
PERSOALANNYA adakah masyarakat melayu berpecah dan sudah hilang kasih sayang diantara mereka? Kalau dibuat sedikit penilain dan penelitian, masyarakat melayu sebenarnya tidaklah seperti yang digembar gemburkan. Kedudukan dan pendirian masyarakat melayu dalam politik terbahagi kepada tiga fahaman utama yakni UMNO, PAS dan KEADILAN. Keputusan PRU12 yang lalu tidak boleh dijadikan ukuran untuk kita membuat tafsiran dan andaian bahawasanya melayu telah berpecah teruk. Yang berpecah adalah melayu dalam UMNO yang telah merajuk sakan dengan kepimpinan PLAH yang dianggap mereka lembab dan maha lemah. Melayu dalam UMNO tidak dapat menerima dan tidak reda diri mereka, keluarga mereka dan masyarakat mereka dipimpin oleh seorang orang manusia bernama PLAH yang membiarkan dirinya dikuasai oleh menantunya dalam hal ehwal pentadbiran negara.
Oleh kerana dikuasai sifat merajuk tersebut maka mereka ingin menunjukan rasa ketidakpuasan hati mereka lalu mereka dengan berat hati telah memangkah parti lain selain dari BN tak kiralah PAS atau KEADILAN bahkan DAP sekalipun. Tetapi, naluri mereka tetap bersama UMNO dan akan terus bersama UMNO. Mereka hanya mahukan pimpinan di peringat tertinggi ditukar ganti kepada orang lain yang lebih berwibawa.
SEBENARNYA, tidak berlaku pun perpecahan, cuma penghijrahan sementara yang mereka sendiri tidak rela dan amat berat untuk mereka lakukan. PAS dan KEADILAN hatta DAP sekalipun tidaklah kuat seprti yang mereka rasakan. Sekiranya, berlaku perubahan kepimpinan dalam UMNO, maka dalam PRU 13 yang akan datang parti parti PAS, KEADILAN DAN DAP akan kembali menjadi pembangkang di negeri negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Jadi penyokong penyokong di negeri negeri tersebut janganlah 'besar kepada dan sombong' diatas kemenangan yang diberikan oleh UMNO.
MAKA MUZAKARAH UMNO dan PAS sebenarnya tidak perlu dan hanya membuang masa saja. Muzakarah tersebut digembar gemburkan hanya untuk menutup mata rakyat terhadap kelemahan kepimpinan PLAH saja, tidak lebih dari itu. Bagi UMNO akar umbi, turunnya PLAH maka mereka akan berhijrah secara beramai ramai ke dalam UMNO kerana itulah saja parti mereka. Maka apabila PLAH turun, maka ahli ahli dan yang simpati dengan MCA dan MIC juga akan kembali kepada BN. Cuma MIC yang agak tidak keruan sehingga hari ini kerana masalah pimpinan tertinggi yang tidak sedar diri yang dunia kata pergi kubur kata mari itu.
HAKIKATNYA, masyarakat melayu tidaklah berpecah, yang bermasalah hanya melayu dalam UMNO yang menghadapi krisis dengan pucuk pimpinan tertinggi mereka. PENYELESAIANNYA amat ringkas dan mudah yakni PLAH dan KJ mestilah meninggalkan UMNO secepat yang mungkin.
HIDUP MELAYU !!!



