
PAGI TADI dalam perjalanan ke pejabat, aku dapat panggilan telefon dari sahabat lama iaitu Pak Long. Pak Long ni teman serumah aku masa bujang dulu. Kami biasa bangun pukul 3 pagi buat pulut durian makan dengan air garam saja sebab mana nak cari santan pagi pagi buta. Terlalu banyak sejarah aku dengan Pak Long ni. Masa zaman reformasi, aku taksub pada Anwar dan Pak Long pulak cenderong pada TUN M. Sekarang aku dah taubat dengan taubatan nasuha dengan Anwar ni..cukuplah diperdaya oleh Pak Sheikh karut ni.
Pak Long mula berhujah pasal PLAH, ' BOLEH PEGANG KE JANJI PLAH nak lepas jawatan 23 bulan lagi ? boleh percaya ka ?, maukah dia lepas jawatan Presiden dalam UMNO, kalau nak lepas sebab apa nak mempertahan jawatan ?
Pak Long meneruskan hujahnya, 'Pak Long rasa apa yang memuskilkan rakyat tentang janji PLAH itu amat berasas dan logik sebab mereka berada di dalam gelanggang politik yang semuanya berkemungkinan, tidak ada yang mustahil. PLAH juga boleh menggunakan berbagai alasan atau boleh mencipta alasan untuk terus memegang jawatan. Kalau PLAH benar benar ikhlas, dia tidak harus atau mengharamkan dirinya dari bertanding jawatan Presiden dalam pemilihan Dec ini. PLAH harus datang ke perhimpunan sebagai mantan Presiden parti. SEBALIKNYA, mengapa dan kenapa PLAH mahu bertanding dan mahu mengekalkan jawatan Presiden parti. 'Terang lagi bersuluh' sudah tentu PLAH mempunyai agenda rahsia yang sudah dipahat dibenaknya itu'.
JALAN yng terbaik dan paling selamat demi mempertahankan maruah UMNO ialah jawatan Presiden mesti dicabar, MESTI ada pertandingan. Ahli parti harus IKHLAS ketika pemilihan, harus meletakkan kepentingan parti melebihi segala galanya. Maka manusia yang bernama PLAH yang telah merosak dan memusnahkan parti harus DINOKTAHKAN DAN DITALKINKAN kepimpinannya.
PakLong menutup hujahnya dengan ungkapan ' tak praya..Pak Long tak percaya langsung pada PLAH.
3 comments:
Bolehkah atau tak bolehkah percaya, masa yang akan menentukan. Satu yang Tokmad kena ingat..Di antara kelebihan PLAH yang dianugerahkan Tuhan kepada dia..dia(PLAH) boleh buat kerja sambil tidoq. Tokmad jangan suka-suka dok tayang gambar PLAH tengah tidoq. Tidoq itu ILHAM bagi PLAH.Hidup PLAH!
PLah pada saya cuma PM in transition saja. Tapi melampau-lampau nak sambung pulak. Kalau sembang kat kedai kopi, dari 10 nak jumpa 1 yang sokong PLah pun susah. Yang dok sokong dia ketua2 cwgn UMNO dan ketua2 bhgn UMNO. Depa ada kepentingan, saya ni kalau ada kepentingan pun takkan sokong.
Ni..Tokmad Gesek
Cuba pi kedai kopi belah PIDA..Pida 1 ka? Pida 3 ka? Budak-budak kecik pun sokong PLAH. Dok pi dengaq di kopitiam tu nak buat apa? PLAH bukan jenis yang suka bagi projek..haru!(geleng kepala)
Post a Comment