Saturday, July 12, 2008

BPR AKHIRNYA MENDAPAT KUASA



BADAN PENCEGAH RASUAH (BPR) dilahir 40 tahun lalu untuk memberi penumpuan kepada kes kes rasuah di negara Tanah Melayu. Namun, BPR yang sudah sekian lama wujud tidak dapat memberikan keyakinan kepada rakyat kerana banyak kes kes yang tidak mampu untuk didakwa di mahkamah. Diantara faktor faktor mengapa dan kenapa kes kes yang telah dikelasifikasikan sebagai 'tiada kes' adalah kerana adanya campurtangan 'tangan-tangan dari langit' dan juga kelemahan dan ketidakmampuan para para Deputy Public Prosecutor (DPP) di Jabatan Peguam Negara. Namun, akhirnya kuasa untuk mendakwa telah anugerahkan kepada pihak BPR.

ADALAH menjadi satu prosedur bagi kes kes yang disiasat oleh BPR terpaksa dirujuk kepada pihak lain di Jabatan Peguam Negara untuk didakwa di mahkamah. Terlalu banyak kes kes telah dikembalikan atau di 'no further action' (NFA) kerana para para DPP menganggapnya sebagai kes lemah yakni tanpa pembuktian yang cukup. Takrifan 'kes lemah' ini dibuat oleh para para DPP di Pejabat Peguam Negara berdasarkan ilmu dan pengalaman mereka dan juga lokasi mahkamah, Hakim, peguam pihak yang dituduh dan lain lain faktor yang dirasakan akan memberikan kesusahan kepada mereka. Para para DPP yang masih setahun jagung dan masih mentah adalah satu faktor besar yang menyebabkan banyak kes kes di NFA kan.

KEWUJUDAN terlalu banyak 'kes lemah ' ini sesungguhnya memberikan implikasi yang amat negatif kepada pegawai penyiasat BPR. Mereka telah memberikan komitmen yang amat tinggi dalam kerja kerja siasatan dan sesungguhnya kertas siasatan mereka amat lengkap dan jauh berkualiti jika dibandingkan dengan siasatan pihak polis. Para para penyiasat BPR cukup berpengalaman lagi berkualiti. Mereka telah ditanam dengan sikap dan sifat anti dan benci kepada rasuah.
DENGAN kuasa pendakwaan yang diberikan kepada BPR, maka diharapkan masalah masalah 'kes lemah ' ini akan dikurangkan sebanyak yang mungkin dan rakyat mahu melihat banyak lagi kes kes rasuah didakwa di mahkamah keadilan.

3 comments:

Anonymous said...

Usaha siapa sebenarnya, kalau bukan usaha PLAH. Sikit besarkah usaha ini kalau bukan datang dari pemimpin yang inginkan perubahan, yang sayangkan masa depan negara, yang mahu menggantikan undang-undang rimba dengan undang-undang yang lebih adil. Apakah berdosa angkara perbuatan ini.PLAH, sesungguhnya engkaulah insan yang ditakdirkan jika hilang ditangisi, pergimu dirindui. Hidup PLAH!

Tokmad Gasak said...

TIDAK semua yang PLAH buat itu tidak baik. Kalau bagus kita kata bagus, kalau tidak bagus kita mesti bangun mengatakan kebenaran.

Anonymous said...

2 tahun kalau belajar boleh dapat sijil
2 tahun kalau bertunang mungkin akan putus
2 tahun kalau penagih dadah boleh keluar Pusat
2 tahun kalau menunggu jawatan............???