
KALAU dibuat penilitian mengapa dan kenapa suasana kekalutan politik di negara Tanah Melayu ini bermula maka petunjuknya terarah kepada kelemahan PLAH memerintah negara. SEMUANYA bermula dari PLAH yang mana PLAH adalah 'ibu kepada segala masaalah' yang telah memudaratkan seluruh rakyat yang tidak berdosa. Dosa PLAH kepada rakyatnya sangatlah besar dan barangsiapa yang menyokong PLAH untuk terus memerintah negara Tanah Melayu ini juga terpalit dengan dosa dosa besar.
PLAH dalam era awal pemerintahnya telah menodai amanah rakyat dengan membiar dan meredakan menantunya yang maha haprak itu memerintah negara Tanah Melayu tercinta ini bagi pihak dirinya. Amat terserlah bunga bunga kemungkaran yang mana rakyat telah menegur beliau agar menjauhi menantu maha hapraknya itu dan sepatutnya dihalau dan diterajang keluar dari tingkat 4 kerana KESANNYA amat besar kepada rakyat. SIAPALAH menantu maha hapraknya itu kalau dilihat dari sudut demokrasi dan etika dalam pemerintahan sesebuah negara. Menantu maha hapraknya itu BUKANlah dipilih secara demokrasi oleh rakyat untuk duduk dikerusi di tingkat 4 dan memerintah negara ! . Dengan meredakan menantu maha hapraknya itu memerintah negara maka ini adalah DOSA BESAR PERTAMA PLAH.
PLAH yang maha lemah dan lembab itu seterusnya, menitahkan kepada Hishammudin agar memasukan menantu maha hapraknya ke dalam barisan Pemuda UMNO. PLAH sekali lagi menitahkan bahawasanya menantu maha hapraknya itu 'dimenangkan' dengan cara terhormat yakni mana mana pencabarnya yang teringin menjadi Timbalan Ketua Pemuda dicabut taring dan gigi mereka atau dikeratkan lidah lidah mereka atau pun dihalau keluar negara yakni mereka tidak boleh lagi bermastautin di negara Tanah Melayu buat selama-lamanya. Dengan menyalahguna kuasa yang diberikan kepadanya iaitu melantik menantu maha hapraknya kedalam Pemuda UMNO, maka PLAH TERUS MELAKUKAN DOSA BESAR KEDUA.
PLAH yang telah diracuni dan ditubakan oleh menantu maha hapraknya dengan 'konsep keterbukaan' dan mahu dilihat sebagai anti kezaliman dalam pemerintahan negara tanpa segan silu dan bangganya telah bersetuju untuk menghapuskan dosa dosa Pak Shiekh Anwar dengan pembebasan Pak Sheikh dalam satu perlawanan yang berkesudahan 2 - 1. Pak Sheikh yang dibersihkan dosa dosa terdahulunya itu, telah keluar dan kambali ke alam nyata sebagai 'makhluk perosak tegar' telah dan sedang mengharu birukan keharmonian dan kestabilan negara Tanah Melayu. Pak Sheikh dengan 'dasar kesamarataan' yang kemaruk untuk menjadi PM telah sanggup mentalkinkan bangsanya sendiri di negara Tanah Melayu. Pembebasan Pak Sheikh adalah merupakan DOSA BESAR PLAH YANG KETIGA.
PLAH yang mabuk cinta kerana panah asmara Jane akhirnya berkesudahan di katil pengantin . Tempoh berpuasa batin PLAH yang agak lama itu digunakan sebaik baiknya apabila dihidangkan makanan panas lagi segar. PLAH yang dilamun cinta mahu dilihat romatik sehinggakan tangan Jane ditarik dan diramas ke merata rata seluruh pelusuk Tanah Melayu sehinggakan 'kerja ' dicampur adukkan dengan berbulan madu. Maka rakyat jelata melihat dan mentafsirkan bahawa PLAH tidak mampu untuk membezakan diantara 'kerja' dan 'peribadi'. Kesempatan dan peluang itu dengan bijak diambil oleh menantu maha hapraknya untuk terus menerus mentadbir dan menjahanamkan negara Tanah Melayu. PLAH dengan itu, telah melakukan DOSA BESARTNYA YANG KE EMPAT.
