau balik pendang sound2 la...buleh pi pekena tehtarik nooooo....hehhehhe...err...lagi satu...link mykmu tu....tokmad dok masuk mykmu ka? pakai nick apa? kita sekarang ni dah ada mykmutara hasil kawan2 kita kat utara ni...kalau free tu jemput2 la melawat...hehheh...salam....
Helo Duke,
Ini bukan soal gosok juboq sapa-sapa. Ini soal survival parti. Kalau nak parti UMNO kuat, jamaah kena kuat. Kita dok kata parti PAS & PKR tak kuat..menang pun kerana undi alih orang UMNO..soalannya, pasai apa kita bagi juga undi kat depa?...Bila bagi depa jadi kuat ee!!(tampaq meja).
muahahahhaha...tokmad gosok tampaq meja!...muahahahhaha....lagi sekali aku tergelak besaq!
Cam ni Tokmad gosok....
Yang dok pi kalih undi tu sememangnya geng ataih pagaq dan termasuk ahli UMNO yang jenih tak pangkah "kayu" sebagai calon! Depa tak sanggup bagi undi kat puak2 ADUN/MP yang sememangnya kaki bodek Pak Lah yang dok menjahanamkan UMNO! Depa tak sanggup berketuakan seorang PM yang suka tidoq dan dok angkat anak menantu yang kaki clubbing/minum arak! Lepaih Pak Lah menang, cuba tokmad gosok tengok...Pak lah lantik senator yang tak bertanding jadi menteri! bukan sorang, 2-3 orang pulak tu...Sorang tu kaki tonggang (tu yang absent dari parlimen selalu tu)...yang sorang lagi memang orang dah tak mau dah...kaki pompuan (bekaih menantu sultan yg sultan murka) dan terbabit kes duit kat Austolia dulu...tak ingat? orang cam tu ka yang tokmad gosok sokong? (nak tampaq meja jugak...tapi tak jadi, pasai rasa kurang matang pulak bersifat camtu..hehehhehhe)
Pasai PKR/PAS tu...memang depa menang nasib...menang pasai ramai rakyat tolak Pak Lah! Pak Lah & KJ dah cabaq rakyat supaya buktikan rakyat tak sokong Pak Lah pada PRU12...dan rakyat dah buktikan dah...rakyat dah bagi signal dah...dah bagi secara terhormat...tapi Pak Lah ni jenih tak reti bahasa punya orang! tu yang orang UMNO tulen tu marah tuuuuu...hehhehhe....tak paham2 lagi??? (nak tampaq meja...err...ermmm...tak perlu laaaa...hehehheh..)
kalau Pak Lah & KJ turun dari pucuk pimpinan...insyaAllah UMNO akan kembali menjadi kuat...saya yakin...
Duke,
Soal sapa jadi menteri, sapa jadi timbalan menteri, itu hak prerogatif PLAH. Sama macam Tun M pilih kabinet dia masa dia perintah dulu. Pasai apa nak pertikai? Calon yang dilantik tu pun memang yang dilahirkan oleh UMNO. Bukan pi ambil orang PAS atau PKR.
Lagi satu, pasai apa hari ini orang pakat nak mengata dekat PLAH. Walhal PLAH tak buat pun satu benda yang pelik macam Tun M buat dulu.
Jangan kita terikut-ikut dengan niat jahat orang-orang tertentu, Duke. Orang-orang ni sebelum PRU12 bukan main sokong PLAH. Tun M pun sokong PLAH malah merestu pilihanraya diadakan pada Mac 2008. Tokmad Gasak pun sokong tapi undi bagi kat sapa, tak tau? Kena tanya dia.
Tapi pasai apa selepas keputusan PRU12, orang menuding jari kepada PLAH, kata itu dan kata ini meskipun undi melayu kepada UMNO, tak banyak yang tergelincaq.
Jawapannya dah tentu kerana terikut-ikut dengan Tun M. Tun M yang memulakan peperangan secara terbuka.
Aku tak mau nak kata dekat Tun M, dia banyak berjasa kepada UMNO. Tapi kepada PAK PANDIAQ-PAK PANDIAQ yang terikut-ikut dengan dia..ludah ke langit, jatuh ke muka sendiri. Kalau orang kata during dalam daging, hangpa marah. Tapi itulah hakikat musang berbulu ayam, ekor yu kepala jerung.(lap peluh di dahi)
iiieehh la tokmad gosok oiii...!!!
tak paham2 lagi? Hang ni....memang la lantik menteri kabinet tu hak prerogatif Pak Lah? Tapi...awat yang dia pi lantik si menteri yang kaki tonggang? penaik anak menantu dia yang sememangnya kaki clubbing? Hang suka ka UMNO dipimpin org macam tu????? Kalau la semua org UMNO ni macam hang...alamat jahanam la UMNO!
memang dulu Tun yang lantik Pak Lah. Tapi Tun dan mengaku dia silap dengan pilihan dia. Dia tertipu dengan keterampilan Pak Lah time tu yang dikatakan "bersih" dan "alim, sehinggakan ada yang kata dia "Mr. Clean"! Tun dah mintak maaf secara terbuka sebab tersalah pilih.
terikut2 dengan niat jahat? aku tak dak nak terikut2 aihhh...aku banyak membaca...aku dengaq kedua2 belah pihak...dan aku pikiaq sendiri...berbincang dengan ramai kawan2 aku...semuanya menyalahkan Pak Lah yang lemah, kaki tidoq, bodo dalam buat decision dan memang tak layak jadi PM pun! Ianya diikuti dengan fakta seperti kes Jambatan bengkok, rel berkembar, kaki tidoq, Islam hadhari (tapi pi peluk michelle yeoh) dan banyak lagi!...kalau hang nak tau...pi baca kat mykmu...banyak sangat kerosakan yang dia buat!!!...aku bukan terpengaruh...tapi aku reti pikiaq!!!...bukan setakat dengaq radio, tengok TV or baca newspaper then terima bulat2...bukan itu style aku....mungkin tu kot style hang!
buat tokmad gasak...aku link kan blog hang ngan blog aku...mintak izin noooo....hehehehhe...
Saudara Tokmad gosok,
menegur pemimpin itu satu kewajipan. Saya tidak melihat ianya satu dosa kalau kita melakukan tanggungjawab tersebut.
Saudara Duke,
next week Insyaallah balik Pendang. Nnati kita kena tea tarik. Saya pun teringin nak berkenalan dengan orang Pendang yang cerdik ni..
Post a Comment