PLAH yang disumbat dengan berita berita gembira palsu oleh menantu maha hapraknya dan sekutu sekutu di tingkat 4, telah mengistiharkan pilihanraya ke 12. KedegilanPLAH yang menolak tanpa membaca laporan laporan perisikan polis dan tentera yang melaporkan bahawa cuaca dan iklim pada masa itu TIDAK SESUAI untuk mengistiharkan pilihanraya kerana rakyat di negara Tanah Melayu sedang marahkan PLAH kerana dosa dosa besar 1 hingga 4. Dengan sombong dan bongkaknya PLAH yang hanya berkhiblatkan kepada 'my Khairy's report' menongkah arus dan mengistiharkan bahawa anak bulan kelihatan maka pilihanraya akan diadakan. Kedangkalan dan kedegilan itu merupakan DOSA BESAR PLAH YANG KE LIMA.
RAKYAT negara Tanah Melayu yang memberi signal jelas lagi terang kepada PLAH berkaitan DOSA DOSA BESARNYA telah menterjemahkan rasa meluat dan marah mereka dengan mengalihkan kiblat mereka kepada apa saja parti kecuali BN. Keputusan pilihanraya itu walaubagaimanapun tidak berjaya malah gagal sama sekali meyedarkan PLAH yang maha degil itu sehinggalah ke hari ini, jam ini saat ini. Maka seluruh rakyat negara Tanah Melayu pun mengikuti modes operandi yang sama yakni sehingga hari ini,jam ini saat ini masih marah dan meluat kepada PLAH walaupun dia telah membuat pengistiharan tentang 'peralihan kuasanya' kepada NAJIB.
DALAM keadaan sekarang dimana NAJIB sedang dilambung ombak dan hampir hampir lemas ini bolehlah dijadikan dalil dan nas oleh PLAH untuk memanjangkan atau membatalkan terus proses 'peralihan kuasa' tersebut.
APA pun alasan PLAH, rakyat negara Tanah Melayu tidak rela dan tidak reda jika PLAH terus menjadi PM dan Presiden parti mereka lantaran kerana DOSA DOSA BESAR itu. Rakyat akar umbi sekarang mengharap dan berdoa agar diturunkan seorang pemimpin untuk memimpin mereka demi agama bangsa dan ugama tercinta. Dalam doa mereka nama MUHYIDDIN ANAK YASSIN yang diaminkan oleh mereka. Cuma, mereka mahu melihat samada MUHYIDDIN ini dari jenis roti jantan atau roti kosong.
6 comments:
Tok Mad
Aku rasa hang mmg layak jadi PM. Apa kata hang bergiat dlm politik
tok mad,
muhyidin tak dak dosa ka?
Masih segar dlm ingatanku bagaimana $ & RM berjalan dgn maharajalelanya ketika pakatan TEAM WAWASAN menumbangkan Tun Ghafar dan angkatannya dulu.Siapakah ketuanya ?
Tolong bagi satu nama yng rasa rasa paling layak ganti Plah..
TAPI itu bukan isu sekarang ni..isu yg lebih besar bila PLAH tak mau lepas kuasa pada orang lain..yang kita dok bimbang UMNO akan terus hilang kuasa macam GOlKAR tu..sebab akar umbi tak dapat terima PLAH jadi pemimpin mereka
Bab GOLKAR tu memang betul.Dulunya rakyat Indonesia merayakan jatuhnya GOLKAR di jalanan.Harapan tinggi yag diletakkan pada Gus Dur tak kesampaian,rentetan kesusahan rakyat makin teruk walau peralihan kuasa kpd Habibie,Mega ataupun SBY.Kini rakyat kembali merindui GOLKAR dan Suharto,lari dari mulut harimau terus ke mulut buaya lapar.
Aku rasa sejarah ini akan kembali berulang kpd rakyat Malaysia yg ketika ini bersemangat menjatuhkan UMNO demi harapan tinggi yg diberikan PKR.
Suara-suara yg kembali merindui TUN Dr M yg dulunya digelar MahaFiraun sudah mula kedengaran, contoh terbaiknya TOKMADGASAK sendiri
MISI tokmad bukan nak jatuhkan UMNO, tapi nak jatuhkan pemimpin yang merosakan UMNO.
Apa komen tokmad Plah akan turun tahta June 2010. Tapi itu tempoh masa yang lama
Post a Comment